Ogos 14, 2015

SPAGHETTI BOLOGNESE



Pasta in the house hari ni.. Memang pasta mesti ada sekurang-kurang seminggu sekali. So hari ni sue buat bolognese resepi dan citarasa Sue sendiri. Spaghetti semua kanak-kanak suka termasuk kita orang dewasa tapi semenjak berhijrah ke Sweden tak pernah makan spaghetti kat luar. Semua homemade dan dijamin halal kerana kita tahu apa bahan-bahan yang kita guna..
Resepi yang ringkas dan di jamin sedap.. Insyallah.

SPAGHETTI BOLOGNESE
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
300g spaghetti
1 sdt garam
1/2 sdm olive oil/minyak sayur/masak
 Air secukupnya untuk merebus

(B)
1/2 biji bawang besar- potong dadu halus
 Minyak sedikit untuk menumis

(C)
300g daging cincang*
6 biji tomato- kisar kasar sahaja (guna food processor)
2-3 sdm tomato puree
3 sdm sos tomato(nak lebih pun boleh)
1 sdt balsamic vinegar - abaikan kalau tidak ada
1 sdm gula(+/-)
1-2 sdt mixed herbs
1 sdt cayenne pepper (boleh ganti serbuk paprika kalau tak ada)
(Sue guna fresh herbs semua- oregano, parshley, basil, thyme dan rosemary sedikit)
Garam secukup rasa
Air jika perlu

Cara
1) Didihkan (A) dan garam serta minyak. kemudian masukan spaghetti dan rebus hingga lembut. Jangan terlebih masak nanti lembik. (Ikut arahan merebus dibelakang paket spaghetti)
2) Bila dah masak buangkan air dan toskan. Tuang sedikit lagi minyak dan gaul sebati supaya ianya tidak melekat dan ketepikan.
3) Tumis bahan (B) hingga kuning dan masuk bahan (C) yang bertanda (*) terlebih dahulu hingga bertukar warna dan masuk bahan selebihnya kecuali air.
4) Kecilkan api dan masak hingga mendidih dan pekat. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air dan rasakan secukupnya.
5) Sebagusnya kena reneh dalam 20 minit untuk memasakan tomato dan bolehlah tutup api. Sedia untuk dimakan.
*Lebihan kuahnya boleh di frozen*

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...