Ogos 14, 2015

SPAGHETTI BOLOGNESE



Pasta in the house hari ni.. Memang pasta mesti ada sekurang-kurang seminggu sekali. So hari ni sue buat bolognese resepi dan citarasa Sue sendiri. Spaghetti semua kanak-kanak suka termasuk kita orang dewasa tapi semenjak berhijrah ke Sweden tak pernah makan spaghetti kat luar. Semua homemade dan dijamin halal kerana kita tahu apa bahan-bahan yang kita guna..
Resepi yang ringkas dan di jamin sedap.. Insyallah.

SPAGHETTI BOLOGNESE
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
300g spaghetti
1 sdt garam
1/2 sdm olive oil/minyak sayur/masak
 Air secukupnya untuk merebus

(B)
1/2 biji bawang besar- potong dadu halus
 Minyak sedikit untuk menumis

(C)
300g daging cincang*
6 biji tomato- kisar kasar sahaja (guna food processor)
2-3 sdm tomato puree
3 sdm sos tomato(nak lebih pun boleh)
1 sdt balsamic vinegar - abaikan kalau tidak ada
1 sdm gula(+/-)
1-2 sdt mixed herbs
1 sdt cayenne pepper (boleh ganti serbuk paprika kalau tak ada)
(Sue guna fresh herbs semua- oregano, parshley, basil, thyme dan rosemary sedikit)
Garam secukup rasa
Air jika perlu

Cara
1) Didihkan (A) dan garam serta minyak. kemudian masukan spaghetti dan rebus hingga lembut. Jangan terlebih masak nanti lembik. (Ikut arahan merebus dibelakang paket spaghetti)
2) Bila dah masak buangkan air dan toskan. Tuang sedikit lagi minyak dan gaul sebati supaya ianya tidak melekat dan ketepikan.
3) Tumis bahan (B) hingga kuning dan masuk bahan (C) yang bertanda (*) terlebih dahulu hingga bertukar warna dan masuk bahan selebihnya kecuali air.
4) Kecilkan api dan masak hingga mendidih dan pekat. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air dan rasakan secukupnya.
5) Sebagusnya kena reneh dalam 20 minit untuk memasakan tomato dan bolehlah tutup api. Sedia untuk dimakan.
*Lebihan kuahnya boleh di frozen*

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



OATMEAL BUN



Alhamdulillah.. Oatmeal bun ni merupakan salah satu bun yang swedish suka makan untuk sarapan pagi. Bun kat supermarket bermacam-macam jenis tapi Sue suka beli yang wholemeal, dark bread dan sour bread. Resepi asal tak menggunakan oatmeal tapi Sue tambah. Resepi Sue ambik dari belakang kertas tepung dan kebanyak resepi yang Sue cari untuk swedish bread atau bun ianya tidak banyak penggunaan bahan sampingan untuk membuat roti. 
Satu kelebihan roti ni ianya moist dan lembut walaupun tidak menggunakan telur. Sue derhaka sikit dengan resepinya.. Kebanyak roti di sini menggunakan wholemeal, tepung rye dan graham. Kalau breakfast di hotel kat Sweden memang roti bermacam-macam. Makan dengan cheese dan tomato pun sedap!
Roti ni Sue buat tengahari tadi dan bila suami sue balik kerja dan terus tanya Sue baking ke? Dia boleh cium dari depan pintu masuk hihihi.. apa lagi dia tak sabar nak makan bila masih suam terus ambik butter, cheese dan tomato. Duduk santai kat belakang rumah sementara Sue masak untuk dinner..



