ALHAMDULILLAH... pagi semalam sebelum pergi sekolah sue berekspirimen dengan puding roti. Tetiba nak makan puding roti yang kastad nya tebal dan berkrim. Mengada ngada pula tekak dan hasilnya memang tak menghampakan. Makan sejuk-sejuk wallah memang SEDAP!!
Resepi yang mudah tanpa telur dan roti dibakar sekejap sahaja untuk mencantikkan warna sahaja. Jom tengok resepi..
PUDING ROTI KASTAD
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
4-5 keping roti tawar atau apa sahaja yang disuka - potong tepi.
Bahan sirap
150g gula pasir/ kaster
150 ml air
1/2 sdm jus lemon
Cara
1) Masak bahan sirap sehingga gula hancur sepenuhnya. Ketepikan sehingga sejuk.
2) Susun roti ke dalam casserole saiz 7 inci dan bakar 10 minit pada suhu 180 api atas bawah sehingga keperangan.
3) Keluarkan dari oven dan terus tuang sirap tadi keatas roti sehingga basah keseluruhannya. Ketepikan 10 minit supaya sirap menyerap pada roti.
4) Kemudian carik menggunakan garpu atas permukaan roti tadi dan tuang bahan kastad yang telah di masak. Sejuk pada suhu bilik dan bolehlah paipkan krim, tabur kekacang dan masukan ke dalam peti sejuk.
Bahan kastad
700 ml susu segar
2 sdm tepung jagung
2 1/2 sdm tepung kastad
2 sdt esen vanilla
1 sdm gula kaster/ pasir
Cara
1) Satukan bahan-bahan ke dalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan meletup kecil. Tutup api.
2) Tuang atas roti tadi dan biarkan sejuk suhu bilik.
Krim
200-300 ml whipping krim
1/2 sdm gula icing
Cara
Pukul krim bersama gula icing sehingga kental dan bolehlah di paip atas kastad dan tabur kekacang.
P/s:- Taburan atas krim terpulang nak guna kekacang atau manisan lain. Tapi saya sarankan guna kekacang rasanya lebih sedap.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan