Ogos 20, 2015

APAM BERAS SEDAP DAN GEBU


Seminggu dah sebenarnya teringin nak makan apam nasi@ apam beras tapi nak buat takut tak habis. Sendirian dirumah sayang pula takut membazir. kebetulan semalam jiran datang kerumah dan menjemput Sue datang join mereka grill petang nanti. Biasa kami memang macam tu dan semua potluck. Tak join tak sedap pula rasa hati tapi memang Sue tak makan apa yang depa panggang. 
Sue ikut serta dan makan kek, minun teh dan ikut sembang je hihihi.
Bila dah tau berapa orang join Sue pun terfikir nak buat apam. Depa ni makan tak memilih dah apam ni memang sedap dan gebu. Kelapa pula Sue guna yang fresh dan parut sendiri. Alhamdulillah Banyak juga jadinya sebab sue buat 11/2 adunan. Malam tadi siap-siap masak nasi dan selepas subuh terus blend semua dan perap. Resepinya Sue cedok dari dapur kak AZIE.



APAM BERAS
Sumber: AZIE KITCHEN
               IZZAH MUFFIN LOVER
Oleh: Sue Norrman

 Bahan-bahan
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai  dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit  dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Ogos 19, 2015

PASTA FARFALLE & MUSSELS BERKRIM


Alhamdulillah.. Hari ni lunch dengan baked pasta dan mussel. Simple dan kenyang yang pasti tak muak. Stok pasta banyak dan Sue suka beli bila tengok cantik je bentuk nya. kali ni Sue guna farfalle@ bow tie tapi bila dan makan sama je rasanya. Ini resepi ikut selera dan kreativiti sendiri. Pasta memang banyak jenis dan terpulang pada kita sendiri nak pelbagai memasaknya.
Dalam freezer masih sikit mussel yang dibeli time Sue buat seafood paella. Nak habiskan nanti lama-lama memang tak sedap lagi rasanya. Dimasak cara berkrim memang lumayan dan sedap. Bakar pun tak ambil masa lama nanti terlebih masak kecut pula isi mussel. So.. resepinya jom.


PASTA FARFALLE & MUSSELS BERKRIM
Oleh. Sue Norrman

SOS CHEESE
Bahan-bahan
(A)
1 sdm mentega
1/2 sdm tepung gandum

(B)
300ml susu segar
100ml krim putar
1/2 sdt gula
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
1/2 cawan parutan cheedar*
1/2 sdm daun basil kering

Cara
1) Bahan A- Cairkan mentega dalam periuk menggunakan api kecil dan masukan tepung gandum. Kacau hingga  tepung cair dan masukan bahan (B) ikut turutan kecuali(*).
2) Bila dan cukup rasa dan mendidih baru masukan parutan cheedar(*). Kuar sekejap dan tutup api. Angkat dari dapur, ketepikan.



PASTA FARFALLE DAN MUSSEL
Bahan-bahan
2 cawan pasta farfalle- rebus 10 minit dan toskan

(A) 
3 ulas bawang putih- cincang halus
1-2 sdm minyak zaitun  

(B)
300g mussel (nak lebih pun boleh)
*Cuci bersih kulitnya dan toskan*
1 sdt lada hitam kasar
1/3 daun pasrley cincang
Garam sedikit

(C)
Smoked tomato- hiris panjang

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degree terlebih dahulu api atas bawah*
1) Tumis bahan (A) hingga kuning dan masukan bahan (B) satu persatu hingga sebati dan tutup api.
2)  Guna casserole, sapu butter dan letak pasta setengah bahagian. Kemudian letak mussel diatasnya dan tuang sos cheese setengah bahagian. Ulang cara yang sama dan selepas sos cheese baru taburkan bahan (C).
3) Bakar selama 20-25 minit hingga keperangan dan bila dah cukup masa terus keluarkan takut ianya menjadi kecut dan kering.
4) Sedia untuk dimakan dan lebih sedap ketika masih panas.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM




KETAM MASAK TELUR BERKARI


Ketam memang sedap dimakan tapi bab nak menggorek tu yang malas. Bila masak ketam ni teringat dengan anak-anak Sue di Malaysia. Ni lah feveret mereka dan masak cara gini juga yang mereka suka. Bermacam-macam cara Sue buat untuk perubah resepi tapi ini tetap jadi pilihan. Rindu teramat dengan anak-anak tak tertanggung rasanya tapi Allah lebih maha mengetahui.
kadang-kadang apa yang Sue masak membuatkan Sue menanggis sendirian lebih-lebih lagi makanan kegemaran mereka. Syukur Alhamdulillah dengan peredaran zaman yang serba canggih kini kami dapat berhubung antara satu sama lain tiap-tiap hari. Terubat rasa kerinduan dan kita tahu perkembangan mereka. Insyallah very soon Sue akan balik Malaysia kebetulan suami Sue ada kerja di kuching selama sebulan. Doakan Sue semoga semuanya dipermudahkan.
Ni cerita semalam bila kawan datang rumah. Sue masak ketam dan ulam timun je. Dia pun tak cerewet so senang nak makan. Bertambah-tambah dia makan dan bila ketam habis diratah dia makan kuahnya lagi. Licin mak oiii.. memang sedap kuahnya kerana ada telur dah tak membazir. Resepi asal dari bonda Sue dan turun kepada kami anak-anak semua. Sue dah guna resepi dalam 20 tahun dan rasanya ini yang menepati citarasa kami..



KETAM MASAK TELUR BERKARI
Resepi: Bonda Sue
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 kg ketam- potong 2, cuci dan toskan*.
Minyak secukupnya untuk menumis
Cili giling secukupnya*
1 biji bawang besar- hiris bulat nipis

Bahan kisar
10 biji bawang merah (Sue guna 1 biji bawang bombay)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 -2 batang serai
2 biji buah keras

(A)
1 sdm kari daging adabi
2 sdm kari daging babas
( Bancuh dengan sedikit air jadi paste)

(B)
5 sdm sos cili
1-2 sdm sos tomato
1-2 sdm kicap lemak manis
1 sdt serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa

(C)
2 biji telur- pukul hancur 

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan cili giling serta bawang hiris. Tumis hingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Tumis lagi hingga pecah minyak dan masukan bahan (A). Kecilkan api dan sentiasa dikuar supaya kari tidak hangus dan sampai kari betul-betul masak dan pecah minyak.
3) Masukan bahan (B) dan rasakan secukupnya baru masukan (ketam*). jangan masukan air dahulu kerana ketam akan mengeluarkan air dan takut kuar menjadi cair. Kuar sebati dan tutup supaya ketam cepat masak.
4) Bila ketam dan keluar air balik-balikan supaya sebati. Nampak isi ketam dan 3/4 masak, masukan Bahan (C) tuang memusing dan biarkan masak dengan sendiri. Tutup kan lagi. (Jangan dikacau dahulu biarkan dalm 5 minit baru di kacau).
5) Masak sepenuhnya dah sedia untuk dimakan.

*Kuahnya mesti rasa manis-manis pedas sedikit baru sedap*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM




BUN KACANG MERAH

 Semalam bila kawan datang rumah kita sempat buat bun. Mula kita sembang pasal buku resepi dan dia nampak buku resepi yang Sue dapat hadiah Kristmas daripada menantu tiri. Resepi dalam nya memang menarik semua berkenaan festival yang di sambut di Sweden dan setiap festival ada makan nya tersendiri. 'KANELBULLAR' atau cinnamon roll merupa salah satu yang femes di Sweden. biasanya depa makan untuk fika@ tea time So banyak buku resepi yang Sue dapat hadiah dari menantu tiri dan semuanya buku masakan juga  yang pening ianya dalam bahasa swedish. Lepas tu Sue cakap dari dok cakap baik kita buat bun so u boleh bawa balik nanti kasi ur swedish man hahahha..
Dia memang tak pernah buat roti dan semalam kita buat sama-sama. Sue pun bukan nya pandai sangat tapi kalau untuk makan bolehlah. Nak buat cinnamon roll dah bosan makan dan dia cakap kalau boleh buat  butter bun. Sue mencelah lagi bagus buat red bean lagi sedap! Inti nya Sue guna kacang yang dah memang direbus empuk dalam tin cuma Sue buang airnya dan kisar halus. Masak dan masukan minyak serta gula hingga kering. Gitulah ceritanya.. Bila dah siap semua, makan pun sudah dia pun balik dalam jam 9pm. Kami ada assigment yang dibuat dan mesti di hantar sebelum hujung bulan. Dia tak berapa pandai swedish lebih lagi nak buat essey, menanggis dibuatnya. Semua berujuk dengan kawan dan translate je.
Resepi ni Sue guna resepi cinnamon roll tapi ubah menjadi bun. Basic bun tu semua sama tapi sapu rata resepi bun depa ni guna susu suam. Kejadiannya memang lembut dan moist cuma yang jual di supermarket kita tak tau bahan yang depa guna. Kalau buat sendiri memang kita tahu jaminan halalnya..

