Ogos 24, 2016

CUCUR UDANG DAN SAYUR RANGUP



Pagi tadi sue sarapan dengan cucur udang campur sayur sama nescafe o dan kuah kacang. Lama juga rasanya tak buat cucur udang dan teringin bila cuaca sejuk begini. Awal dah buat selepas subuh terus ke dapur menyedia apa yang perlu dan defrost udang dan kuah kacang. Bila dan semua siap jam 6.30am dah habis semua di goreng dan sarapan dengan cucur yang masih panas. Alhamdulillah selepas 3 jam bila cucur dah sejuk ianya masih kekal rangup di luar dan lembut dalamnya. 

Sue olah sendiri menggunakan air soda (sparkling water) yang sejuk untuk membancuh tepung dan sedikit air kapur cair. Wallah satu kelainan dan rangupnya masih kekal walaupun dah lama selepas di goreng. Tiada tips yang special cuma penggunaan sparkling water yang membuatkan nya ranggup. Bukan ini saja yang sue buat menggunakan sparkling water tapi pancake juga dan tak perlu letak soda bikarbonat. Mungkin harganya sedikit mahal dari air suling yang biasa tapi banyak manfaatnya yang kita tidak tahu. Air soda pula sue buat sendiri dengan mesin yang dah berjasa lamanya untuk minum harian dna buat bekal suami ke pejabat. Mesin ni sue dah beli lama cuma tukar gas dan harganya tak mahal berbanding jkalau beli air soda yang sedia di jual di supermarket... Ok.. jom..


Resepi kuah kacang >>  KUAH KACANG 1  KUAH KACANG 2





CUCUR UDANG DAN SAYUR RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
150g tepung gandum
50g tepung roti/ high protein (kalau tak ada guna tepung gandum saja)
2 sdm rata tepung beras
Garam secukup rasa
1/2 sdt serbuk perisa
Sedikit gula
1/3 sdt instant yis
Pewarna kuning sedikit pengganti serbuk kunyit
(kalau menggunakan serbuk kunyit dan di campur dengan air kapur warnanya kan bertukar menjadi oren)

(B)
350 - 400ml air soda sejuk (sparkling water)
1 sdt air kapur cair

(C) 
1 batang lobak merah saiz kecil - potong sebesar batang mancis
Sedikit daun bawnag dan daun sup - hiris halus
Sedikit cili giling
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 biji bawang besar (saiz sedang) - cincang 
Daun kucai secukupnya
Udang fresh secukupnya

Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara
1) Satukan bahan A dan masukkan bahan B. Kacau sebati sehingga tepung tidak bergentil dan masukkan bahan C.
2) Sebatikan dan rasa bancuhan secukup rasa dan rehatkan 10 - 15 minit.
3) Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana sehingga betul-betul panas.
4) ambil 1 sdm bancuhan cucur dan goreng sehingga keperangan dan balik sebelah dan biarkan masak sepenuhnya.
5) Letak atas tisu dapur supya serap minyak dan goreng sehingga habis.
6) sedia di nikmati bersama kkuah kacang atau selera sendiri.

SELAMAT MENCUBA!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...