Oktober 25, 2015

SWEDISH TEA BREAD


Roti yang paling mudah dan senang dibuat serta tidak banyak menggunakan bahan-bahan. Rasa yang sedap juga boleh digunakan untuk mini pizza atau makan bersama air teh atau kopi. 
Biasa tengok di supermarket berbagai-bagai jenis roti dan tertarik dengan roti yang satu ni. Resepi dah Sue kurangkan kuantiti sukatan dan dapat 8 keping juga ada yang Sue ubah. Kalau nak lebih kecil kurangkan timbag so dapat dalam 12-13 keping.
Sue lebih suka untuk sarapan makan bersama cheese dan jem. Biasa kalau ada lebih sarapan Sue buat bubur roti bersama yogurt dan chia seed. Sedap!!



SWEDISH TEA BREAD
Resepi: Buku berbagai Jenis Roti (Swedish)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
160ml susu segar suam
30g mentega
1 sdm golden sirap (Resepi asal menggunakan gula)
1/3 sdt garam halus

(B)
250g tepung roti
1 sdt instant yis

Cara
1) Bahan (A) - Suamkan susu dalam microwave 30 saat atau lebih bergantung pada mikrowave masing-masing. Kemudian masukan mentega dan kuar hingga cair baru masukan golden sirap.
2) Masukan bahan (B) dak bread maker atau mixer dan tuang bahan A tadi sikit-sikit hingga sebati dan uli hingga elastik.
3) Rehatkan 30 minit dan tumbuk buangkan angin.
4) Timbang setiap satu pada 55-58g dan bulat-bulatkan.
5) Giling supaya leper dan bulat letak atas dulang pembakar dan cucuk dengan garpu.
6) Rehatkan lagi 20-30 minit sehingga naik.
*Panaskan oven pada suhu maximum. Bergantung pada oven masing-masing.*
7) Bakar selama 5-10 minit sehingga naik dan atasnya keperangan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
*Simpan dalam bekas tertutup untuk mengekalkan kelembutannya*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM






Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...