Memaparkan catatan dengan label MISCELLANEOUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MISCELLANEOUS. Papar semua catatan

Oktober 03, 2019

Pisang Goreng Rangup.. versi bulat




ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi... dah sarapan ke? 
Haaa... ni SN nak kongsi pisang goreng versi bulat. Yang istimewanya adalah bahan bancuhan yang special. Juga pisang SN guna pisang embun dan potong bulat sederhana besar. Nak tau kenapa SN cakap special? Bancuhan tepung tak menggunakan air sejuk tapi menggunakan air yang berkarbonat.

Alhamdulillah.. hasilnya sedap dan rangup di luar. EN suka makan dengan raspberry sos atau lingon jem. Ni dah banyak kali SN buat tapi tak berkesempatan nak kongsi resepi. Nak cuba kelainan boleh cuba Insyallah sedap. 

Part pisang boleh guna mana mana pisang sebenarnya tapi sini pisang embun je yang ada jual di supermarket. Pisang kapas ada jual di asian store tapi cuma ada seminggu sekali je. Prinsipnya first come first served gitu.
Nak cuba tak? Jom tengok resepi.




PISANG GORENG RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
A.
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sdm tepung pulut
1 sdm gula pasir
1 sdt baking soda
Sedikit garam
1 1/2 sdm marjerin

B.
170-190ml air sprite zero/ biasa
1 biji telur B- pukul hancur sahaja

C.
Tepung gandum secukupnya 
3 biji pisang - potong bulat
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara:

1. Satukan bahan A sehingga sebati.

2. Masukan air sprite sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. bancuhan jangan pekat atau cair sebab ianya bergantung pada tepung.

3. Kemudian masukan telur dan kacau rata. rehatkan 10 minit sebelum di gunakan.

4. Pisang yang telah di potong di gaul dengan tepung gandum kering sehingga menutupi semua. Masukan kedalam bancuan tepung dan kaup dengan sudu. Boleh di goreng sehingga keperangan.

5. Letak atas tisu dapur supaya minyak meresap.




SELAMAT MENCUBA!

Kerabu Epal Enak




ASSALAMUALAIKUM

Yaaaa.... suka tak? Semalam SN buat kerabu epal untuk di makan sama salmon gratin. Sedap weii sungguh tak percaya boleh cuba. Rasanya masam manis dengan kombinasi daun ketumbar dan pedasnya nikmat.

Untuk mendapatkan epal tak bertukar warna kena sebatikan dengan lime jus terlebih dahulu kalau tak memang akan bertukar warna. Dan.. kalau nak yang rangup kena cari epal yang rangup baru sedap. Tak kesah lah epal merah atau hijau tapi kalau nak campur lagi sedap.


Kerabu Epal
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
A. 2 biji epal - buang biji, potong halus.
2 biji bawang merah - hiris halus
1/2 biji bawang bessr - hiris halus
5 biji cili padi - potong kasar
Sedikit udang kering - cincang kasar
Sedikit daun ketumbar - cincang
1/3 sdt sos ikan

B.
Lime jus (dari 1-2 biji lime)
*Bergantung pada saiz. Kalau besar guna sebiji*
Gula secukupnya
Garam sedikit


Cara:

1. Gaul epal bersama bahan B terlebih dahulu untuk mengelak epal menjadi bertukar warna selama 10 minit.

2. Kemudian satukan dengan bahan A dan gaul sebati.

3. Sejukan dalam petiais terlebih dahulu sebelum di makan untuk mendapat rasa yang sedap.


SELAMAT MENCUBA!

Bombolini Gebu..



ASSALAMUALAIKUM..

Selamat Pagi.. Hari ni SN nak entri yang tertungga 3 hari lepas. Memandangkan sekarang dah masuk Autumn maka nya bertapa di rumah sahaja hihi.. Tak ada kerja lain so kita masuk dapur cari kerja untuk minum petang.

Bomboloni.. satu nama yang tak asing lagi dan sekarang memang femes dah nama yang satu ni. Macam macam filling mereka buat untuk jualan. Dan SN pun tak ketinggalan dan buat lagi walaupun hanya untuk makan sendiri.

Bomboloni kali ini SN letak filling instant vanilla cream dan appel jem. Alhamdulillah EN suka. Resepi SN guna resepi donut gebu dan memang gebu gebas hasilnya. SN letak resepi lagi ye. Jom...