BUN KACANG MERAH
Resepi: Tradisi Swedish Festival
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan ROTI
(A)
220 ml susu segar
35g mentega

(B)
35g gula pasir 
1-1/2 sdt instant yis

(C)
300g tepung roti
1 sdt serbuk penaik
1/3 sdt garam

(D)
1 biji telur C- hancurkan sebati sahaja

Untuk Sapuan
1 biji telur C- hancurkan
bijan secukunya

Cara
1) Panaskan bahan (A) hingga mentega cair dan tutup api. Ketepikan hingga suam.
2) Kemudian masukan bahan (B) kuar sebati hingga hancur kedua-duanya.
3) Masukan bahan (C) kedalam bread maker atau mixer diikuti susu suam tadi dan bahan (D). Set setting dough untuk bread maker dan uli sampai elastik dalam 30-40 minit manakala low speed dahulu untuk mixer bila dah sebati baru ke high speed. Uli sampai elastik.
4) Bila dan cukup tempoh mengguli rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
5) Tumbuh doh buang angin dan boleh di timbang dalam 30-40g setiap satu dan bulat-bulatkan.
6) Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak untuk melekat bun nanti.
7) Gelek doh yang dah ditimbang dengan pencanai supa leper sedikit dan bolehlah di isi inti. Cantumkan dan bulat-bulatkan lagi dan letak dalam loyang yang sudah disapu minyak. Buat hingga kesemuanya habis.
*Sementara menunggu bun direhatkan lagi, panaskan oven pada suhu 180-190 degrees*
8) Rehatkan lagi bun sekitar 20-25 minit dan bolehlah disapu telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam 20-25 minit hingga kuning. Bergantung pada oven masing-masing. ( Oven sue guna 220 degree api atas bawah)
9) Bila bun dah masak keluarkan dan sapu lagi dengan mentega supaya berkilat dan lembut.


INTI KACANG MERAH
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
230g kacang merah( Sue guna yang dah empuk dalam tin)
150g gula pasir
2-3 sdm minyak

Cara
1) Toskan kacang dan cuci kan sekejap.
2) Kisar halus kacang tadi bersama dengan minyak hingga betul-betul halus (Jangan tambah)
3) Masukan kedalam periuk dan masak menggunakan api kecil hingga likat dan masukan gula.
4) Kuar hingga kering dan tutup api. Biarkan sejuk/suam bolehlah digunakan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
 

Ogos 18, 2015

FILO CHEESE ROLLS YANG SANGAT SEDAP


Hari ni tak de sekolah dan nanti petang kawan nak bertandang kerumah. Sebenarnya nak buat spring rolls untuk kudapan nanti tapi bila godek freezer tak jumpa pulak. Rasanya memang masih ada dan bila diingat kembali habis digunakan buat hari tu. Nak buat camne cuma ada filo pastry dan danish pastry je dalam peti.
Filo pastry ni Sue beli kedai arab 2 minggu lepas. Harga pun tak mahal 400g rm15 je. Kat sini senang je nak dapat ada yang frozen dan ada yang fresh. Yang ni Sue beli yang fresh dan plan nak buat filo pai tapi tak berkesempatan. Sebenarnya filo pastry jarang di buat gorengan tapi kali ni Sue cuba buat goreng macam spring rolls.
 Rupanya sedikit hodoh tapi rasanya pulak memang sedap! Sue sms kawan Sue yang Turkish tanya macamana sedap nak buat filo goreng? So dia cakap guna daging cincang macam buat turkish kebab dan idea yang bernas. Sebenarnya Sue malas nak keluarkan daging cincang dan nak tumis itu ini. Kira nak ambik jalan mudah buat apa yang ada tak nak main tumis-tumis. Sue cakap ok je dan dipendekkan cerita Sue buat ikut sukahati akulah jawabnya.
Kalau part cheese memang lumayan dalam peti sejuk. Stok fetaost@ cheese feta ada 2 bekas dan Sue nak cuba buat filling cheese juga ala Turkish style. Bila teringat pernah ternampak resepi Arab foods dalam majalah Sue cuba recall mana letaknya majalah tu. Akhirnya Sue jumpa dan terus cuba tapi asal resepi versi bakar. Kita ni kalau bab resepi tak sah kalau tak derhaka. Masakan arab ni memang tak lari dari daun parsley dan mint kan??. Memang tengok rasa tak percaya menjadi kerana intinya sebelum digoreng cair semacam je. Alhamdulillah..Syukran.. Filo cheese goreng Sue menjadi dan rasanya lemak cheese dan aroma pun harum.. mai tengok resepi..


