Jun 20, 2016

TART/ PAI TELUR RANGUP DAN SEDAP


Baru berkesempatan update lagi resepi yang tertinggal. Pagi tadi sue terpaksa keluar sekejap ada urusan yang perlu di selesaikan. Bila balik baru dapat sambung kembali apa yang nak di entri. Tart ini sue buat semalam untuk tetamu. Base/ pastry yang sangat mudah dan sedap sekali.

Tak payah uli atau sejukkan masuk petiais macam biasa yang kita buat tart. Resepi sue ini bahan nya mudah  dan aduk sekali arung kemudian masukkan dan tekan dengan garpu saja dalam pai plate. Sue malas nak buat kecil-kecil tu yang menjadi macam pai hihihi... Untuk apa jenis pai base memang sesuai sangat macam DISINI
Manakala untuk filling sue olah sendiri dan rasanya memang enak dan tak berapa manis. Sesuai untuk acara makan sebagai pencuci mulut.




PAI TELUR RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(untuk base)
170g mentega/ marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt garam


Cara


1) Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.

2) Kemudian masukkan kedalam pai plate.


3) Tekan dengan garpu sehingga rata seperti gambar di atas dan ketepikan sebentar sementara membuat filling.

*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees api bawah*


EGG FILLING
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
250ml susu segar
250ml whipping krim (dairy)
2 biji telur
2 biji kuning telur
100g gula kaster (kalau guna gula pasir kurangkan kalau manis)
1 sdt esen vanilla
Pewarna kuning sedikit


Cara


1) Satukan susu segar dan gula dan kacau sehingga gula hancur.


2) Kemudian masukkan telur dan kuning telur. Kacau sebati.


3) Diikuti whipping krim, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati lagi dan tapis.


4) Selepas di tapis tuang adunan kedalam base tadi. Adunan memang cukup untuk pai plate saiz 9 inci.


5) Sedia untuk di masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing atau sehingga permukaan filling berkilat dan kering.

6)  Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh lah dipotong.


 SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...