Ogos 12, 2015

AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH YANG SEDAP



Ayam panggang ni Sue buat ahad lepas. Masih lagi cerita hari ahad dan kali ni Sue buat ayam madu berempah dan di perap semalaman. Sebenarnya resepi ni tak bertuan kerana Sue perap main bantai je dan sumbat lobak merah dan batang salery dalam perut ayam..hihihi. Cicahnya Sue buat simple je guna brown sos meatball DISINI. 
Waalaa.. Alhamdulillah sekali duduk je depa pulun. Heran juga ngan matsalleh ni macam tak pernah makan tapi kalau di ikut swedish foods lagi sedap tapi mungkin satu kelainan yang depa tak pernah rasa kot. Sue panggang sekor je about 2kg berat ayamnya. Bila dah di potong dapat 2 pinggan juga. So.. sini Sue kasi resepi ye..



AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam- cuci bersih dan toskan

Bahan Kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

(A)
1 sdm lada hitam kasar
1 sdm biji ketumbar- sangai dan kisar halus
1/2 sdm jintan putih-sangai dan kisar halus
1 sdt jintan manis- sangai dan kisar halus
3 sdm madu+1 sdm golden syrup
1 sdm kicap manis
1/2 sdm oregano kering
1 sdt cili giling
1 sdt serbuk paprika 
1 sdm minyak zaitun
Garam secukupnya 
Pewarna merah sikit je ye

(B)
1-2 batang lobak merah- potong 4-5
1 batang saleri- potong 4-5

(C)
2 sdm sos cili
1 sdm madu
1-2 sdm minyak zaitun 

Cara
1) Satukan bahan (A) dan Bahan Kisar. 
2) Kemudian sapu bahan-bahan tadi pada ayam dan ratakan.
3) Masukan bahan (B) kedalam perut ayam dan ikat pergelangan kaki ayam supaya bahan tidak terkeluar.
4) Letak dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap dan perapkan sekurang-kurangnya 4 jam dan paling sedap perap semalaman.
5) Bila nak memanggang, Satukan terlebih dahulu  bahan (C) dan sapu menggunakan berus pada ayam dan bolehlah di panggang.
6) Ulang menyapu pada ayam supaya ayam tidak kering.
7) Bila ayam dah masak, Keluarkan dan sapu sedikit madu dan marjerin supaya berkilat.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...