Jun 30, 2016

BISKUT KELAPA BADAM


Sekarang semua tengah demam biskut untuk menyambut lebaran akan datang tidak lama lagi. Kita di perantaun ini pun tidak ketinggalan walaupun beraya ala kadar sahaja. Menjadi satu tradisi untuk orang kita di Malaysia kalau hari raya biskut dan kek itu satu kemestian. Begitu juga di Sarawak tanah kelahiran sue kalau hari rayatidak sah kalau meja tidak penuh dengan kek lapis sarawak.

Lama juga rasanya sue tak buat kek lapis sarawak memangdangkan ianya lama kena beradap depan oven lagipun nak buat kami cuma berdua tak ada orang nak makan selebihnya. Nanti simpan lama dalam freezer raya memang dah tak sedap lagi. Tapi sue lebih suka kek lapis kalau di kukus. Kami orang sarawak memang tak asing lagi dengan pelbagai jenis kek lapis tak kira kek bakar atau di kukus. Sue lebih suka kek orang lama ianya sedap dah moist.

Banyak juga resepi yang sue ambik dari buku resepi koleksi mak  ketika dia masih aktif berkumpulan wanita 40 tahun dahulu. Resepi itulah menjadi rezeki sampingan sue tiap kali hari raya untuk mengambil tempahan. Dan ini salah satu biskut kegemaran sue bertahun lamanya. Lebih kurang dalam 20 tahun usia biskut yang sue olah sendiri. Alhamdulillah ianya rangup dan rasa sangat sedap..


BISKUT KELAPA BADAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
125g mentega
90g gula kaster

(B)
1 kuning telur gred A
1/2 sdt esen vanilla

(C)
30g kelapa kering
40g serbuk badam
1 sdm tepung susu
1 sdm nestum (tak payah dikisar)

(D)
150g tepung biskut/ gandum
25g tepung jagung
25g tepung kastad

Sapuan
1 kuning telur + pewarna kuning sedikit
Sedikit serbuk roti untuk taburan atas biskut


Cara
1) Pukul bahan A sehingga putih. Jangan sampai kembang ye nanti biskut merekah.
2) kemudian masukkan bahan B dan pukul sebati.
3) Guna spatula, masukkan bahan C kacau sehingga rata dan sebati.
4) Akhir sekali masukkan bahan D sedikit -sedikit sehingga habis dan uli guna tangan sehingga menjadi doh dan tyidak melekat di tangan.
5) Rehatkan doh dalam 5 minit dan boleh lah di giling dan di terap dengan acuan yang di sukai.
6) Sapuan kuning telur dan tabur ssedikit serbuk roti di atasnya.
7) Bakar pada suhu 160-170 bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan.


SELAMAT MENCUBA!

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES


ASSALAMUALAIKUM....
Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini memdapat barakah dari nya.
Raya tahun ini terasa sunyi sangat bagi sue mana tidak nya suami sue ada urusan kerja di Columbia dan balik pada 10hb Julai nanti. Sue akan buat open house selepas suami sue balik nanti tapi biskut sue tetap buat juga dalam kuantiti sikit untk sehari je. Biskut kita tahun ini sempoi dan mudah aja. malas nak buat sakan nanti berlebihan tak ada orang nak makan dan sue akan balik ke malaysia lagi pada awal ogos nanati Insyallah...
Ternyata biskut yang satu ini memang melt in mouth dan sedap sekali. Selagi masih berada di depan mata selagi itu masih mengunyah. Resepi cookies ini sue cedok dari dapur Kak Ita Masam Manis DISINI. 
Jom...


MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

CARA
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Jun 25, 2016

FRUIT TRIFLE PUDING


ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah dan ramadhan semakin ke penghujung dan kita menghitung hari untuk berhari raya. Fruit trifle ni sue buat semalam untuk dessert sempena midsummer eve. Tiada yang istimewa tetapi mereka disini menyambut ianya sebagai satu perayaan yang sudah di praktik beribu tahun dahulu. Cuma untuk meraikan kemeriahan sahaja dan anak-anak menari bersama dan menggunakan pakaian tradisi swedish. Kebiasaan kalau midsummer eve semua makan ikan hering atau sill dalam bahasa swedish. Tapi semalam sue cuma makan sill dan telur rebus sahaja bersama kentang dan sour cream.
Dessert yang sue buat untuk makan kami berenam termasuk anak tiri sue. Semua suka makan dan ianya satu kelainan bagi mereka dan tidak asing bagi kita orang malaysia kan? lagipun sekarang musim panas dan buahan fresh banyak sekali. Apalagi syok lah buat puding atau apa aje berkaitan dengan buah. Resepi yang sangat mudah dan sue menggunakan strawberry roll cake yang dah sedia di jual di supermarket cuma kastad dan jelly sue buat sendiri. Atur cara deco tu terpulang lah pada teman ye dengan kreativiti sendiri...


FRUIT TRIFLE PUDING
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
Buah- buahan  secukupnya
300 ml whipping krim + 2 sdm icing sugar - pukul kental dan sejukkan dalam piping bag.
Kek roll vanilla secukupnya - potong jangan nipis

Bahan Kastad
4 sdm tepung kastad
500 ml susu segar/ 1 tin susu cair + air = 500ml
2 kuning telur
70-80g gula pasir
1 sdt esen vanilla

Cara
1) Satukan semua bahan dan masak menggunakan api sederhana sehingga peka(meletup kecil) . Tutup api dan biarkan suam.
2) Masukkan ke dalam piping bag untuk memudahkan melapis dan sejukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit dan boleh  di gunakan.


Bahan Jelly
1/3 sdm agar-agar serbuk
300 - 350 ml air 
1/2 cawan kordial ros/ grenadine
*Boleh guna apa perisa terpulang pada citarasa sendiri atau guna instant jelly  yang sudah berperisa dan buat setengah bahan*
(Masak sehingga gula hancur / mendidih dan biarkan suam sekejap dan boleh di gunakan)


CARA-CARA
1) Susun satu layer hirisan kek roll dalam bekas kaca lutsinar.
2) Kemudian pipe kastad, tabur buah, pipe jelly dan pipe krim. 
3) Ulang langkah yang sama sehingga habis terpulang pada kreativiti sendiri.
4) Atas sekali tabur lebihan buah dan sejukkan sepenuhnya.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Jun 22, 2016

KARIPAP KENTANG RANGUP


17 RAMADHAN SUDAH BERLALU...
Alhamdulillah... selamat berbuka puasa dan kami masih menunggu waktu untuk berbuka 5 jam dari sekarang. Ramai yang sibuk buat biskut dan kek tapi sue sibuk buat kudapan hihihi.. Insyallah seminggu sebelum raya rasa nanti kita buatlah sebiji 2 kek dan biskut. Karipap kampung yang rangup untuk kudapan berbuka semalam lagi pun sendirian di rumah masak apa je lah kan. Lebihan karipap sue frozenkan nanti bila-bila teringin boleh goreng balik. Resepi yang mudah dan kita kelim cara manual je. Kita bukan pakar tapi untuk membantu yang perlu tunjuk ajar boleh lah dan sambil membaiki apa yang terkurang. Step by step sue sertakan .. Jom..




KARIPAP KENTANG RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan Inti
300g kentang - kupas dan potong dadu kecil. Rebus setengah masak.

(A)
1/2 biji bawang besar saiz kecil - cincang
2 ulas bawang merah - cincang
1-2 ulas bawang putih - tumbuk halus
Minyak secukupnya untuk menumis

(B)
2 sdt serbuk kari (ikan/ayam)
1/2 sdt serbuk cili
1 sdt udang kering - rendam dan tumbuk halus

(c)
1/3 cawan air

(D)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdt serbuk perasa



Cara

1) Sediakan bahan-bahan untuk menumis


2) Panaskan minyak dan tumis bahan A (bawang merah, besar dan bawang putih) sehingga kuning.


3) Masukkan bahan B, (serbuk kari dan serbuk cili) kecuali udang kering. Kacau sebati sehingga garing dengan api sederhana.


4) Kemudian masukkan udang kering dan tumis lagi dalam 1 minit.


5) Masukkan bahan C, (air) dan kacau sehingga mendidih.


6) Diikuti kentang yang telah direbus dan kacau rata.


7) Bila dah sebati dan empuk masukkan bahan D, (garam, gula dan serbuk perasa). Kacau lagi dan rasakan secukupnya. Boleh lah di tutup api (Lebihkan manis sikit untuk inti ye!


8) Salin kedalam mangkuk dan biarkan sejuk.



UNTUK KULIT KARIPAP
Bahan-bahan
(A)
250g tepung gandum
1 sdt gula pasir
1/2 sdt garam

(B)
100ml  (+-)  air sejuk petiais

(C)
1 1/2 sdm marjerin/ mentega
3/4 sdm minyak masak
*panas kedua bahan sehingga mentega cair*



Cara

1) Satukan bahan A kedalam mangkuk besar untuk mudah menguli doh. Kemudian masukan bahan B, air ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.


2) Beginilah kejadiannya seperti serbuk roti ye.


3) Tuang bahan C yang telah dicairkan ketika masih panas dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati dan suam. 


4) Uli sehingga lembut dan bentuk menjadi doh. Bungkus dengan plastik lutsinar dan rehatkan 10 minit.


5) Doh yang telah direhat tadi di potong tiga untuk memudahkan untuk digiling.


6) Tabur sedikit tepung pada permukaan papan canai, Ambil satu doh dan giling dalam 2-3 mm tebal.


7) Terap menggunakan ring mould terpulang pada saiz yang disuka.


8) Ambil sekeping dan giling lagi untuk membesarkan doh. Sebaiknya giling memanjang sedikit supaya cantik selepas di kelim.


9)  Ambil 1-2 sdt inti tadi dan letak di tengah doh yang telah di giling dan tindih rapi sama rata.


10) Beginilah hasilnya selepas ditindih/ lipat dan picit sedikit di hujung supaya ianya bercantum dan nipis untuk memudahkan mengelim.


11) Ok... picit sedikit di penjuru doh seperti cuping dan lipat seperti gambar di atas.


12) Ulang langkah yang sama seperti dalam bulatan diatas. Part mengelim ni sue pun tak berapa pandai tapi belajar dari pengalaman. Insyallah kalau salah tolong tunjuk kan! Kita tak ambil hati malah membina untuk masa depan.


13) Beginilah seterusnya picit macam cuping dan lipat sampai habis.


14) Bila dah siap beginilah rupanya.. Kelim masih belum kemas dan banyak yang harus diperbaiki tapi boleh lah dari tak pandai kan? hihihi...


15) Ulang langkah yang sama dari no 8- 14 sehingga habis. Letak atas talam dan lapik dengan kertas kek atau boleh aje tabur sedikit tepung supaya tidak melekat.

16) Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng dan goreng dengan api sederhana yang betul-betul panas. Goreng sehingga kuning.
*Kalau nak frozen goreng sehingga kering sahaja permukaan kulitnya dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus dan di beku*


SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Jun 21, 2016

NASI MINYAK KENDURI


ALHAMDULILLAH...
Lauk ala kenduri yang sue masak semalam baru berkesempatan entri. Lama benar rasanya tak makan nasi kenduri kan? lebih lagi nasi minyak kenduri kahwin. Jadinya semalam dapat masak nasi minyak untuk makan berdua sebelum suami sue pergi atas urusan kerja ke Aberdeen pagi tadi. Menu yang simple untuk berbuka dan lumayan juga makan dan bertambah. Kebiasaan nasi ini juga sue selalu buat untuk hari raya open house dan kawan-kawan sue yang biasa datang akan bertanya ada tak buat nasi minyak? Maka nasi ini kira nasi wajib untuk hari raya open house rumah sue sebelum berhijrah ke sweden.