Resepi donut gebu DISINI



Bombolini Gebu
Resepi: Sue Norrman

 
Bahan bahan
A.

500g tepung roti
80g gula halus
1 sdt garam halus
2g bakerine plus
(Kalau tak ada boleh ganti yang lain/ 1 tsp double acting baking powder)
15g susu tepung
1 sdm potato flakes
10g instant yeast
100g telur
200ml air sejuk petiais

B.
60g shortening


Cara:

1. Uli bahan A sehingga sebati dan masuk kan B. Uli lagi sehingga lembut/elakstik.

2. Rehat doh sehingga naik 2 kali ganda.

3. Timbang doh 30-40g bergantung pada saiz yang di perlukan.

4. Rounding doh dan letak dalam tray yang telah di tabur tepung.

5. Tutup doh dengan kain dan rehatkan lagi 20 minit.

6. Tekan sedikit doh supaya leper sedikit.

7. Rehat lagi doh sehingga naik.

8. Goreng menggunakan minyak sederhana panas sehingga keperangan.
 
 
SELAMAT MENCUBA!

September 30, 2019

Donut Gebu Lagi...




ASSALAMUALAIKUM..

Selamat pagi dan semoga sihat hendaknya. Hari ni SN awal entri resepi memandangkan ada kesempatan dan EN dah start kerja lagi. Makanya kita bersembang sekejap di sini ye hihi..

Sebenarnya donut ni SN buat minggu lepas atas permintaan EN dan Alhamdulillah kali ini donut ni menjadi gebu sangat. SN guna shortening sepenuhnya. Kalau part donut ni SN pun suka tapi kalau ada yang filling tu agak kurang sikit tapi kalau teringin jadi sedap juga kan.

OK.. nak cuba resepi jom kita tengok!




DONUT GEBU
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
A.

500g tepung roti
80g gula halus
1 sdt garam halus
2g bakerine plus
(Kalau tak ada boleh ganti yang lain/ 1 tsp double acting baking powder)
15g susu tepung
1 sdm potato flakes
10g instant yeast
100g telur
200ml air sejuk petiais

B.
60g shortening


Cara:

1. Uli bahan A sehingga sebati dan masuk kan B. Uli lagi sehingga lembut/elakstik.

2. Rehat doh sehingga naik 2 kali ganda.

3. Timbang doh 30-40g bergantung pada saiz yang di perlukan.

4. Rounding doh dan letak dalam tray yang telah di tabur tepung.

5. Tutup doh dengan kain dan rehatkan lagi 20 minit.

6. Tekan sedikit doh dan boleh buat lubang di tengah nya.

7. Rehat lagi doh sehingga naik.

8. Goreng menggunakan minyak sederhana panas sehingga keperangan.

SELAMAT MENCUBA!



Januari 14, 2019

Nasi Safron Ayam Mudah Dan Sedap.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi dan selamat bekerja semua.. Semoga ceria selalu.

Alhamdulillah hari SN nak entri resepi yang  tertangguh hihihi. Bila cuaca sekarang semakin sejuk mood M pun bersarang juga. Tapi SN cuba untuk update juga sementara nak balik Malaysia hujung bulan nanti. Bila dah balik memang susah nak update lagi pun kali ini SN balik dengan seribu harapan.

OK!! Nasi safron ayam ni SN buat tahun lepas time ada kawan datang ke rumah. Last minit pun hal SN buat apa yang termampu sahaja. Jadi juga akhirnya walaupun ramuan masih ada yang kurang.  Bila dah masak walla harum semerbak baunya. Safron SN beli di kedai arab dalm bentuk serbuk tapi harga pun boleh tahan mahal nya. Cuma guna sedikit sahaja untuk warna dan rasa.

Berbalik pada resepi, ianya terpulang pada keselesaan masing masing ye sama ada nak guna dada ayam atau paha sahaja. Tapi SN suka guna paha ayam sebab tak banyak isi so tak muak sangat. Nak cuba jom tengok resepi.


NASI SAFRON AYAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
A.
2 ketul paha ayam - potong 2 dan bersihkan. Gaul dengan sedikit garam
Sedikit oregano kering
Sedikit minyak.