OATMEAL BUN
Resepi: Kungsörnen (Jenama Tepung)
Oleh: Sue Norrman 

Bahan-bahan (8-10 biji)
(A)
250ml susu segar
25g marjerin/mentega
3 sdm brown syrup ( boleh ganti dengan gula)
1/2 sdt garam

(B)
350g tepung rye (Sue kurangkan 300g dan tambah tepung roti)
50g tepung roti (Sue tambah)
1/2 cawan oatmeal (Sue tambah)
10 gm instant yis
 1 sdt serbuk penaik (Sue tambah)

(C)
Kuaci dan oatmeal secukupnya untuk taburan atas roti

Cara
1)  Panaskan bahan (A) hingga berbiuh di tepi periuk dan tutup api. Suam kan sekejap
2) Satukan  bahan (B) dalam bread maker atau bread mixer, masukan bahan (A) tadi dan uli 30- 40 minit sehingga lembut.
 Roti ni tak perlu elastik pun tak apa.
3) Rehatkan sehingga naik. Tabur sedikit tepung dan bolehlah di bahagi ikut besar mana yang kita suka dan bulat-bulatkan dan letak atas dulang yang di lapik dengan kertas baking.
*Roti ini tidak perlu guna minyak untuk membulat atau di dulang*
4) Sapu roti dengan air sedikit dan tabur kuaci dan oatmeal. Rehatkan lagi hingga naik dalam 20-25 minit.
5) Sementara itu panaskan oven pada suhu 200 degree.
6) Bila dah naik bolehlah masukan roti tadi dan turunkan suhu ke 180 dan bakar 20-25 minit sehingga roti keperangan dan nampak merekah dipermukaannya.

SELAMAT MENCUBA!

 
KRAM





Ogos 13, 2015

CHICKEN CHOP & HOMEMADE BLACKPEPPER SAUCE



Hari ni kita dinner dengan chicken chop je. Ayam dan siap di buang tulang , di bersih dan di perap sebelum Sue pergi sekolah. Manakala sos pula Sue buat balik sekolah tapi tak ambik masa yang lama dalam 15 minit dah siap. 
Sos yang mudah dan sedap di guna untuk shepherd pie dan apa jenis grill yang di suka. Kalau nak jadikan mushroom sos just tambah mushroom dan jangan letak lada kasar. Cukup penggunaan lada hitam serbuk sikit je. 
Sejujurnya dari mula berjinak dalam dunia masakan Sue tak pernah beli yang instant. Semuanya Sue cuba buat sendiri walaupun rasanya tak memuaskan tapi kita tauk di mana error nya. So kita boleh perbaiki dan menjadi kita peka pada sesuatu yang kita gunakan..

CHICKEN CHOP & HOMEMADE BLACKPEPPER SAUCE
Resepi: Sue Norrman

Bahan Untuk Ayam
(A)
2 ketul paha ayam
(*Dibuang kulit dan tulang manakala hujung tulang tinggalkan supaya isinya tidak putus. Bersih dan toskan*)
1 sdt lada hitam kasar
1/2 sdt serbuk paprika
1/2 sdm Lea & Perrin
1 sdt sos tiram
1 sdt kicap cair
1/2 sdt serbuk bawang putih (Tumbuk pun boleh)
1/2 sdt gula
Garam jika perlu kalau kurang masin

(B)
1 cawan tepung gandum*
2 biji telur
Sedikit lada hitam kasar
secubit garam

(C)
50-100g marjerin/mentega

Cara
1) Satukan bahan (A) dan perapkan. Terpulang berapa lama nak perap.
2) Bila dah sedia nak masak, satukan bahan (B) kecuali (*). Pukul sebati sahaja ya.
3) Letak (*) dalam mangkuk berasingan kemudian golekkan ayam ke dalam tepung satu persatu.
5) Panaskan pan dan masukan (C) hingga cair. Guna api sederhana takut marjerin hangit dan boleh celup ayam yang sudah di golek dengan tepung tadi kedalam telur.
4) Pastikan semuanya disaluti telur dan letakan ke dalam pan hingga ayam masak. 
( *Jangan dibalik dulu sehingga salutan telur kering takut akan terbuka*)
5) Bila dah masak bolehlah di angkat dan ketepikan sementara membuat sos pula.




