Jun 13, 2017

Brownies Marble Cheese


Assalamualaikum!!

Salam 18 ramadhan buat semua dan selamat berbuka sekejap lagi buat yang berada di tanahair. Semalam dessert atas permintaan suami SN untuk berbuka. Simple yet delicious! Moist dan tak manis juga SN tak guna gula untuk brownies cuma pada adunan cheese. Ilham resepi SN sendiri yang dan lama terbuku kini SN kongsi buat semua. Resepi yang SN buat untuk jualan hari raya sebelum berhijrah ke Scandinavian @Sweden dan laku keras heee....

Alhamdulillah rasanya yang amat memenuhi citarasa pembeli dan tidak muak. SN selalu buat atas permintaan EN dan cuma bertahan 2 hari sahaja kalau hujung minggu. Biasa buat kalau bukan bulan puasa dan Isnin waktu kerja SN akan bawa ke pejabat untuk minum petang sama office mates. Bulan puasa bertahan lama sikit kot hihi makan seketul dua saja. 

Ok.. resepi SN kongsi dan semoga bermanfaat buat semua...





BROWNIES MARBLE CHEESE
Resepi: Sue Norrman

Loyang 7 inci  
*lapik dengan kertas minyak panjang supaya senang untuk mengeluarkan brownie bila dah masak*


Bahan-bahan
(A)
120g mentega - cairkan
150g coklat masakan/ cooking Chocolate - cincang halus

(B)
2 biji telur gred A
(boleh guna 3 kalau gred B)

(C)
3 sdm golden syrup
1 sdt esen vanilla

(D)
60g tepung kek/ gandum - ayak
1/2 sdt serbuk penaik/ baking powder


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu  190 degrees api bawah selama 10 minit dan turunkan suhu kepada 175 degrees.
  2. Cairkan mentega dan tutup api. Masukkan coklat yang telah di cincang halus dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya. Ketepikan biar suam seketika.
  3. Pukul telur guna whisk sehingga telur kembang berbuih sahaja. Masukkan golden syrup dan esen vanilla. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung bersama serbuk panaik dan kacau sebati lagi.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukan ke dalam piping bag untuk buat marble atas cheese kemudian dan selebihnya tuang ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan di lapik kertas minyak.
  6. Hentak kan loyang yang berisi adunan tadi untuk mengeluarkan angin supaya tekstur kek tidak berlubang. Bila kita hentak akan nampak bubble itu menandakan ada kandungan angin dalam adunan kek kita. Lanjutkan sehingga tak ada bubble lagi.
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit. Bergantung pada oven masing masing.
  8. Keluarkan dan tekan permukaan brownies supaya padat. Kalau ada yang mengelembung buangkan angin terlebih dahulu.
  9. Tuang adunan cheese dan pancit adunan dari piping bag tadi dan buat corak mengikut kesukaan sendiri.
  10. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga permukaan cheese keperangan dan matikan oven.
  11. Keluarkan brownies dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di potong.


Bahan untuk cheese
(A)
250g cream cheese
70g gula kaster/ halus

(B)
1 biji telur gred B
1/3 sdt garam halus 


Cara
  1. Kacau sebati adunan A sehingga gula hancur menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati lagi.
  3. Tuang atas brownies tadi dan boleh di bakar lagi sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM







Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap



Selamat pagi dari Sweden!!
 
Alhamdulillah hari ni cuaca cerah tapi berangin dan sejuk gilerrr.. 13 celcius memang terasa sejuk! Semalam hujan dari petang hingga ke subuh. Tahun ni summer season tak macam summer sebabnya hujan berterusan dan suhu masih bawah 25 celcius.  bagi diorang syok lah sebab season yang mereka nantikan. Macam SN masih terasa sejuk kalau 23 celcius duk luar memang guna selimut.. ye sejujurnya bawa selimut tuk duduk bawah pokok.

Ha.. dah intro musim lah pula tapi syok juga kan! Pengalaman dengan 4 musim yang mencabar dan syukur di beri peluang untuk merasai dan melalui hidup merantau. Insyallah kalau ada masa yang betul betul terluang SN nak buat journal journey dari proses residen sehingga mendapat permanent residence seperti sekarang dan all about Sweden. Insyallah dan doakan SN di beri kekuatan dan kesihatan untuk di kongsi kan bersama.