B.
2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam dengan sedikit garam selama 1 jam. Toskan

C. 
1/2 biji bawang besar  - hiris panjang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji buah pelaga 
1 helai daun bau - boleh skip kalau tak ada
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit safron - rendam dengan sedikit air
2 1/2 - 3 cawan air - guna cawan yang sama untuk menyukat beras (bergantung pada beras yang di gunakan)
1/2 sdm ghee
Sedikit minyak sunflower/ zaitun atau minyak masak biasa

Hiasan
Hirisan lemon
Cili benggala


Cara:

1. Bahan A - Panas kan minyak dan masukan ayam. Goreng sehingga keperangan dan balik sebelah lagi. Tabur sedikit oregano dan tutup api ketepikan.

2. Bahan C - Panaskan minyak dan ghee dengan api sederhana dan masukan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kuning dan masukan air.

3. Kemudian masukan bahan selebihnya dan biar kan mendidih sebentar. Tutup api.

4. Dengan menggunakan periuk nasi elekrik, susun ayam dan masukan beras yang telah di tos tadi kemudian masukan air yang telah di masak tadi.

5. Masak seperti biasa. Bila nasi dah tukar kepada WARM tekan sekali butang COOK sehingga masak sepenuh.

6. Sedia untuk di saji dan tabur cili benggala dan lemon sebagai hiasan atas.



SELAMAT MENCUBA!



Januari 09, 2019

PAU KACANG MERAH GEBU DAN LEMBUT.. SEDAP!!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi!! Alhamdulillah hari ini SN kembali lagi untuk entri seawal yang mungkin. Selepas subuh terus sarapan memandangkan security company (VERISURE) akan datang jam 7am untuk kerja penambahan kamera dan alarm sensor untuk semua tingkap. Sebenarnya ada cerita sedih dan trauma yang masih terpahat dalam fikiran kami suami isteri. Biarpun ianya sudah 2 bulan berlalu tapi ianya amat meninggalkan  kesan sedih di hati.

Insyallah tiba masa nya SN akan cerita dan bila hati dah kembali tenang. Itu adalah salah satu dugaan buat kami syukur semuanya selamat. Harta dunia hanya pinjaman sementara yang penting hidup harus di teruskan. Mungkin ada yang mengerti apa yang cuba SN sampaikan cuma sekarang ianya masih dalam siasatan polis.

OK.. kita teruskan untuk resepi boleh? Semestinya resepi yang SN suka dan inti kacang merah SN buat sendiri. Walaupun ianya tidak setanding yang dah siap seperti di kedai tapi ianya amat memuas hati. Pau kacang merah gebu Insyallah lembut. Resepi SN olah sendiri dari masa ke semasa. Nak cuba tak?? jom...





Pau kacang Merah Gebu
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
250g tepung pau/ superfine/ hongkong atau gandum
1 sdt instant yis
185ml air sejuk (peti ais)

B.
50g tepung seperti di bahan (A)
1/2 sdm tepung ubi
1 1/2 sdt double acting baking powder - kalau tak ada boleh guna baking powder biasa
2 sdm gula pasir
Secubit garam

C.
3 sdm shortening/ marjerin/ minyak masak


Cara:

1. Uli bahan A sehingga kalis dan lembut. Rehatkan 20 minit.

2. Kemudian masukan bahan B dan uli lagi sehingga rata dan masukan bahan C.

3. Uli lagi sehingga elastik.

4. Rehat kan doh 20 minit sehingga naik dan boleh di timbang dan bulat kan.

5. Isi inti dan bulatkan lagi. Letak atas lapik kertas yang telah di potong. Rehatkan lagi 10-15 minit dan didihkan air kukusan.

6. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis. Kukus selama 7-8 minit sahaja.




Homemade Red Bean Filling
A.
200g kacang merah - cuci dan rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpul

B.
50ml air
150g (+/-) gula pasir

C.
150ml minyak masak


Cara:

1. Rebus bahan A sehingga kacang empuk dan toskan air.

2. Kisar kacang menggunakan food processor sehingga halus dan ketepikan.

3. Masak bahan B sehingga gula hancur dan masukan kacang yang telah di kisar tadi.

4. Gaul rata dak kacau menggunakan api kecil sehingga kacang agak kering.

5. Masukan bahan C dan kacau lagi sehingga pekat dan menjadi paste. Tutup api dan biarkan sejuk. Sedia untuk di gunakan.



SELAMAT MENCUBA!



Januari 08, 2019

Cekodok Keledek Bersira... sedap!!





ASSALAMUALAIKUM!

Hari ni SN nak kongsi resepi sedap dan pasti menjilat jari hihihi..  
Cekodok keledek bersira nama di beri sebab malas punya pasal. Untuk memudah kan kerja SN buat ala cekodok tapi asalnya memang resepi keria pun.