FILO CHEESE ROLL YANG SEDAP
Resepi: Majalah Masakan Sweden
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
Filo pastry secukupnya
( Sue guna 20 keping, potong 2 dan ambik setiap 2 helai dan lipat lagi jadi segiempat macam kulit popia. Kalau sehelai terlalu nipis dan pecah bila digoreng)
200g cheese feta
1 biji telur
1 cawan daun parsley-cincang halus
Segenggam daun mint- cincang halus
Garam secukup rasa 
Gula sedikit (Sue tambah)
Sedikit lada hitam kasar
Marjerin secukupnya- cairkan untuk dijadikan pelekat pastry
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Lenyek cheese feta dan masukan bahan-bahan yang lain.
2) Gaul sebati dan sediakan pastry.
3) Ambik Pastry yang siap dipotong dan masukan inti. Lipata macam cara menggolong popia dan hujungnya sapu marjerin dan golong lagi.
4) Buat sampai habis dan panaskan minyak.
5) Pastikan minyak panas baru masukan Filo.
6) Goreng hingga keperangan  dan bila dah masak angkat dan letakan atas tisu dapur secara menegak untuk menurunkan minyak.
7) Goreng sampai habis dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!




ZUCCHINI PLATELETS SEDAP (TURKISH)


Zucchini Plalelets pertama kali makan bila classmate Sue dari Turkey bawa ke sekolah. Time tu cikgu buat high tea la kiranya so semua student kena bawa pot luck. Dalam kelas ada lebih kurang 35 orang dan kami datang dari berbilang negara. Majoriti dari Syria dan tanah arab yang lain. Bila break time Semua keluar harta karun yang dibawa dari rumah. Terbeliak biji mata tengok meja penuh je. Alhamdulillah 99% food halal. Yang bukan Islam bawa biskut dan soft drink gitu termasuk cikgu depa sediakan coffee & tea serta plate bagai. 
Semua di cuba dan satu ni yang membuatkan Sue makan non stop asyik ambik je. Ada juga ambik yang lain tapi biasalah dessert arab memang manis belaka. Dengan muka tak malu depan geng semua bertanya siapa yang bawa plalelets ni. Yang mengaku tu gentleman rupanya dan cakap bini dia yang buat. Tak dapat nak tanya panjang bila dah tau bini yang buat tapi dari fahaman rasa tau gak isi kandungannya. Rasa parsley, mint tu memang terang juga zucchini parutnya. Kalau kat sini depa panggil zucchini tu squash. Yang lain tak tau apa pulak campurannya.
Bila kami habis sessi makan-makan semua biasalah ready to back home. Sue pergi kat dia dan tanya boleh tak nak tau resepinya hihihi.. Memang humble je dia jawab, Insyallah nanti saya tanya isteri saya dan esok saya bagitau. Memang keesokannya dia datang terus bagi kertas yang tertulis resepi dalam bahasa swedish.. Jazakallahu Khairan... Bininya pun jadi sahabat baik Sue dan kalau ada apa masakan arab Turkey dan Syria yang ingin Sue nak tanya terutama bab rempah dan bahan-bahan mana nak beli dialah orang yang setia bertanya sampai siap masakan baru dia puas hati hihihi.
Sue buat ni banyak kali untuk kudapan petang kami. Ala-ala bergedil tapi rasanya lebih sedap dari bergedil. Ada yang Sue tambah sedikit dari resepi asal dan Sue panjangkan disini resepinya atas keizinan tuan punya tapi dia tak nak nama di highlight. Semoga rezekimu bertambah dan diberi kekuatan untuk menempuh hidup di Sweden.


