April 14, 2016

KUIH PENYARAM LEMBUT


SALAM SEJAHTERA...
Bila tengok gambar yang nak di entri rasa teringin pula. Kuih penyaram merupa salah satu kuih tradisi kesukaan sue dan apa saja kuih lama semuanya sue suka. Bertahaun lama nya tak makan kuih ni bila balik kampung semua nak di buat. Kalau kami di kuching memang ada kuali khas untuk menggoreng nya. kuali nya kecil je warna hitam dan berat. 
Tapi kalau tak ada boleh aje guna kuali yg biasa.
Resepi ni sue dapat dari seorang kakak yang sue tertarik dengan kuih penyaram nya. Satu keunikan kuih ini kalau ianya bersarang didalam nya bererti ianya perfect. Begitulah yang sue nampak dari tekstur kuih yang akak ni share di Ig dia. memang tak salah sue pun mencuba dan ternyata ianya sangat lembut dan sedap. Rasa manis yang cukup dengan gabungan gula apong.. terima kasih buat kak Saadiah atas keikhlasan resepi yang beliau izinkan untuk sue panjangkan lagi.


KUIH PENYARAM
Resepi: kak Saadiah Kiprawi
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
500g gula apong (boleh ganti dengan gula melaka/kabong)
3 tin susu kecil air sejuk (saiz tin susu yang kecil)

(B)
1 paket tepung beras
3 tin susu tepung gandum
2/3 tin gula pasir

(C)
Sedikit minyak untuk menggoreng

P/S:- SUKATAN MENGGUNAKAN TIN SUSU YANG PALING KECIL

Cara
1) Satukan bahan A sehingga sebati. Tapis dan ketepikan.
2) Satukan rata bahan B dan tuang bahan A tadi dan kacau sebati.
3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak menggunakan api sederhana.
4) Guna senduk kecil dan cedok adunan tepung dan goreng sehingga menjadi macam topi dan bolehlah di balikkan sebelah bahagian. Goreng sehingga habis dan toskan ada radai untuk menurunkan minyak.

 SELAMAT MENCUBA!

MEE SUP AYAM


Alhamdulillah... dan akhirnya hujan juga walaupun cuma seketika sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jerebu yang belum berkesudahan. Resepi mee sup yang amat sempoi atas permintaan suami sue 2 hari lepas.
Biasanya sue buat mee sup menggunakan rebusan tulang sapi dengan rempah ratus gitu tapi disebabkan tak ada stok tulang dalam peti sejuk so buat yang simple je. So sue buat yang mudah dan cepat menggunakan resepi wantan mee DISINI. 
Syukur habis semangkuk dan bertambah lagi hihihi.. Kalau bab sup yang banyak rempah ratus tu memang suami sue kurang sikit makan tapi bila dah sue buat cara begini dia senyum tanda berpuas hati kot. Cuma penambahan bahan je menjadikan ianya nampak berbeza dan sue juga menggunakan mee kuning. Jom..


MEE SUP AYAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
Mee kuning secukupnya - celur sekejap
Tauge - celur 
Sayur sawi - asingkan batang dan daun (Celur)
Fish ball
Cendawan - ikut suka
Tomato - jika suka
Daun bawang/ sup
Bawang goreng
Isi dada ayam yang telah di rebus - carik halus

(A) Untuk sup
1.5L air putih
2 ketul kiub ikan bilis/ ayam
Sedikit ikan bilis (anggaran dalam 1/4 mangkuk kecil)
Gula sedikit
Lada sulah sedikit (kalau suka)
1 biji bawang besar - potong 6
1/2 ketul dada ayam - cuci bersih
 
Cara
 Rebus bahan sup (A) sehingga ayam masak dan lembut. Rasakan perisa secukupnya dan bolehlah tutup api. Alih keluar isi ayam tadi dan biarkan sejuk dan bolehlah di carik halus.
 
 
Kicap Pedas
2 biji cili merah besar
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
50ml kicap manis
50ml kicap masin
1-2 sdm gula
20ml jus limau kasturi 

Cara
Kisar halus bahan semua dan rasakan lagi secukup. Simpan dalam kontena atau botol kaca dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
 
SELAMAT MENCUBA! 
 
KRAM

WANTAN MEE SUP SIMPLE


Assalamualaikum...
Alhamdulillah dan selamat pagi. Hari ni sue entri awal memandangkan banyak lagi urusan yang harus diselesaikan. Resepi KIV yang terpendam sebulan lamanya memandangkan masa tidak mengizinkan seketika. Seperti biasa kemana pun pergi kalau berkesempatan masak pasti sue tidak melepas peluang untuk memasak sendiri. Wantyan mee ni sue buat ketika masih berada di Kuching untuk makan malam. Resepi yang simple dan yang penting sedap!


WANTAN MEE SUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Wantan mee secukupnya - celur sekejap
Sayur pak choy - cuci dan celur sekejap
Tahu goreng
Bawang goreng
Daun bawang/ sup kalau suka

(A) Untuk sup
1.5L air putih
2 ketul kiub ikan bilis/ ayam
Sedikit ikan bilis (anggaran dalam 1/4 mangkuk kecil)
Gula sedikit
Lada sulah sedikit (kalau suka)
1 biji bawang besar - potong 6
1/2 ketul dada ayam - cuci bersih

(B) Wantan Isi
10-15 keping kulit wantan fresh
1/2 mangkuk kecil isi udang*
1/2 mangkuk kecil isi dada ayam*
Sedikit lada sulah*
Garam dan gula secukup rasa*
Daun sup sedikit - cincang halus

Cara
1) Rebus bahan sup (A) sehingga ayam masak dan lembut. Rasakan perisa secukupnya dan bolehlah tutup api. Alih keluar isi ayam tadi dan biarkan sejuk dan bolehlah di carik halus.
2) Untuk bahan (B) - Kisar bahan yang bertanda (*) dan kemudian masukkan daun sup cincang dan gaul sebati. Ambil sedikit inti yang telah dikisar dan letakkan di atas kulit wantan, sapu sekeliling kulit wantan dengan air sejuk/ paip dan bolehlah dicantum mengikut citarasa sendiri sehingga habis.
3) Didihkan lagi air sup tadi dan bolehlah masukan wantan yang telah diisi dan biarkan mendidih seketika. jangan terlalu lama nanti takut kulitnya kembang dan koyak. Seeloknya masukkan wantan mengikut kuantiti yang hendak dimakan kerana kalau masukkan semua nanti lama ianya semakin  kembang.
4) Sedia untuk di nikmati bersama wantan mee dan bahan sampingan lain.

SELAMAT MENCUBA!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...