April 14, 2016

MEE SUP AYAM


Alhamdulillah... dan akhirnya hujan juga walaupun cuma seketika sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jerebu yang belum berkesudahan. Resepi mee sup yang amat sempoi atas permintaan suami sue 2 hari lepas.
Biasanya sue buat mee sup menggunakan rebusan tulang sapi dengan rempah ratus gitu tapi disebabkan tak ada stok tulang dalam peti sejuk so buat yang simple je. So sue buat yang mudah dan cepat menggunakan resepi wantan mee DISINI. 
Syukur habis semangkuk dan bertambah lagi hihihi.. Kalau bab sup yang banyak rempah ratus tu memang suami sue kurang sikit makan tapi bila dah sue buat cara begini dia senyum tanda berpuas hati kot. Cuma penambahan bahan je menjadikan ianya nampak berbeza dan sue juga menggunakan mee kuning. Jom..


MEE SUP AYAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
Mee kuning secukupnya - celur sekejap
Tauge - celur 
Sayur sawi - asingkan batang dan daun (Celur)
Fish ball
Cendawan - ikut suka
Tomato - jika suka
Daun bawang/ sup
Bawang goreng
Isi dada ayam yang telah di rebus - carik halus

(A) Untuk sup
1.5L air putih
2 ketul kiub ikan bilis/ ayam
Sedikit ikan bilis (anggaran dalam 1/4 mangkuk kecil)
Gula sedikit
Lada sulah sedikit (kalau suka)
1 biji bawang besar - potong 6
1/2 ketul dada ayam - cuci bersih
 
Cara
 Rebus bahan sup (A) sehingga ayam masak dan lembut. Rasakan perisa secukupnya dan bolehlah tutup api. Alih keluar isi ayam tadi dan biarkan sejuk dan bolehlah di carik halus.
 
 
Kicap Pedas
2 biji cili merah besar
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
50ml kicap manis
50ml kicap masin
1-2 sdm gula
20ml jus limau kasturi 

Cara
Kisar halus bahan semua dan rasakan lagi secukup. Simpan dalam kontena atau botol kaca dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
 
SELAMAT MENCUBA! 
 
KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...