Bila dan menjadi dengan jaya nya hati banyak suka weiii.. saja nak ubah untuk memuaskan hati sendiri. Tapi kalau tak nak buat bulat macam cekodok boleh saja jadi kan keria terus. Ini merupakan salah satu kuih kesukaan SN dari dulu dan selamanya hahahaaa.

Ok.. pada yang nak mencuba jom kita tengok resepinya.



Cekodok Keledek Bersira
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
500g keledek oren - kukus atau rebus sehingga lembut. Jangan terlebih lembut nanti adunan menjadi lembik.

*Biarkan suam seketika dan lenyek*

B.
100g tepung gandum
1/3 sdt soda bikarbonat
1/3 sdt garam halus
1/2 sdt gula

C.
1/2 sdt minyak

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam keledek yang telah di lenyek sedikit demi sedikit sehingga rata sahaja. Jangan terlebih uli nanti menjadi lembik.

2. Kemudian masukan bahan C dan uli rata lagi. 

3. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga betul betul panas.

4. Sapu sedikit minyak pada jari untuk memudahkan mencedok adunan.

5. Goreng seperti biasa dan bila dan keperangan angkat dan toskan atas tisu dapur supaya serap minyak. Biarkan sejuk dan boleh buat kan sira gula.


Sira Gula
1/2 cawan air - guna cawan metrik
1/3 cawan gula

Cara:

1. Masak gula bersama air sehingga gula hancur, pekat dan berbuih halus menggunakan api sederhana dan tutup api.

2. Masukan cekodok yang telah di goreng tadi dan goreng sehingga kering dan gula bersalut pada cekodok.

3. Sedia untuk di nikmati.

P/S: Ketika menyira jangan hidupkan api. Ianya untuk mengelakkan gula semakin cair. Insyallah kejadian nya akan menjadi cantik.



SELAMAT MENCUBA!




PISANG GORENG RANGUP.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi semua.. semoga sihatnya hendak di samping menjalankan tugas harian.
Seperti yang di janjikan SN akan usaha untuk entri sebanyak mungkin resepi yang KIV setahun lama dari masa ke semasa. Memandangkan sekarang SN cuma masak yang simple untuk diet sahaja. Maka nya untuk tahun ini kuranglah resepi untuk di cuba tapi Insyallah SN akan cuba buat yang terbaik.

Berbalik pada kesihatan, SN masih dalam pemantauan dan masih makan ubat tapi dos yang kuat. Mana tidak nya  ahad lepas SN kena  serang lagi,  Ya Allah tak terkata sakitnya..
Rasanya tidak ada apa yang salah di makan cuma sarapan sebiji telur, avocado dan air suam. 20 minit lepas tu perut dah memulas sampai ke hulu hati dengan teruk sekali. Rehat dalam tandas setengah jam berpeluh peluh sampai EN tak keruan. Selesai dari tandas balik ke ruang tv masih lagi sakit dan kali ini SN terpaksa sujud dah tak tahan sakit. Tanpa di sedar menangis semahunya. Bila En nampak SN dah teruk dia dah bersuara kena call ambulan tapi SN tak mahu tetap masih berdegil. 4 jenis ubat dah di makan masih tak jalan.

Akhirnya SN mengalah untuk ke emergency di mana EN dah telefon klinik untuk emergency. Walaupun berjalan terpaksa di pimpin tapi masih boleh berjalan. Bila sampai register apa semua terus masuk. Syukur Alhamdulillah dengan penerangan doktor yang amat jelas membuat SN menangis dan terharu. Di mana doktor menyarankan  untuk terus makan ubat selama 4 minggu dengan menambah dos yang lebih kuat. Mulanya doktor memberitahu lepas setengah jam rehat mereka akan membuat satu ujian di mana kamera akan di masukan ke dalam perut melalui mulut tapi SN tak mahu, serau rasanya. Tapi doktor cakap ini harus untuk kebaikan dan segala tanda tanya akan terjawab. Dalam pada masa yang sama SN di beri ubat untuk berehat selama setengah jam untuk pemantauan. Andai beransur surut sakitnya SN boleh balik tapi kalau tak ada perubahan terpaksa kamera di masukan. Allahu.. menagis tua di buatnya untuk membuat pilihan.