ZUCCHINI PLATELETS SEDAP (TURKISH)
Resepi: Turkish Family
Oleh: Sue Norrman 

Bahan-bahan
1-2 biji Zucchini- Parut dan gaul dengan sedikit garam. Rehatkan 20 minit
1/2 biji bawang besar- cincang halus
60g tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan daun parsley segar- cincang halus
Sedikit daun mint- cicang halus (anggaran 1-2 sudu makan)
Sedikit daun dill (Sue tambah)
1 sdt gula (Sue tambah)
1/2 sdt serbuk paprika (Sue tambah)
1/2 sdt lada hitam kasar (Sue tambah)
1/2- 1 sdt serbuk parasa
Garam jika perlu (rasakan terlebih dahulu sebelum masukan)
Minyak zaitun/ sayur secukupnuya untuk menggoreng

Cara
1) Zucchini yang direhat tadi masukan kedalam penapis dan tekan-tekan untuk membuang air hingga kering (Jangan dicuci).
2) Kemudian masukan kedalam bekas dan masukan bahan-bahan yang lain.
3) Gaul sebati dan rehat 10 minit.
4) Guna non stik pan, masukan minyak zaitun secukupnya, agak-agak cukup untuk menggoreng (Grill) dan bukan keadah menggoreng deep fry. (Jangan terlalu banyak nanti menakung minyak didalamnya) dan panaskan menggunakan api sederhana.
5) Masukan satu sudu makan (atau lebih besar terpulang) dan buat sampai dalam 6-7 ketul terlebih dahulu. bagi jarak sedikit dan biarkan kuning sebelah baru balikan sebelah.
6) Pastikan kering baru balikan. Jika dibalik ketika belum kering ianya akan terburai.Bila dah masak letakkan diatas tisu dapur supaya minyak meresap dan buat sampai habis.
7) Bolehlah dimakan bersama sos cili thai atau begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Ogos 17, 2015

NASI LEMAK SAMBAL SIMPLE

Pagi ni Sue sarapan nasi lemak je. Memang dah plan nak makan nasi lemak so Nasi Dagang yang leftover semalan Sue masuk dalam freezer dan pagi tadi dikukus semula nasinya. Sambal tumis pula Sue buat malam tadi. Bila dah makan nasi pagi memang tak lunch lah jawabnya..

 Cerita kisah sambal nasi lemak ni, memang sambal makcik yang jual tepi jalan dekat perumahan adik Sue tinngal memang power. Hari-hari dari pukul 6am dah start berjual kadang pukul 7/8  pagi dah habis. makan hari-hari pun tak jemu. Pernah dalam sejarah Sue dan emak duduk rumah adik Sue di Bangi 2 minggu, bulan puasa pulak tu hari-hari beli nasi lemak makcik tu smapi 4-5 bungkus tapi kita masak juga untuk berbuka. Samabalnya memang power. 
Kalau ikut apa yang adik Sue cakap makcik tu masak cili je berjam-jam untuk pastikan nanti bila dah jadi sambal ianya tahan lama dan sedap. Juga sambalnya memang tak guna belacan... terliur pula dengan sambal makcik tu.. Sambal ni simple je tapi kali ni terlampau pedas. Cili yang dijual di kedai thai tu memang cili padi kering... Tak boleh makan banyak nanti mr toilet asyik panggil je..


NASI LEMAK SAMBAL SIMPLE
Oleh: Sue Norrman 

Bahan-bahan
(A)
1 senduk cili giling
Minyak secukupnya untuk menumis

(B)
1 genggam ikan bilis-cuci dan kisar halus
Gula secukup rasa
Sedikitt gula melaka
garam secukup rasa
1 sdm air asam jawa (Sue guna 1/3 sdt paste asam jawa)
1 biji bawanag besar- potong panjang

Bahan kisar
2 biji bawang besar
1 biji bawang bombay 

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga garing dan pecah minyak (minyak mesti lebih).
2) Kemudian masukan bahan kisar dan kecilkan api. Tumis sampai bawang betul-betul masak dan layu.
3) Masukan  bahan (B) dan biarkan mereneh hingga pekat dan cukup rasa. Tutup api.

