Februari 01, 2016

KURMA AYAM PEDAS DENGAN DAUN KUNYIT


ASSALAMULAIKUM..
Isnin yang mendung dan hujan seperti biasa. Dan hari yang kacau bagi sue mana tidaknya pepagi tekejar dengan masa takut kena tinggal bas. Bila dan sampai bus stop sambil tunggu bas sue tengoklah schedule yang sedia terpampang rupanya sue awal 30 minit dari biasa. Tak apa lah fikir sue boleh ronda-ronda sekejap sementara menunggu bas ke sekolah lagi 1 jam. 
Sue jalan-jalan cuci mata aje tak beli apa pun dan bila kembali ke station untuk menunggu bas kesekolah hairan juga kenapa semun je dan seorang kawan pun tak nampak muka duduk menunggu. Sambil berdiri dan terfikir sue tengon jam tangan 11.30am dan kebiasaan jam begini memang dah ramai geng sekolah keliling dengan berbagai ragam.
Tengok balik kat jam handphone 11.25am dan sue jadi bengang.. Duduk sekejap dan terfikir bila tengok tarikh kat hanphone baru teringat  setiap 1hb  memang tidak ada class.. huhhh!  Apalah nasib bengang betul rasanya.
So tak nak tunggu lama sue pergi ke next station untuk menunggu bas balik rumah. Alhamdulillah dalam tv screen namapk dah 3 minit lagi bas sampai. Dan akhirnya selamat saampai rumah.. itulah cerita pagi tadi dan sekarang beralih kepada cerita lauk pula. Kurma ayam yang sue masak semalam dan menyelerakan. Gandingan daun kunyit dan cili padi semakin sedap.. Sue suka masak kurma campur daun kunyit ianya lebih sedap berbanding dengan kurma biasa. Cubalah..


KURMA AYAM PEDAS DENGAN DAUN KUNYIT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1/2 ketul ayam (saiz sedang) - potong dalam 8 ketul, buang kulit dan cuci bersih

(A)
5 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Sedikit kulit kayu manis
2 helai daun pandan - simpul
Minyak secukupnya untuk menumis

(B) Hiris halus
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

(C) Kisar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sediki lengkuas
2 biji buah keras

(D)
3 sdm rempah kurma babas/ adabi
Cili padi secukupnya - ketuk sedikit
1 batang serai - ketuk
Air sedikit - jika perlu*

(E)
Garam dan gula secukup rasa
1 ketul kiub ayam
1 cawan santan pekat
1-2 helai daun kunyit - buang tulang dan carik sahaja
1 sdt minyak sapi
1-2 biji jus limau kasturi - bergantung dengan saiz limau.*
(Jangan terlalu masam. Limau kasturi boleh di ganti dengan limau nipis kalau tidak ada.)


CARA
1) Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan bahan B. Tumis sehingga bawang kekuningan.
2)  Masukkan bahan C dan kacau sehingga pecah minyak dan bawang layu.
3) Kemudian masukkan ayam tadi dan kacau sebati. Kecil api dan biarkan seketika sehingga ayam mengeluarkan air. Kacau lagi dan masukkan bahan D kecuali yang bertanda (*). Masak sehingga pekat dan tambah air jika perlu. Pastikan minyak secukupnya untuk menumis.
4) Bila dah cukup masak dan pecah minyak masukkan bahan E satu persatu kecuali (*). Bila dan cukup rasa akhir sekali tutup api dan masukan jus limau*.

SELAMAT MENCUBA!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...