Ogos 14, 2015

OATMEAL BUN



Alhamdulillah.. Oatmeal bun ni merupakan salah satu bun yang swedish suka makan untuk sarapan pagi. Bun kat supermarket bermacam-macam jenis tapi Sue suka beli yang wholemeal, dark bread dan sour bread. Resepi asal tak menggunakan oatmeal tapi Sue tambah. Resepi Sue ambik dari belakang kertas tepung dan kebanyak resepi yang Sue cari untuk swedish bread atau bun ianya tidak banyak penggunaan bahan sampingan untuk membuat roti. 
Satu kelebihan roti ni ianya moist dan lembut walaupun tidak menggunakan telur. Sue derhaka sikit dengan resepinya.. Kebanyak roti di sini menggunakan wholemeal, tepung rye dan graham. Kalau breakfast di hotel kat Sweden memang roti bermacam-macam. Makan dengan cheese dan tomato pun sedap!
Roti ni Sue buat tengahari tadi dan bila suami sue balik kerja dan terus tanya Sue baking ke? Dia boleh cium dari depan pintu masuk hihihi.. apa lagi dia tak sabar nak makan bila masih suam terus ambik butter, cheese dan tomato. Duduk santai kat belakang rumah sementara Sue masak untuk dinner..



OATMEAL BUN
Resepi: Kungsörnen (Jenama Tepung)
Oleh: Sue Norrman 

Bahan-bahan (8-10 biji)
(A)
250ml susu segar
25g marjerin/mentega
3 sdm brown syrup ( boleh ganti dengan gula)
1/2 sdt garam

(B)
350g tepung rye (Sue kurangkan 300g dan tambah tepung roti)
50g tepung roti (Sue tambah)
1/2 cawan oatmeal (Sue tambah)
10 gm instant yis
 1 sdt serbuk penaik (Sue tambah)

(C)
Kuaci dan oatmeal secukupnya untuk taburan atas roti

Cara
1)  Panaskan bahan (A) hingga berbiuh di tepi periuk dan tutup api. Suam kan sekejap
2) Satukan  bahan (B) dalam bread maker atau bread mixer, masukan bahan (A) tadi dan uli 30- 40 minit sehingga lembut.
 Roti ni tak perlu elastik pun tak apa.
3) Rehatkan sehingga naik. Tabur sedikit tepung dan bolehlah di bahagi ikut besar mana yang kita suka dan bulat-bulatkan dan letak atas dulang yang di lapik dengan kertas baking.
*Roti ini tidak perlu guna minyak untuk membulat atau di dulang*
4) Sapu roti dengan air sedikit dan tabur kuaci dan oatmeal. Rehatkan lagi hingga naik dalam 20-25 minit.
5) Sementara itu panaskan oven pada suhu 200 degree.
6) Bila dah naik bolehlah masukan roti tadi dan turunkan suhu ke 180 dan bakar 20-25 minit sehingga roti keperangan dan nampak merekah dipermukaannya.

SELAMAT MENCUBA!

 
KRAM





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...