HOMEMADE BLACKPEPPER SAUCE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
200ml air (Mineral sebaiknya)
2 ketul kiub pati lembu
1 helai daun bay
1/2 batang salery
1 sdt serbuk lada hitam

(B)
100ml susu segar
100ml krim putar
1 sdm kicap cair
1 sdm kicap manis
1-2 sdt kicap pekat (untuk warna)
1 sdt lea & perrin
1 sdt tomato puree
1-2 sdt lada hitam kasar( terpulang pada kepedasan yang di suka)

(C)
1- 11/2 sdm tepung gandum
Sedikit susu segar/ air untuk membancuh 

Cara
1) Satukan bahan (A) dan masak sehingga mendidih. kemudian tapiskan.
2) Letakan kembali air rebusan kedalam periuk dan didihkan lagi. Masukan bahan (B) sehingga cukup rasa dan warnanya.
3) Akhir sekali masukan (C) dan biarkan mendidih sekejap. Tutup api. sekiranya terlalu pekat tambah air panas/susu / krim.
4) Bolehkan di hidang bersama ayam tadi dan salad atau bahan sampingan yang di sukai.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM





MUFFIN VANILLA GEBU


Muffin ni memang sedap di makan bila santai-santai tengok tv. Ni yang Sue buat semalam tapi Sue ubah sedikit kerana berkejar dengan masa. Resepi ni sue dapat dari kakak ipar Sue 8 tahun lalu. Dia bekerja dengan Syarikat penerbangan bahagian catering dan dia pun dapat buku ni dari chef so dia minta izin photostat dan dia bagi Sue satu.
Semua resepi dalam buku ni sedap-sedap dan sebahagian depa guna untuk on board catering domestic dan first/business class. Asalnya blueberry muffin tapi Sue tak ada stok buahan frozen so guna sugar vanilla je untuk sedap. Derhaka dengan resepi asal nasib baik menjadi..hihihi



VANILLA MUFFIN GEBU
Resepi: Buku pelbagai Kek (kakak Ipar)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
120g gula kaster 

(B) 
*Ayak terlebih dahulu*
250g tepung gandum
1 sdt serbuk penaik@baking powder
1 sdt soda bicarbonate (Sue tambah)
1/2 sdt garam

(C)
125ml susu segar
(Sue ubah guna 120ml air suam +5 sdm tepung susu)
1 sdt esen vanilla
1 sdt gula vanilla (kalau tak ada guna tambah esen vanila lagi) 
Pewarna kuning sedikit

(D) 
130g mentega
(Sue cairkan kerana masih keras baru keluar dari peti sejuk)

Cara
*Panas oven pada suhu 170-180 terlebih dahulu*
1) Pukul bahan (A) hingga gebu. Kemudian masukan Bahan (B). Kuar sebati.
2) Guna spatula, masukan bahan (C) dan kuar lagi.
3) Akhir sekali masukan bahan (D) dan sebatikan. rehatkan dalam 10 minit.
4) Sediakan acuan muffin dan letak paper cup kedalam nya. Isi 3/4 adunan dan bakar selama 20 minit hingga masak.
5) Buat sampai habis dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM




PAI AYAM DAN CENDAWAN SEDAP



Semalam Suami Sue minta buatkan pai. Sue memang selalu buat dengan pelbagai inti dan inti smoked salmon adalah kesukaan dia. Cuma yang ada dalam peti ayam, daging dan stok ikan yang Sue beli d kedai asean tempoh hari. Cendawan pun Sue guna cendawan yang fresh tapi dah di frozenkan. Bila nak guna just defrost je. 
Resepi pastry Sue dapat dari belakang kotak frozen pai yang jual kat supermarket. Memang tak ada sukatan cuma depa letak ingredients je. So sue cuba banyak kali untuk mendapat sukatan yang betul dan cun lah kiranya. Try and error rasanya lebih 5 kali. Sue cuma buat pastry je tak letak filling takut keras ke tak menjadi rugi pulak kita masak elok-elok intinya. 
Bila dah berpuas hati dan suami kata ok precis sama dengan yang frozen baru Sue guna pakai resepi pastry ni. Ni cerita 2 tahun lalu dan sekarang Alhamdulillah memang tak ade masalah dengan pastry dan filling kita boleh buat pelbagai. Sue selalu buat dalam 2 versi, ikut mood kalau nak guna buttermilk atau fresh milk tapi suami Sue suka kalau guna buttermilk kerana lembut dan lemak rasanya. Manakala inti pula yang sampingan telur dan sour cream sue tengok dalam siaran masakan 20 minit  dalam tv setiap hari khamis. 
Kalau duduk perhati memang kita nampak banyak mana yang depa guna dan Sue siap salin. Bahan selebihnya ikut citarasa sendiri. sebab itilah tiap kali depa buat pai cantik je bila di potong. Untuk pastry pula Sue Guna loyang biasa dan letak aluminum foil supaya dapat di angkat dan pastry ni jenis yang tinggi. Kalau ada loose pan lagi mudah tapi cara gini pun ok...

PAI AYAM DAN CENDAWAN SEDAP
Oleh: Sue Norrman

PASTRY
240g tepung gandum
1 sdt serbuk penaik@ baking powder
1/3 sdt garam
1 sdt icing sugar
50-70g mentega
100ml (+/-) susu segar (Sue guna buttermilk)*

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali (*) hingga menjadi macam serbuk roti.
2) Kemudian masukan (*) tadi dan uli menjadi doh.
3) Terap bulat dan masukan ke dalam loyang(loose pan) 7- 8 inci. Kalau tak ade loose pan boleh guna loyang biasa dan letak dulu aluminium foil dalam nya supaya nanti bila pai dah masak dapat di angkat.
*Mesti terap sedang besar ya supaya dapat tinggi sekelilingnya*
4) Cucuk pastry dengan garpu supaya bila di bakar tidak mengelembung dan sejukan dalam 10 minit sementara membuat bahan inti.



 INTI AYAM DAN CENDAWAN SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 biji bawang besar- dadu halus
minyak untuk menumis

(B)
50-100g isi ayam- cincang atau dadu terpulang
1 tin kecil cendawan- hiris

(C)
1 sdm sos tiram
1 sdm sos lea & perrin
1 sdm stok ayam pekat/1 ketul kiub
1/2 sdt lada hitam kasar
2 sdt gula (anggaran ye)
1 sdt kicap cair
garam secukunya
*Jangan letak garam dulu takut masin*

(D)
300ml sour cream
3 biji telur
1 sdt tepung jagung
Parutan cheddar secukupnya

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga kuning dan masukan bahan (B).
2) Bila ayam dan bertukar warna masukan bahan (C) dan kuar sebati.
3) Rasakan secukupnya manis dan masin dan tutup api. Sementara menunggu ianya suam keluarkan pastry dari peti sejuk.
4 Bila bahan ayam dah suam, Satukan bahan (D) dan tuang kedalam bahan ayam yang dimasak tadi. Kacau sebati.
.5) Bakar 30-40 minit pada suhu 170-180 api bawah, bergantung pada oven masing-masing dan 10-15 minit terakhir bakar api atas bawah sehingga masak.
6) Bila dan suam baru di potong dan sedia untuk dimakan. Juga sedap di makan bersama Brown Sos DISINI.


SELAMAT MENCUBA!



