Jun 17, 2017

Pan De Sal.. Filipino Bread Rolls



Salam 22 Ramadhan!

Assalamualaikum semua sahabat SN.. Semoga semua nya sihat dan ceria hendaknya begitu juga SN di sini Alhamdulillah sihat cuma kesedihan tu memang lumrah lebih lebih lagi menghampiri Syawal. Ya Allah rasa tak mampu bila teringatkan keluarga dan anak anak di Malaysia. Sedih yang teramat tapi apakan daya semoga selepas raya nanti urusan SN di permudahkan untuk membawa anak anak ke Sweden. Doakan SN ye semua sahabat yang SN kasihi dan sayangi.

Ok.. lupakan cerita selepas raya tu ni SN nak share  filipino bread rolls yang sangat lembut dan sedap. Seriously memang sedap!! Bread ni SN buat 2 hari lepas atas permintaan suami untuk berbuka makan dengan kebab ayam. Sebenarnya malas juga nak buat bun bila fikir part nak mengebol doh tu.. alahai malas sangat. Tapi pandesal ni tak payah nak bulat sakan cuma potong dan bakar. Senang kan?

Sebenarnya lama juga teringin nak buat tapi tak berkesempatan dan mood nak makan roti tu kurang. Dan pada hari yang sama bff SN filipino yang duduk tak jauh dari rumah SN buat pandesal dan tayang di Fb so apa lagi kita pun nak buat juga untuk berbuka. Pandesal yang bff  SN buat memang sedap dan selalu makan bila dia bawa ke sekolah ketika kami sama sama belajar bahasa setahun yang lepas. Ternyata sedap juga di makan bersama cheese atau jem juga sama air kopi panas. Resepi SN dapat dari bff dan SN panjangkan di sini ye... Jom!!


PAN DE SAL ( Filipino Bread Rolls)
By: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
3/4 cawan fresh milk/ susu segar
3 sdm mentega/ marjerin
1 sdt instant yis

(B)
1 1/2 cwn tepung high protein/ tepung roti
1/2 cawang tepung gandum
1 sdt serbuk penaik/ baking powder
1/2 sdt garam
1 biji telur greb B
1/2 cawan gula halus
1 sdm minyak masak

(C)
Serbuk roti secukupnya untuk menggolek doh

Cara
  1. Panaskan susu sehingga naik wap sahaja. Tutup api.
  2. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair rehatkan seketika dan masukkan yis dan kacau sebati. Rehat 5 minit sehingga yis kembang.
  3. Dalam mixer atau bread maker masukkan bahan B dan uli sebati.
  4. Masukkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga rata dan sebati. Uli sehingga doh elastik dan jangan tambah tepung kalau doh lembik. teruskan mengguli sahaja.
  5. Bila dan siap rehatkan doh selama 1 jam dan naik.
  6. Tabur sedikit tepung atas papan pencanai atau silikon mate dan letakkan doh tadi. Ratakan doh dan tekan menggunakan tangan sahaja supaya menjadi segiempat. Jangan tekan terlalu nipis.
  7. Kemudian potong segiempat kepada 12 bahagian saiz sedang.
  8. Ambil doh yang sudah di potong dan golek ke dalam serbuk roti dan letak ke atas loyang yang telah di lapik kertas.
  9. Buat sampai habis dan rehatkan lagi sehingga naik selama 30 minit.
  10. Bakar selama 20-30 minit pada suhu 160 celcius api atas bawah. Pastikan oven di panaskan terlebih dahulu.
  11. Bergantung pada oven masing masing sehingga kekuningan. Letak loyang di tengah dan bakar sehingga keperangan dan masak.
  12. Keluarkan dan sedia untuk di nikmati.
SELAMAT MENCUBA!


 KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...