Alhamdulillah.. SN di benarkan balik tapi makan semua kena jaga. Insyaallah.. hingga ke hari ini SN cuma makan bubur dan makan yang mudah di hadam sahaja tapi keinginan nafsu menghantui betul. Bila rasa nak makan itu ini EN dah bersuara hahahaha.. baik juga kan ada yang masih sayang.

OK.. dah panjang lebar SN berceloteh, so SN nak kongsi kan resepi yang sangat mudah dan pasti menjadi kesukaan semua. Goreng pisang rangup versi SN sendiri. Kalau parti goreng pisang memang SN paling suka tak kira salutan nya rangup atau tidak. tapi kalau tepung nyan rangup itu satu nikmat kan? Resepi KIV dan selamat mencuba!


PISANG  GORENG RANGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan

Pisang abu/ tanduk/ kapok secukupnya

Bancuhan tepung
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sdm tepung kastad
1 biji telur gred B atau C
1/3 cawan air sejuk (peti ais)
2 sdt air kapur 
2 sdt gula pasir
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
2 sdt marjerin yang telah di cairkan

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*

Cara:

1. Satukan  bahan untuk bancuhan tepung sehingga sebati.

2. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga panas.

3. Belah 2 pisang atau terpulang mengikut citarasa sendiri dan celup/ golek dalam bancuhan tepung tadi.

4. Goreng sehingga kekuningan dan balik lagi sebelah sehingga keperangan juga dan garing.

5. Angkat dan toskan atas tisu dapur dan sedia untuk di nikmati.




SELAMAT MENCUBA!


Januari 02, 2019

CREME BRULEE ... enak sekali !!




ASSALAMUALAIKUM!

Selamat petang semua.. apa khabar?

Semoga semua ceria dan seperti biasa rutin persekolahan sudah bermula sudah pasti semua nya sibuk kan?
Kami di sini cuti sekolah lama lagi di mana cuti panjang untuk sekolah adalah pada summer nanti. Sekarang cuma cuti christmas dan tahun baru sahaja.

Seperti biasa kalau tahun baru di sini memang meriah dan salah satu menjadi sambutan tradisi dan supermarket semua tutup setengah hari sahaja. Dan En pun dah mula kerja setelah cuti panjang balik dari out statian disember lepas. Insyallah kalau tak ada arah melintang EN akan ke Detroit lagi pada hari isnin depan. Tinggal lah SN sendirian lagi hihi..

OK!! CREME BRULEE dessert untuk tahun baru kita semalam dan ianya sangat sempoi dan enak sekali. Pasti tahu kan keenakan dessert yang satu ni. memang tak pernah jemu makan walaupun 2 bekas rasa nak lagi lebih lagi kalau sejuk sejuk hmmm Enjoy!!

Kali ni SN buat kurang manis di sebabkan SN dalam fasa diet dek kerana ingin nak makan terpaksa cheat juga hahahaa.. Alhamdulillah tak muak sebab tak manis kan. Untuk resepi yang sedia ada boleh tengok DISINI cuma SN olah lagi untuk jadi lebih pekat. 

Jom tengok resepi!!



CREME BRULEE
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
8 biji kuning telur
4 sdm gula kastor/ pasir

B.
800ml whipping cream
1 batang vanilla pod - belah dan kikis biji, masukan kedalam krim beserta kulitnya sekali.

*kalau tak ada boleh guna esen vanilla 1 sudu teh*

C.
Raw sugar/ brown guls halus/ gula kastor untuk taburan atas/ burn


Cara:

1. Preheat oven 150 degree api atas bawah.

2. Kacau sebati bahan A sehingga gula hancur sahaja. Ketepikan.

3. Masak bahan B menggunakan api kecil sehingga mendidih sekejap dan terus padamkan api dan alih keluar vanilla pod.

4. Ambil sedikit krim yang telah di masak tadi masukan ke dalam adunan telur dan kacau sebati. Ambil lagi dalam 2 senduk dan kacau rata kemudian tuangkan perlahan lahan ke dalam krim dan sambil di kacau sehingga sebati.

5. Buang buih di atas krim dan rehatakan sehingga pekat seketika selama 5 minit.

6. Tuang ke dalam ramekin terpulang pada saiz yang di suka yang telah di susun di dalam dulang.

7. Masukan ke dalam oven dan tuang air panas ke dalam dulang dan bakar selama 30-35 minit.

8. Keluarkan dan sejukan sepenuhnya. Tabur gula dan guna orch untuk membuat caramel.




SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...