KRAM








Ogos 12, 2015

TALAM LABU SEDAP




Semalam kita menalam lagi. Lebihan labu dalam peti sejuk dah seminggu so takut lama labu jadi kecut. Talam Ni memang sedap dan Sue Guna resepi asas yang sama untuk buat talam gula apong DISINI cuma sue tambah tepung hoen kwee dalam adunan labu. Sue buat 1/3 adunan je untuk acuan 6 inci sekadar makan berdua dan selebihnya Sue masuk freezer dan bila nak makan just masuk micro dan sembur air sikit. 
Sememangnya Sue peminat talam tapi kadang tu sedih bila beli rasanya nya sejuk dan tak lemak. Cuma nampak cantik pada luaran je. Kadang terfikir juga mustahil si penjual tak merasa apa yang depa nak jual kan. Memang mengharapkan hati tapi itulah resam berniaga. Apa pun dalam urusan jual beli kena jujur dan kalau berniaga semata-mata nak ambik untung memang rezeki tak panjang. 
Kita kena fikir juga si pembeli dan apa yang kiuta rasa pasti mengundang dosa kalau kita bercakap perihal si penjual menjual semata-mata nak untung kan? So.. mai kita tengok resepinya..



TALAM LABU SEDAP
Oleh: Sue Norrman

          Bahan-bahan         
1 gelas tepung beras
1/2 gelas tepung kanji (Sue guna tepung ubi)
2 3/4 gelas santan pekat
150-170g gula pasir(Sue guna 170g kerana gula disini tidak begitu manis)
150g labu- rebus dan lenyek halus atau kisar 
1 sdm tepung hoen kwee
Sedikit gula dan garam
Sedikit pewarna kuning (Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)

Cara
*Panas kukusan terlebih dahulu dan lapik dengan kain pada penutupnya*
1) Ambil 1 gelas santan dan di bancuh dalam tepung- ketepikan.
2) Lebihan santan 1 3/4 gelas tadi di masak tapi jangan sampai pecah minyak.
3) Tuang santan yang di masak tadi ke dalam bancuhan tepung. Kuar sebati dan bahagi kepada 2 bahagian.
4) Satu bahagian masukan sedikit garam dan gula(putih). Satu bahagian lagi masukan tepung hoen kwee dan gula. Kuar hingga gula larut baru masukan labu dan pewarna kuning sedikit. Sebatikan.
5) Sapu sedikit minyak dalam loyang dan lapik dengan plastik untuk memudahkan di angkat keluar dari loyang.
6) Kukus putih dahulu selama 15 minit dan kemudian kukus pula adunan labu. Ketika mengukus
adunan labu, tutup loyang dengan aluminum dan kukus lagi dalam 20-25 minit hingga masak.
7) Sejurus tempoh tamat terus bukan kan aluminium supa air tidak menitik pada permukaan kuih.
8) Biarkan sejuk betul-betul baru dipotong menggunakan pisau plastik. 

SELAMAT MENCUBA!


KRAM
 

SALAD KOBIS



Salad kobis ni Sue buat semalam  bersama pizza yang suami sue beli. Kat sini kalau pergi kedai arab jual pizza kebab ke memang salad ni tetap ada tapi Sue tak dapat makan pasalnya terlalu masam dan penggunaan cuka memang banyak kot. Lepas je makan memang terus sakit hulu hati. Biasa lah kan kalau ada gastrik memang tak dapat makan yang berasid.
Tapi semalam bila suami call cakap nak beli pizza, Sue siap pesan tak mau salad dan nanti bawa balik memang tak makan tu. Yang ni Sue buat pemahaman rasa yang Sue pernah makan beberapa kali cuma penggunaan cuka nya sue kurangkan dan resepinya amat mudah sekali. Sue pun selalu buat untuk makan bersama pai atau pita.. Jom tengok resepinya.




SALAD KOBIS 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
1 mangkuk sedang kobis yang sudah dihiris halus
1/2 sdt lada hitam kasar
1 sdt gula
1-2 sdm cuka*
1 sdt minyak zaitun/minyak sayur
 Sedikit garam 