KRAM





BISKUT COKLAT POTONG RANGGUP

 
Alhamdulillah.. Hari ni Sue buat eksperimen biskut potong menggunakan bahan-bahan asas tanpa telur dan tambahan golden syrup untuk meranggupkan tekstur biskut. Biasalah kalau dah bereksperimen semua mesti diambil kira. Sukatan tepung, gula dan mentega adalah penting. Itulah kelebihan kalau apa yang kita usaha menjadi dan senyum sampai telinga. Bila dah sejuk siap potong semua baru kita dapat testing camne pulak.. Waalaa.. Memang tak menghampakan!!
Kalau nak buat macam coklat chips boleh juga tapi Sue nak cuba cara potong nak tengok menjadi tak. Kesilapan sedikit kerana Sue terap tak berapa nipis tapi masih ranggup. Seeloknya nipiskan(agak-agak)supaya bila dah sejuk menjadi ianya ranggup keseluruhan. Untuk yang nak buat jualan boleh dijadi hasil kerana modal tak mahal dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Bakar pun tak perlu lama dalam 10-15 minit sahaja dan bila suam baru boleh dipotong. Ala biscotti tapi tak sama hihihi..
Sue guna cooking coklat biasa (compound 37% fat) dan cincang untuk menggantikan coklat chip kerana nak bereksperimen kan. Nanti guna yang mahal rugi juga kalau tak menjadi. Insyallah akan bereksperimen lagi dengan bahan-bahan yang lain jika kesihatan mengizinkan. Cubalah Insyallah sedap buat kudapan dan rasanya lemak dan tak berapa manis..


BISKUT COKLAT POTONG RANGGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
220g mentega
100-120g gula kaster
3 sdm golden syrup
1 sdm gula vanilla- kalau tak ada boleh guna esen vanilla

(B)
280g tepung gandum
20g serbuk almond
11/2 sdt serbuk penaik

(C)
10g kelapa kering
200g coklat masakan/ compound- cincang


Cara
*Panaskan oven pada suhu 200 degrees terlebih dahulu*
1) Satukan bahan (A) sebati guna senduk kayu sahaja. Cukup sebati jangan lebih kacau ye nanti biskut merekah.
2) Kemudian masukan bahan (B), guna tangan dan sebati baru masukan bahan (C).
3) Kacau sebati dan bahagi 2-3 bahagian ikut suka.
4) Sedia dulang pembakar dan lapik dengan kertas kek. Ambik satu bahagian dan gelek-gelek bulat panjang dan tekan supaya menjadi pepeh.(Gambar diatas masih tebal dan nipiskan lagi)
5)Tekan nipis tapi jangan terlalu nipis kerana nanti ianya akan naik sedikit dan menjadi lebar.
6) Bolehlah dibakar dalam 10-15 jangan lebih ye. Bila dah cukup masa terus keluarkan dari oven dan biarkan suam.
7) Bila dan agak suam bolehlah dipotong ikut suka dan biarkan sejuk sepenuhnya dan sedia untuk hidang.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Ogos 16, 2015

NASI DAGANG TERENGGANU YANG PALING SEDAP



 Alhamdulillah.. Tercapai hajat nak makan Nasi Dagang Terengganu yang sedap hasil ehsan sahabat FB yang memang orang Terengganu. Katanya ini resepi keturunan keluarga yang digunakan untuk apa-apa jamuan tapi dia bagi Sue resepi dengan kuntiti sukatan segantang.. banyak tu dan Sue sukat ikut banyak mana yang nak di masak.
 Lebih-lebih lagi menggunakan rempah nasi dagang yang dikirimkannya kepada suami Sue tempoh hari dan makan dengan budu... berpeluh dibuatnya! Bila berkesempatan masak dan sendirian di rumah apa lagi macam-macam dalam kepala. Suami Sue travelling ke Jamaica sampai hari khamis, Insyallah Jumaat sampai rumah. Bangun pukul 2am pasalnya teksi akan datang jemput suami kol 3am ke Copenhagen. Lepas tu dah tak leh tidur terjaga sampai subuh. Lepas solat semua  apa lagi terus ke dapur masak dan sarapan.. 




NASI DAGANG TERENGGANU YANG PALING SEDAP
Resepi: Sharifah yatie Al-Edruce (FB)
Oleh: Sue Norrman

Bahan Gulai Ikan Tongkol/ Aya
1 kg Ikan tongkol / Aya- di rebus dengan sedikit air bersama dengan asam keping dan sedikit gula melaka

Bahan Kisar 
100g bawang besar
2 ulas bawang putih
i inci halia
1 inci lengkuas(lebihkan sikit)

Bahan Tumis
2-3 sdm rempah nasi dagang*
1 senduk sedang cili boh (Sue guna gili giling)
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
350ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan tumis kecuali (*) hingga garing.
2) Kemudian masukan bahan kisar dan tumis hingga bawang layu.
3) Masukan rempah (*) dan masak hingga pecah minyak dan naik bau.
4)Masukan sedikit air rebusan ikan dan bahan (A). Kecilkan api dan biar santan mendidih sekejap.
5) Masukan asam keping selepas merebus ikan tadi bersama dengan ikan dan masak sampai santan pekat dan bertukar warna.





