Jun 30, 2017

Hokkaido Chiffon Cupcakes Sedap dan Mudah


Salam 6 Syawal!!

Assalamualaikum... Selamat pagi semua sahabat SN, apa khabar? Hari ni SN entri awal sebabnya  semua urusan sudah selesai dan time relax seawal pagi. Hari ni cuaca mendung selepas hujan semalanan dengan suhu 15 celcius. Kalau dah cuaca sejuk dan mendung begini memang boring lah jawabnya sebab nak duduk luar pun sejuk gilerr lebih lagi berangin. 

Hari ni SN sendiri lagi.. EN terbang ke Houston dan balik pada hari ahad Insyallah. Baru seminggu balik dah terbang lagi. Begitulah rutin EN. Juga berita gembira yang SN nak kongsikan.. yelah gembira dan terharu buat SN yang merantau. Semalam SN dapat kiriman kad raya dari geng blogger nun jauh di Malaysia. Menanggis bila dapat kad raya dan tak tahu macamana nak puitis rasa tu. Terima kasih pada yang sudi mengirim..

So.. bila dah dapat kad raya dengan senyum melebar kita buat cupcakes la pula. Lagipun EN nak makan dessert katanya. Alhamdulillah kejadian chiffon yang sangat memuas hati dan sedap. Resepi SN ambil dari dapur NASI LEMAK LOVER.
Memang best resepi ni dan mudah sekali nak membuatnya. Dengan krim kastad sejuk walla.. 3 biji tak terasa makannya. Walaupun hokkaido cupcakes ni dah lama tapi ianya tetap menang di hati SN. Rasanya yang cukup untuk di nikmati.. Jom!!


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
3 kuning telur
20g gula kaster/ halus
35g minyak jagung
60g susu segar
70g tepung kek/ gandum - ayak halus

(B)
3 putih telur
25g gula kaster/ halus


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius dan letak rack di tengah tengah.
  2. Sediakan dulang dan susun papercup dalam 9 biji.
  3. Bahan A - Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk sehingga bertukar warna (pucat) jangan kembang.
  4. Masukan minyak dan susu - kacau rata.
  5. Diikuti tepung dan sebatikan. Ketepikan seketika.
  6. Bahan B - Pukul putih telur sehingga berbuih dan masukan gula sedikit sedkit (anggaran 3 kali) dan pukul menggunakan high speed sehingga soft peak.
  7. Ambil 1/3 putih telur tadi dan masukan kedalam adunan A dan kaup balik. Ambil lagi putih telur dan kaup balik sehingga habis dan rata. jangan kacau terlalu lama cukup kaup balik dan rata sahaja.
  8. Kaup adunan kedaalam papercup  sehingga 3/4 paras dan bakar selama 20-25 minit. Bergantung pada oven masing masing.
  9. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh di paip filling dan ayak sedikit gula aising pada permukaan cupcakes.
  10. Sedia untuk di nikmati dan enak untuk di jadikan dessert.

Custard Filling
60g whipping cream dairy
10g gula aising
1 tsp instant custard powder

Cara
  • Pukul krim dan gula sehingga pekat.
  • Kemudian masukkan instant custard dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati.
  • sedia untuk di gunakan.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...