Cara
1) Masukan kobis yang sudah dihiris kedalam mangkuk.
2) Didihkan air dan tuangkan kedalam kobis. Kuar sekejap dan terus buangkan air. 
3) Kemudian masukan air sejuk dari peti sejuk bersama 2-3 ketul ais dalam kobis tadi dan biarkan dalam 5 minit- toskan.
4) Bila kobis dan dah tak berair selepas ditos, Masukan bahan-bahan selebihnya kecuali (*) dan gaul sebati.
5) Baru masukan (*) sedikit-sedikit dan rasakan jangan terlalu masam. Cuka pun lain brand lain tahap kemasaman nya. 
*Hati-hati bila memasukan cuka takut terlebih masam susah nak makan*
6) Bolehlah di sejukan atau di makan segera.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH YANG SEDAP



Ayam panggang ni Sue buat ahad lepas. Masih lagi cerita hari ahad dan kali ni Sue buat ayam madu berempah dan di perap semalaman. Sebenarnya resepi ni tak bertuan kerana Sue perap main bantai je dan sumbat lobak merah dan batang salery dalam perut ayam..hihihi. Cicahnya Sue buat simple je guna brown sos meatball DISINI. 
Waalaa.. Alhamdulillah sekali duduk je depa pulun. Heran juga ngan matsalleh ni macam tak pernah makan tapi kalau di ikut swedish foods lagi sedap tapi mungkin satu kelainan yang depa tak pernah rasa kot. Sue panggang sekor je about 2kg berat ayamnya. Bila dah di potong dapat 2 pinggan juga. So.. sini Sue kasi resepi ye..



AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam- cuci bersih dan toskan

Bahan Kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

(A)
1 sdm lada hitam kasar
1 sdm biji ketumbar- sangai dan kisar halus
1/2 sdm jintan putih-sangai dan kisar halus
1 sdt jintan manis- sangai dan kisar halus
3 sdm madu+1 sdm golden syrup
1 sdm kicap manis
1/2 sdm oregano kering
1 sdt cili giling
1 sdt serbuk paprika 
1 sdm minyak zaitun
Garam secukupnya 
Pewarna merah sikit je ye

(B)
1-2 batang lobak merah- potong 4-5
1 batang saleri- potong 4-5

(C)
2 sdm sos cili
1 sdm madu
1-2 sdm minyak zaitun 

Cara
1) Satukan bahan (A) dan Bahan Kisar. 
2) Kemudian sapu bahan-bahan tadi pada ayam dan ratakan.
3) Masukan bahan (B) kedalam perut ayam dan ikat pergelangan kaki ayam supaya bahan tidak terkeluar.
4) Letak dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap dan perapkan sekurang-kurangnya 4 jam dan paling sedap perap semalaman.
5) Bila nak memanggang, Satukan terlebih dahulu  bahan (C) dan sapu menggunakan berus pada ayam dan bolehlah di panggang.
6) Ulang menyapu pada ayam supaya ayam tidak kering.
7) Bila ayam dah masak, Keluarkan dan sapu sedikit madu dan marjerin supaya berkilat.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Ogos 11, 2015

NASI TOMATO



Nasi tomato ni cerita hari ahad lepas untuk menu tambahan sekali dengan mee jawa. Nasi ni Sue buat ikut citarasa Sue sendiri dan sukatan pun Sue guna cara masak nasi briyani sebab Sue guna beras basmathi so sukatan air dan beras mesti sama. Bila bab nasi ni suami Sue memang kurang makan so ingatkan kalau jamu matsalleh yang datang pasti ada yang berlebihan tapi ramalan Sue salah belaka. 
Sue cuma masak 8 cawan beras so kira boleh makan dalam 15 orang kalau yang jenis tak kuat makan... 

 
 NASI TOMATO 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
8 cawan beras basmathi- rendam 30 minit+1 sdt garam- tos sekejap dan masukan ke dalam periuk/besen.
*Didihkan air dan tuangkan kedalam beras tadi. Kuar sekejap dan tudungkan hingga beras bertukar warna dalam 20 minit.
Toskan lagi beras. Masukan kedalam periuk nasi (elektrik)yang cukup untuk anggaran beras atau periuk biasa dan ketepikan sementara menumis bahan yang lain*
Bahan kisar
1 biji bawang bombay
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 bini buah pelaga
2 kuntum bunga anis
2 sdm ghee+1 sdm minyak jagung/masak
1/2 biji bawang besar. hiris halus
1 helai daun pandan

