Jun 17, 2017

Biskut Chocolate Chips rangup dan sedap!


Assalamualaikum!!

Bertemu kembali kita pada hari ni so SN nak kongsi resepi all time favourite cookies yang wajib ada pada hari raya.
Resepi yang sangat mudah dan my very own recipe yang dah di guna pakai lebih 10 tahun yang lalu. Cookies ni juga yang SN buat jualan raya, christmas dan tahun baru cina setiap tahun dan last SN ambik order pada tahun 2011 sebelum SN berhijrah ke Sweden.

Juga cookies yang paling anak anak SN suka dan anak SN yang ke 2 juga sulung perempuan yang selalu tolong SN buat bila tempahan. Sekarang Yazmeen menyambung minatnya dan mengambil diploma dalam bidang Pastry di Cilantro Culinary Acedemy, Subang. Tak terasa kan masa berlalu dan sekarang yazmeen dan berumur 20 tahun. Alhamdulillah sekarang Yazmeen berada di Kuching dan praktikal di Hilton Kuching selama 6 bulan, Insyallah habis pada bulan september. 

Cerita pasal cookies ni..1 balang anak anak SN boleh habis kan sehari je tau.. memang sangat rangup dan sedap. Buat apa biskut lain pun memang yang satu ni menjadi pilihan mereka. Kalau nak cuba sempat lagi ni sebelum hari raya. Insyallah menepati citarasa dan tak manis. Cookies ni SN buat semalam pasalnya boring sendirian di rumah so membaking lah jawabnya. Suami SN  travelling ke Houston pagi semalam dan balik pada hari Khamis minggu depan, Insyallah dan akan terbang kembali ke Myanmar pada hari selasa selepas hari raya. Begitulah rutin pekerjaan tapi apa nak buat kan itu dah tugas dan tanggungjawab. Bila EN tak ada di rumah memang tak masak sekadar masak yang simple lebih lagi bulan puasa memang malas teramat... 

Nak resepi tak??  Mai tengok..


BISKUT CHOCOLATE CHIPS
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
160g mentega
50g icing sugar

(B)
200g tepung biskut/ tepung gandum - ayak halus
1 sdt serbuk penaik/ baking powder
1/3 sdt baking soda/ soda bicarbonate
1/3 sdt emplek - untuk merangup biskut
2 sdm milo/ vico/ coklat + 1/3 sdt serbuk nescafe - bancuh dengan 1 sdm air panas

(C)
100g coklat chips
1/2 cawan kismis hitam atau kuning
1/4 cawan kelapa kering 
Sedikit almond slices - bakar sekejap
Sedikit butter oil/ esen vanilla atau butterscotch paste - boleh guna mana yang suka.

Cara
  1. Pukul bahan A sehingga kembang dan putih.
  2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit satu persatu dan kacau guna senduk kayu sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan C dan uli sebati lagi. Rehatkan 15 minit dan tutup bekas dengan kain.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius api atas bawah selama 10 minit dan turunkan suhu pada 150 celcius.
  5. Sediakan loyang secukupnya dan lapik dengan kertas minyak. Ambil satu sudu teh doh biskut dan letakkan di atas loyang. Buat secukupnya dan jangan terlalu rapat.
  6. Bakar selalam 15 minit bergantung pada oven masing masing atau boleh lanjutkan lagi 5 minit sehingga keperangan.
  7. Keluarkan dan bakar selebihnya  sehingga habis.
  8. Sejuk sepenuhnya dan boleh di simpan ke dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

Pan De Sal.. Filipino Bread Rolls



Salam 22 Ramadhan!

Assalamualaikum semua sahabat SN.. Semoga semua nya sihat dan ceria hendaknya begitu juga SN di sini Alhamdulillah sihat cuma kesedihan tu memang lumrah lebih lebih lagi menghampiri Syawal. Ya Allah rasa tak mampu bila teringatkan keluarga dan anak anak di Malaysia. Sedih yang teramat tapi apakan daya semoga selepas raya nanti urusan SN di permudahkan untuk membawa anak anak ke Sweden. Doakan SN ye semua sahabat yang SN kasihi dan sayangi.

Ok.. lupakan cerita selepas raya tu ni SN nak share  filipino bread rolls yang sangat lembut dan sedap. Seriously memang sedap!! Bread ni SN buat 2 hari lepas atas permintaan suami untuk berbuka makan dengan kebab ayam. Sebenarnya malas juga nak buat bun bila fikir part nak mengebol doh tu.. alahai malas sangat. Tapi pandesal ni tak payah nak bulat sakan cuma potong dan bakar. Senang kan?

Sebenarnya lama juga teringin nak buat tapi tak berkesempatan dan mood nak makan roti tu kurang. Dan pada hari yang sama bff SN filipino yang duduk tak jauh dari rumah SN buat pandesal dan tayang di Fb so apa lagi kita pun nak buat juga untuk berbuka. Pandesal yang bff  SN buat memang sedap dan selalu makan bila dia bawa ke sekolah ketika kami sama sama belajar bahasa setahun yang lepas. Ternyata sedap juga di makan bersama cheese atau jem juga sama air kopi panas. Resepi SN dapat dari bff dan SN panjangkan di sini ye... Jom!!


PAN DE SAL ( Filipino Bread Rolls)
By: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
3/4 cawan fresh milk/ susu segar
3 sdm mentega/ marjerin
1 sdt instant yis

(B)
1 1/2 cwn tepung high protein/ tepung roti
1/2 cawang tepung gandum
1 sdt serbuk penaik/ baking powder
1/2 sdt garam
1 biji telur greb B
1/2 cawan gula halus
1 sdm minyak masak

(C)
Serbuk roti secukupnya untuk menggolek doh

Cara
  1. Panaskan susu sehingga naik wap sahaja. Tutup api.
  2. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair rehatkan seketika dan masukkan yis dan kacau sebati. Rehat 5 minit sehingga yis kembang.
  3. Dalam mixer atau bread maker masukkan bahan B dan uli sebati.
  4. Masukkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga rata dan sebati. Uli sehingga doh elastik dan jangan tambah tepung kalau doh lembik. teruskan mengguli sahaja.
  5. Bila dan siap rehatkan doh selama 1 jam dan naik.
  6. Tabur sedikit tepung atas papan pencanai atau silikon mate dan letakkan doh tadi. Ratakan doh dan tekan menggunakan tangan sahaja supaya menjadi segiempat. Jangan tekan terlalu nipis.
  7. Kemudian potong segiempat kepada 12 bahagian saiz sedang.
  8. Ambil doh yang sudah di potong dan golek ke dalam serbuk roti dan letak ke atas loyang yang telah di lapik kertas.
  9. Buat sampai habis dan rehatkan lagi sehingga naik selama 30 minit.
  10. Bakar selama 20-30 minit pada suhu 160 celcius api atas bawah. Pastikan oven di panaskan terlebih dahulu.
  11. Bergantung pada oven masing masing sehingga kekuningan. Letak loyang di tengah dan bakar sehingga keperangan dan masak.
  12. Keluarkan dan sedia untuk di nikmati.
SELAMAT MENCUBA!


 KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...