Januari 14, 2019

Nasi Safron Ayam Mudah Dan Sedap.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi dan selamat bekerja semua.. Semoga ceria selalu.

Alhamdulillah hari SN nak entri resepi yang  tertangguh hihihi. Bila cuaca sekarang semakin sejuk mood M pun bersarang juga. Tapi SN cuba untuk update juga sementara nak balik Malaysia hujung bulan nanti. Bila dah balik memang susah nak update lagi pun kali ini SN balik dengan seribu harapan.

OK!! Nasi safron ayam ni SN buat tahun lepas time ada kawan datang ke rumah. Last minit pun hal SN buat apa yang termampu sahaja. Jadi juga akhirnya walaupun ramuan masih ada yang kurang.  Bila dah masak walla harum semerbak baunya. Safron SN beli di kedai arab dalm bentuk serbuk tapi harga pun boleh tahan mahal nya. Cuma guna sedikit sahaja untuk warna dan rasa.

Berbalik pada resepi, ianya terpulang pada keselesaan masing masing ye sama ada nak guna dada ayam atau paha sahaja. Tapi SN suka guna paha ayam sebab tak banyak isi so tak muak sangat. Nak cuba jom tengok resepi.


NASI SAFRON AYAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
A.
2 ketul paha ayam - potong 2 dan bersihkan. Gaul dengan sedikit garam
Sedikit oregano kering
Sedikit minyak.

B.
2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam dengan sedikit garam selama 1 jam. Toskan

C. 
1/2 biji bawang besar  - hiris panjang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji buah pelaga 
1 helai daun bau - boleh skip kalau tak ada
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit safron - rendam dengan sedikit air
2 1/2 - 3 cawan air - guna cawan yang sama untuk menyukat beras (bergantung pada beras yang di gunakan)
1/2 sdm ghee
Sedikit minyak sunflower/ zaitun atau minyak masak biasa

Hiasan
Hirisan lemon
Cili benggala


Cara:

1. Bahan A - Panas kan minyak dan masukan ayam. Goreng sehingga keperangan dan balik sebelah lagi. Tabur sedikit oregano dan tutup api ketepikan.

2. Bahan C - Panaskan minyak dan ghee dengan api sederhana dan masukan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kuning dan masukan air.

3. Kemudian masukan bahan selebihnya dan biar kan mendidih sebentar. Tutup api.

4. Dengan menggunakan periuk nasi elekrik, susun ayam dan masukan beras yang telah di tos tadi kemudian masukan air yang telah di masak tadi.

5. Masak seperti biasa. Bila nasi dah tukar kepada WARM tekan sekali butang COOK sehingga masak sepenuh.

6. Sedia untuk di saji dan tabur cili benggala dan lemon sebagai hiasan atas.



SELAMAT MENCUBA!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...