(A)
2-3 sdm tomato puree
4 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
2 biji buah tomato- potong 4-6


(B)
4 cawan susu cair
4 cawan stok ayam
(Atau 4 cawan air panas+1 ketul kiub ayam)
2 helai daun bay
garam secukup rasa

  *Guna cawan yang sama untuk menyukat beras, air dan susu cair*

 Cara
  1) Panaskan ghee dan minyak dan masuk bahan tumis selebihnya.  kuar hingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Kacau hingga bawang betul-betul masak dan masukan bahan (A) kecuali (*). Kuar dalam 2 minit dan masukan (*) tadi. Kuar lagi hingga tomato layu dan masuk bahan (B).
3) Biarkan mendidih sekejap dan rasakan secukupnya.
4) Kemudian tuangkan kedalam periuk elektrik yang berisi beras tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
5) Kalau periuk dan bertukar keep warm bolehlah di periksa dan kalau masih kelihatan beras di atas tidak cukup masak renjis dengan air. carik sedikit permukaan dan tekan cook lagi sehingga nasi masak.
( Kalau menggunakan dapur biasa,  tutup permukaan dengan foil dan lapik bawah periuk dengan tudung tin sepaya nasi tidak hangus. Tudung periuk jangan di buka sehingga nasi betul-betul masak. Anggaran 30 minit dan sentiasa pastikan api tidak besar ye.)
6) Bila nasi dah masak, carik kan jangan kasar-kasar ye nanti beras patah. Sedia untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA!
















Ogos 10, 2015

ACAR TIMUN TUMIS YANG SEDAP




Acar timun!! kalau tengok acar timun tumis ni pasti lawannya keropok kan?. Semalam Sue buat acar segera untuk tetamu dan malas nak jemur atau perap. Alhamdulillah pun masih sedap dah krop-krop timun dah lobak merak bila di makan. 
Mungkin juga kot timun disini memang ranggup dan tidak mengandungi banyak air. Sue cuma rendam timun sekejap je dengan air garam dan air sejuk bercampur ais. pastu terus toskan. Biasanya kalau nak buat tahan lama kena perah dulu timunnya dan jemur. Biasanya untuk jualan ok lah dan kalau nak makan segera cara ni pun ok juga. 
Kat sini jangan harap nak makan sedap kalau malas nak masak. Pandai atau tidak hentam sajalah. Resepi asal dari bonda Sue juga dan dia merupakan mentor Sue untuk rujukan kalau bab memasak. Satu lagi resepi acar bonda Sue yang paling sedap Insyallah akan Sue kongsi kan lagi. Doakan semoga Sue di beri kesihatan yang sihat.. Juga bonda Sue semoga sihat hendaknya dan dilindungi Allah.. 


Untuk versi kering (makan dengan keropok ikan)  DISINI

ACAR TIMUN TUMIS SEDAP
Resepi: Bonda Sue


Bahan-bahan
(A)
2-3 biji timun- buang empulur dan potong panjang. Rendam dalam air sejuk ais+ 1sdt garam 15 minit.
3 bijing lobak merah- hiris panjang
2 biji cili merah-hiris panjang
1 cawan kismis
1/2 sdt minyak sapi
Bijan secukupnya-sangai

(B)
1 sdm cuka (+/-)
1/2 keping kecil gula melaka 
Gula dan garam secukupnya
3 sdm sos cili 

Bahan Tumis
5 biji bawang merah- kisar halus
2 ulas bawang putih- kisar halus
Sedikit halia- kisar halus
1 sdm udang kering-rendam dan tumbuk halus*
Cili giling sedikit- nak pedas letak lebih

Cara
1) Tumis bahan tumis kecuali (*). Bila dah kuning masukan (*) dan kuar lagi.
2) Masukan bahan (B) satu persatu dan kecilakn api. Biarkan mendidih sekejap dan rasakan secukupnya. maniskan lebih sedikit untuk rasa yang lebih sedap. 
3) Bila dah cukup rasa masukan bahan (A), lobak merah dahulu dan biarkan mendidih sekejap baru masukan timun dan bahan selebihnya.
4) Kuar sebati dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap dan sedia untuk di makan.