NASI DAGANG
(A) 
3 can beras (cap bird paradise dah sedia bercampur beras pulut)- di rendam 2 jam dan toskan
( Sue guna beras jasmine AAA siam dan campur 1/2 cawan beras pulut)

(B)
400-500 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

(C)
1 sdm halba (nak lebih pun boleh)
Halia sedikit-mayang
Bawang merah ( Ikut suka banyak mana)- mayang halus

Cara
 1) Masak bahan (B) dengan api perlahan hingga berbuih dan tutup api. Angkatkan.
2) Masukan air kedalam besen separuh paras periuk pengukus/ anggaran tenggelam beras bila kita rendam periuk ke dalamnya.
3)Kukus beras tadi sehingga keluar wap (1/2) masak, angkat dan celup pengukus yang ada beras tadi kedalam besen berisi air hingga tenggelam dan biarkan 5/ 10 minit.
4) Angkat periuk kukus tadi dan kukuskan sekali lagi hingga keluar wap dan masak.
5) Kemudian masukan beras tadi kedalam besen kosong dan gaul dengan santan yang direbus tadi perlahan-lahan takut beras patah.
6) Tabur bahan (C) dan ratakan.
7) Kukus lagi sekejap dalam 5 minit dan buka tudung pengukus dan bolehlah disajikan.


SELAMAT MENCUBA!






KRAM





PANNA COTTA COKLAT DAN CHEESE



Memang sedap woii!!! Resepi asal guna nutella dan coklat putih tapi Sue ubah menggunakan cream cheese. Resepi sue dapat dari majalah mingguan yang Sue beli tiap minggu, macam mingguan wanita. Dalam nya ada resepi dan bermacam-macam tip. Yang ni keluaran mei lepas baru cuba buat. Memang derhaka semua nak di ubah tapi memang sedap! kalau budak-budak memang pasti suka lebih-lebih lagi makan sejuk-sejuk hmmmm...
Jom tengok resepi..

PANNA COTTA COKLAT DAN CHEESE
Resepi: Majalah Mingguan Sweden 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
*Dapat 4 gelas sedang*

Coklat
200 ml krim putar
1-2 sdm gula pasir/kastor
Secubit garam 
1-11/2 sdt serbuk gelatin- cairkan kaedah double boiler
50g coklat masakan- cairkan kaedah double boiler

Cara
1) Panaskan krim, gula dan garam hingga berbiuh di tepi dan naik wap. 
2) Tutupkan api dan alihkan dari dapur.
3) Masukan gelatin yang sudah dicairkan dan kuar sebati.
4) Akhir sekali masukan coklat dan kuar sebati.
5) Masukan ke dalam gelas dan biarkan sejuk seketika baru masukan kedalam peti sejuk. Sejukan 4 jam baru membuat lapisan cheese.

 

Coklat Putih/ Cheese
200 ml krim putar
1-2 sdm gula pasir/ kastor
(Kalu menggunakan krim cheese, gula 21/2 sdm)
1-11/2 sdt serbuk gelatin- cairkan kaedah double boiler
50g coklat masakan putih (Sue ganti 100g krim cheese Philadelphia)

Cara
*Kaedah yang sama seperti membuat bahan coklat*

1) Panaskan krim, gula dan garam hingga berbiuh di tepi dan naik wap. 
2) Tutupkan api dan alihkan dari dapur.
3) Masukan gelatin yang sudah dicairkan dan kuar sebati.
4) Akhir sekali masukan coklat dan kuar sebati.
5) Tuang ke dalam gelas yang berisi coklat tadi dan biarkan sejuk seketika baru masukan kedalam peti sejuk. Sejukan lagi dalam 2-4 jam sebelum dimakan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM




IKAN SALMON BERSAMA SOS DILL DAN CAVIAR


Semalam sue masak salmon grill simple je. Bila dapat tahu suami akan ke Jamaica hari ahad so bawa dia pergi beli barang dapur stok untuk seminggu. Ikan ni Sue beli 2 ekor dan potong sendiri dirumah. Senang nak buat masak apa dan potong ikut citarasa sendiri. Yang ni salmon frozen dari Norway 55kr per kilo dalam RM25. Biasanya salmon masak grill atau panggang je kalau suami ada dirumah. 

Sos pula Sue guna yang fresh pasal campur caviar. Kat sini kalau nak beli caviar senang semua supermarket ada jual dan suka hati nak pilih warna dan saiznya. Yang sos ni Sue guna caviar yang frozen 80g 89kr. Guna pun tak banyak selebihnya boleh guna bila-bila bila perlu. Adakala juga Sue buat Sos putih campur mustard atau apa-apa yang sedap..

IKAN SALMON BERSAMA SOS DILL DAN CAVIAR
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
2 keping ikan salmon
1/2 sdt cayenne pepper
Sedikit garam
 Lada hitam kasar secukupnya
Olive oil

Cara
1) Panaskan grill pan/ non stik pan biasa dan letak sedikit olive oil supaya ikan tidak kering.
2) Masukan ikan tabur cayenne pepper, garam dan lada. Tutup sekejap pan supaya naik wap.
3) Renjis atas ikan dengan olive oil sedikit dan bolehlah di balikkan.
 *Jangan terlalu lama memasaknya takut isi ikan kering dan tak sedap!*
4) Angkat dan ketepikan.



SOS DILL DAN CAVIAR
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
3 sdm sour cream
1 sdm plain yogurt ( Sue guna turkist yogurt)
1 sdm mayonis manis
1-2 sdm krim puta2 sdm susu segar
1 sdm parutan kulit lemon
Daun dill secukupnya ( Boleh guna yang kering)
garam sedikit 
Secubit paprika
1 sdm caviar*

Cara
1) Satukan semua kecuali (*) sebati dan rasa secukupnya. (MASAM, MANIS SIKIT)
2) Bila dan cukup rasa baru masukan (*) dan sebatikan.
3) Boleh di makan bersama dengan ikan dan bahan sampingan yang lain.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Ogos 14, 2015

SPAGHETTI BOLOGNESE



Pasta in the house hari ni.. Memang pasta mesti ada sekurang-kurang seminggu sekali. So hari ni sue buat bolognese resepi dan citarasa Sue sendiri. Spaghetti semua kanak-kanak suka termasuk kita orang dewasa tapi semenjak berhijrah ke Sweden tak pernah makan spaghetti kat luar. Semua homemade dan dijamin halal kerana kita tahu apa bahan-bahan yang kita guna..
Resepi yang ringkas dan di jamin sedap.. Insyallah.

SPAGHETTI BOLOGNESE
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
300g spaghetti
1 sdt garam
1/2 sdm olive oil/minyak sayur/masak
 Air secukupnya untuk merebus

(B)
1/2 biji bawang besar- potong dadu halus
 Minyak sedikit untuk menumis

(C)
300g daging cincang*
6 biji tomato- kisar kasar sahaja (guna food processor)
2-3 sdm tomato puree
3 sdm sos tomato(nak lebih pun boleh)
1 sdt balsamic vinegar - abaikan kalau tidak ada
1 sdm gula(+/-)
1-2 sdt mixed herbs
1 sdt cayenne pepper (boleh ganti serbuk paprika kalau tak ada)
(Sue guna fresh herbs semua- oregano, parshley, basil, thyme dan rosemary sedikit)
Garam secukup rasa
Air jika perlu

Cara
1) Didihkan (A) dan garam serta minyak. kemudian masukan spaghetti dan rebus hingga lembut. Jangan terlebih masak nanti lembik. (Ikut arahan merebus dibelakang paket spaghetti)
2) Bila dah masak buangkan air dan toskan. Tuang sedikit lagi minyak dan gaul sebati supaya ianya tidak melekat dan ketepikan.
3) Tumis bahan (B) hingga kuning dan masuk bahan (C) yang bertanda (*) terlebih dahulu hingga bertukar warna dan masuk bahan selebihnya kecuali air.
4) Kecilkan api dan masak hingga mendidih dan pekat. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air dan rasakan secukupnya.
5) Sebagusnya kena reneh dalam 20 minit untuk memasakan tomato dan bolehlah tutup api. Sedia untuk dimakan.
*Lebihan kuahnya boleh di frozen*

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...