Jun 21, 2016

NASI MINYAK KENDURI


ALHAMDULILLAH...
Lauk ala kenduri yang sue masak semalam baru berkesempatan entri. Lama benar rasanya tak makan nasi kenduri kan? lebih lagi nasi minyak kenduri kahwin. Jadinya semalam dapat masak nasi minyak untuk makan berdua sebelum suami sue pergi atas urusan kerja ke Aberdeen pagi tadi. Menu yang simple untuk berbuka dan lumayan juga makan dan bertambah. Kebiasaan nasi ini juga sue selalu buat untuk hari raya open house dan kawan-kawan sue yang biasa datang akan bertanya ada tak buat nasi minyak? Maka nasi ini kira nasi wajib untuk hari raya open house rumah sue sebelum berhijrah ke sweden.


NASI MINYAK KENDURI 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan 
(sue menggunakan cawan seperti dalam gambar dibawah)
 
*Kalau menggunakan beras wangi jangan direndam. Cuci sahaja dan toskan*


(A)
1 batang kecil kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
1 bunga lawang
1 sdm minyak sapi/ ghee
11/2 sdm minyak masak
1/2 biji bawang besar saiz sederhana - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul  
1 batang serai - ketuk

Bahan kisar halus
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 

(B)
1 3/4 - 2 cawan air dan guna cawan yang sama menyukat beras. Bergantung pada kualiti beras. Kalau beras yang sue guna airnya dikurangkan.
1 sdm sos tomato + 1/2 sdm sos cili
Garam dan serbuk perasa secukupnya 
1/3 sdt gula pasir

(C)
3/4 cawan susu cair

(D)
Kismis kuning/ hitam secukupnya








Cara 


1) Sediakan bahan-bahan untuk menumis.


2) Tumis bahan A sehingga bawang layu. (sue tak ada daun pandan) Ianya untuk mewangikan tumisan dan nasi.


3) Kemudian  masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga kuning dengan api sederhana.


4) Masukkan bahan B dan rasa perisa secukupnya. Biarkan air mendidih sekejap.


5) Tuang bahan C dan kacau sebati dan mendidih dalam 1-2 minit.


6) Salin bahan yang telah di masak tadi kedalam periuk nasi.


7) Masukkan beras dan kacau sebati. Tutup tudung periuk dan masak seperti masak nasi biasa sehingga bertukar 'keep warm'.

8) Buka tudung periuk, carik nasi dengan garpu dan tabur bahan D. Tutup semula tudung periuk  dan tekan lagi butang cook. Biarkan ianya masak lagi sehingga bertukar kepada keep warm dan masak sepenuhnya.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...