SELAMAT MENCUBA!



KRAM



Ogos 08, 2015

KUIH TALAM GULA APONG



Cerita semalam tak sempat nak entri.. Teringin nak makan talam gula apong. Biasa kita dengar talam gula melaka atau gula merah tapi kali ni Sue guna gula apong. Gula apong cuma terdapat di Sarawak yang asal nya dari nira pokok apong. Satu kelaziman untuk orang Sarawak memasak atau kuih muih menggunakan gula apong. 
Resepi asal dari sahabat sue ketika kami sama-sama bekerja dengan sepupu sue di kafeteria Politeknik matang. Lepas tu dia kawin dengan adik tiri sepupu Sue pula so nak senang cerita kira saudara juga lah kan.. 
Untuk kuih muih tradisional Sarawak keluarga ini memang tak asing dengan kehandalannya. Resepi di warisi dari ibunya yang memang menjual kuih muih dari dulu lagi. Sue mengenali dia 23 tahun yang lalu dan bayangkan resepi asal dari ibunya so setengah abad lebih usia resepinya. Sekarang dia yang berniaga buat jualan dan mengambil tempahan.
Resepi yang ringkas,  tak banyak bahan-bahan dan yang pasti memang sedap!! Dek kerana lama tak berjumpa so kakar ipar Sue yang selalu merujuk apa-apa resepi yang di ingini dan di panjangkan kepada Sue. Sini Sue panjangkan lagi untuk semua dengan izin pemiliknya.
 Juga penukaran tepung Sue derhaka sikit memandangkan tepung yang sebenarnya digunakan tidak terdapat disini.
Tak percaya sila cuba dan pasti puas hati. Resepinya dah bertahkta di hati sue sekian lama dan Insyallah kalau nak buat talam yang lain mungkin ada penambahan sikit pada jenis tepungnya akan tetapi ini adalah basic kuih talam yang gerenti sedap. Sue buat setengah adunan Sahaja dari Resepi asal di bawah dan guna loyang  8". 
Terima kasih Ya Sahabat..Semoga rezekimu di limpahi dan diberkati..




KUIH TALAM GULA APONG
Resepi: Timah 
Sumber: Saptuyah(kakak ipar)
Oleh: Sue Norrman 

                      Bahan-bahan                        
3 gelas tepung beras
11/2 gelas tepung kanji (Sue guna tepung ubi)
8 gelas santan pekat
400g gula apong (Sue tambah 50-100g gula pasir)
sedikit gula dan garam
(Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)

Cara
*Panas kukusan terlebih dahulu dan lapik dengan kain pada penutupnya*
1) Ambil 3 gelas santan dan di bancuh dalam tepung- ketepikan.
2) Lebihan 5 gelas santan tadi di masak tapi jangan sampai pecah minyak.
3) Tuang santan yang di masak tadi ke dalam bancuhan tepung. Kuar sebati dan bahagi kepada 2 bahagian.
4) Satu bahagian masukan sedikit garam dan gula. Satu bahagian lagi masukan gula apong dan kuar hingga gula larut dan tapis.
5) Sapu sedikit minyak dalam loyang dan lapik dengan plastik untuk memudahkan di angkat keluar dari loyang.
6) Kukus putih dahulu selama 15 minit dan kemudian kukus pula adunan gula apong. Ketika mengukus gula apong tutup loyang dengan aluminum dan kukus lagi dalam 20-25 minit.
7) Sejurus tempoh tamat terus bukan kan aluminium supa air tidak menitik pada permukaan kuih. Biarkan sejuk betul-betul baru dipotong.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...