NASI MINYAK KENDURI 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan 
(sue menggunakan cawan seperti dalam gambar dibawah)
 
*Kalau menggunakan beras wangi jangan direndam. Cuci sahaja dan toskan*


(A)
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
1 bunga lawang
1 sdm minyak sapi/ ghee
11/2 sdm minyak masak
1/2 biji bawang besar saiz sederhana - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul  
1 batang serai - ketuk

Bahan kisar halus
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 

(B)
1 3/4 - 2 cawan air dan guna cawan yang sama menyukat beras. Bergantung pada kualiti beras. Kalau beras yang sue guna airnya dikurangkan.
1 sdm sos tomato + 1/2 sdm sos cili
Garam dan serbuk perasa secukupnya 
1/3 sdt gula pasir

(C)
3/4 cawan susu cair

(D)
Kismis kuning/ hitam secukupnya








Cara 


1) Sediakan bahan-bahan untuk menumis.


2) Tumis bahan A sehingga bawang layu. (sue tak ada daun pandan) Ianya untuk mewangikan tumisan dan nasi.


3) Kemudian  masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga kuning dengan api sederhana.


4) Masukkan bahan B dan rasa perisa secukupnya. Biarkan air mendidih sekejap.


5) Tuang bahan C dan kacau sebati dan mendidih dalam 1-2 minit.


6) Salin bahan yang telah di masak tadi kedalam periuk nasi.


7) Masukkan beras dan kacau sebati. Tutup tudung periuk dan masak seperti masak nasi biasa sehingga bertukar 'keep warm'.

8) Buka tudung periuk, carik nasi dengan garpu dan tabur bahan D. Tutup semula tudung periuk  dan tekan lagi butang cook. Biarkan ianya masak lagi sehingga bertukar kepada keep warm dan masak sepenuhnya.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Jun 20, 2016

TART/ PAI TELUR RANGUP DAN SEDAP


Baru berkesempatan update lagi resepi yang tertinggal. Pagi tadi sue terpaksa keluar sekejap ada urusan yang perlu di selesaikan. Bila balik baru dapat sambung kembali apa yang nak di entri. Tart ini sue buat semalam untuk tetamu. Base/ pastry yang sangat mudah dan sedap sekali.

Tak payah uli atau sejukkan masuk petiais macam biasa yang kita buat tart. Resepi sue ini bahan nya mudah  dan aduk sekali arung kemudian masukkan dan tekan dengan garpu saja dalam pai plate. Sue malas nak buat kecil-kecil tu yang menjadi macam pai hihihi... Untuk apa jenis pai base memang sesuai sangat macam DISINI
Manakala untuk filling sue olah sendiri dan rasanya memang enak dan tak berapa manis. Sesuai untuk acara makan sebagai pencuci mulut.




PAI TELUR RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(untuk base)
170g mentega/ marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt garam


Cara


1) Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.

2) Kemudian masukkan kedalam pai plate.


3) Tekan dengan garpu sehingga rata seperti gambar di atas dan ketepikan sebentar sementara membuat filling.

*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees api bawah*


EGG FILLING
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
250ml susu segar
250ml whipping krim (dairy)
2 biji telur
2 biji kuning telur
100g gula kaster (kalau guna gula pasir kurangkan kalau manis)
1 sdt esen vanilla
Pewarna kuning sedikit


Cara


1) Satukan susu segar dan gula dan kacau sehingga gula hancur.


2) Kemudian masukkan telur dan kuning telur. Kacau sebati.


3) Diikuti whipping krim, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati lagi dan tapis.


4) Selepas di tapis tuang adunan kedalam base tadi. Adunan memang cukup untuk pai plate saiz 9 inci.


5) Sedia untuk di masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing atau sehingga permukaan filling berkilat dan kering.

6)  Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh lah dipotong.


 SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...