Tada!! inilah ayam masak merah mudah yang SN masak semalam sama nasi tomato. Resepi nasi tomato DISINI dan memang mudah sangat nak di sediakan. Suami SN pun makan 3 ketul ayam hihi.. tapi nasi 5 sudu je EN makan. Nak buat macam mana kan bila dah lewat memang selera makan dah kurang. Yang penting bersyukur masih dapat menikmati juadah walaupun dengan kuantiti yang sikit.  Nak resepi mai tengok..

Resepi ayam masak merah berempah DISINI
 


AYAM MASAK MERAH MUDAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam anggaran seekor 1kg++ (potong sedang dan cuci bersih, Toskan)
Sedikit serbuk kunyit - untuk menggoreng ayam
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sdm tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa sedikit
1/3 cawan susu cair
Air sedikit
Minyak untuk menumis secukupnya

(A) Kisar halus
1 biji bawang bombay
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sdt jintan putih
1 sdt ketumbar
1/2 sdt jintan manis

(B)
3 sdm cili giling - nak pedas lebihkan
2 batang serai - ketuk
5 kuntum cengkih
1 kuntum bunga anis
2 biji buah pelaga
Sedikit kulit kayu manis


Cara
  1. Sebatikan serbuk kunyit dengan sedikit garam bersama ayam.
  2. Kemudian goreng ayam sekejap untuk mengeringkan air sahaja. Jangan goreng sampai kering ye! ketepikan.
  3. Panaskan minyak kedalam kuali/ periuk dengan api sederhana dan masukkan rempah tumis bersama serai dan tumis seminit.
  4. Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili pekat sedikit dan masukkan bahan kisar.
  5. Tumis sehingga bawang masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambah sedikit lagi.
  6. Bila tumisan dan masak masukkan sedikit air, sos cili, sos tomato, tomato puree serta bahan perasa dan garam serta gula.
  7. Renehkan selama 5 minit dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi serta susu cair.
  8. Kacau sebati dan rasakan secukupnya.
  9. Biarkan kuah pekat sedikit dan tutup api.
  10. Sediakan di nikmati bersaam nasi tomato dan selamat menjamu selera.
SELAMAT MENCUBA!

 KRAM



Nasi Tomato Mudah dan Sedap



SALAM 18 RAMADHAN!

Alhamdulillah.. apa kbabar semua sahabat SN? Semoga sihat hendaknya dan aura raya dah menghampiri kita kan!
Tiada yang special untuk menu berbuka kami semalam hanya masak nasi tomato sama ayam masak merah simple dan jelatah timun je. Atas permintaan EN yang mesti ada dessert so SN buat kan brownies cheese marble juga. 

Masak untuk makan berdua dengan kuantiti yang sikit pun tak habis.. sedih. Selebihnya SN frozen elok elok tarik angin dalam packing bagi untuk tahan lama. Bila teringin dan malas nak masak stock ada senang keja kita hehe.. defrost dan kukus balik Insyallah kekal sedap. Jom kita tengok resepi..

Resepi ayam masak merah mudah DISINI


NASI TOMATO MUDAH
Resepi: Sue Norrman 

Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi atau wangi - cuci dan toskan (SN guna cawan biasa free rice cooker)
2 biji tomato ranum - belah 4
3-4 sdm tomato sos
1/2 sdm tomato puree
2 cawan air - guna cawan yang sama menyukat beras
1/3 cawan susu cair
Serbuk perasa dan garam secukup rasa
Gula sedikit

(A)
1 sdm minyak sapi/ ghee
2-3 sdm minyak masak 
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga anis
3 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
2 helai daun pandan - simpul

(B) Kisar halus
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia


Cara
  1. Masukkan beras yang telah di cuci ke dalam periuk nasi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dengan api sederhana. Kemudian masukkan rempah tumis dan daun pandan. Tumis sehingga wangi anggaran 2 minit.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga bawang kuning dan masak.
  4. Kemudian masukkan air, sos tomato, tomato puree dan buah tomato. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan perasa dan susu cair.
  5. Rasa kan sekali lagi dan bila dan cukup tutup api.
  6. Tuang ke dalam periuk nasi yang dan sedia ada beras dan masak seperti memasak nasi biasa.
  7. Bila periuk dan bertukar ke 'KEEP WARM' biarkan sekejap dan boleh di carik. 
  8. Tekan semula butang 'COOK' dan biarkan bertukar ke warm lagi dan mati kan suiz.
  9. Sedia di sajikan bersama ayam masak merah dan jelatah simple. 

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...