Assalamualaikum!!
Selamat tengahari semua... Semoga ceria hendaknya. Mungkin ada yang masih berziarah untuk rumah terbuka sempena syawal masih lagi dan hampir melabuhkan tirainya.
Semalam SN berkesempat membuat apam tapai yang menjagi favorit ibunda juga SN sendiri. Alhamdulillah kejadian yang sangat lembut dan cantik sarangnya. Haa... nak kata hebat jauh sekali tapi tapai nasi SN buat sendiri tau! ragi yang SN bawa dari kuching dan sangat manis bila dah cukup masak. Pada mula nya cuma teringin nak makan tapai sahaja tapi bila tengok ada lebih dalam semangkuk kecil dan sudah berair sedikit so dari tak di makan lebih baik buat apam. Tapi... part ni memang sedih sangat mana tidaknya buat sesuatu tak periksa awal bahan yang nak di perlukan. Dah siap blend gula, air dan tapai kira nak ambil tepung beras sekali hampa. Kehabisan stok tepug beras yang di fikir selama ini bersisa satu paket tu rupanya tepung pulut. Di sebabkan bahan dah di kisar sayang juga so SN bawa EN yang tengah bertukang di luar drive me ke bandar semata mata nak beli tepung beras. Nasib juga empunya badan tak marah dan EN ok je hihihi..
Ni lagi satu cerita bila dah masuk kedai memang tak sah tak beli yang lain walaupun dah list siap siap barang yang nak di beli pasti bertambah barangan tanpa list. Tak apa lah dah sekali jalan nanti tak susah. Ok.. barang dah ready kita balik rumah dan sambung tugasan yang masih menunggu. Mak aiii.. bahan yang di kisar berbuih macam kembang tapi baunya sedap di hidu. Gerak hati mengatakan kot masih elok kita cuba nasib dan masukan tepung dan yis. Kalau jadi kita share resepi tapi kalau tak menjadi nak buat macam mana kan. Siap perap dan kukus Alhamdulillah setelah di potong hati banyak suka. Menjadi dan cantik sekali sarangnya. Jadinya resepi apam yang sangat lembut dan gebu. Resepi yang SN olah sendiri dan sukatan asalnya agak agak tapi SN timbang kesemuanya. Jom..
APAM TAPAI
Resepi: Sue Norrman
*Loyang 6 atau 7 inci*
Bahan bahan
(A)
270g air masak
80-100g gula pasir
100g tapai nasi
(B)
180g tepung beras
1/3 sdt instant yis
Pewarna hijau sedikit atau warna kesukaan
(C)
Kelapa parut secukupnya - Kukus sekejap supaya ianya tahan lama
Sedikit gula dan garam
*Bila nak makan baru campurkan gula dan garam sedikit*
Cara
- Kisar bahan A sehingga tapai halus.
- Kemudian masukan bahan B dan kisar lagi sehingga sebati semuanya.
- Tuang kedalam Bekas bertutup dan perap selama 1 jam atau sehingga kembang dan naik berbuih.
- Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik dan sapu lagi sedikit lagi minyak pada permukaan plastik tadi.
- Kacau sedikit apam tadi dan tuang ke dalam acuan dan rehatkan 5-10 minit sementara menunggu air kukusan panas sepenuhnya.
- Tutup tudung pengukus dengan kain dan kukus selama 40-45 minit sehingga masak sepenuhnya.
- Keluarkan dari penguklus dan sejukan sepenuhnya sebelum di potong. Seeloknya guna pisau bergigi supaya keratan apam cantik.
- Tabur kelapa dan sedia untuk di sajikan.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan