Julai 08, 2017

Bingka Ubi Sedap Dan Mudah



Selamat pagi!!

Assalamualaikum semua... alhamdulillah bertemu kembali setelah lama tak ke dapur hihihi. Lately SN sibuk sedikit memandangkan banyak urusan yang nak di uruskan. Lagi pun EN cuti summer selama 5 minggu makin sibuk lah kita macam macam yang EN nak buat. Nak tak nak kita pun terpaksa ikut membantu.

Bingka ubi sedap dan mudah!! Haaa... seriously memang sedap dan mudah nak buat. Rasanya cukup lemak dan tak manis. Resepi ni SN olah sendiri mengikut anak tekak manakala ubi tu SN beli yang dan di parut dan frozen. Walaupun duk beribu batu jauh dari tanahair tapi syukur juga dapat merasakan nikmat kuih tempatan kita orang Malaysia. Walaupun warnanya tak gah tapi rasanya sedap tau dan SN tak letak pewarna. Ianya merupakan warna asli dari gabungan susu dan santan.

Bila part membakar bingka ni kena sabar dan SN suka bakar sampai keperangan sikit dan yang tepi keperangan itulah menjadi rebutan lebih lagi kalau masih suam gitu. Bingka ni SN bakar dalam casserole aja untuk memudahkan dan tak melekat. Kalau nak guna loyang biasa pun ok juga. Kena sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Tak payah lapik dengan kertas minyak. Ok.. joim kita tengok resepinya.


BINGKA UBI SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
500g ubi yang telah di parut halus - jangan di tapis 
1/2 tin susu manis - tin saiz rendah
1/2 tin susu cair 
1/5 cawan gula pasir
200ml santan pekat - SN guna santan kotak
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning jika suka

*Loyang 6 atau 7 inci juga boleh guna casserole*


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 celcius, tray rack di tengah tengah selama 10 minit terlebih dahulu.
  2. Satukan kesemua bahan bahan sehingga sebati.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur sedikit tepung dan ratakan.
  4. Masukan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam sehingga keperangan dan masak.
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh di potong.

SELAMAT MENCUBA!
 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...