Zucchini Plalelets pertama kali makan bila classmate Sue dari Turkey bawa ke sekolah. Time tu cikgu buat high tea la kiranya so semua student kena bawa pot luck. Dalam kelas ada lebih kurang 35 orang dan kami datang dari berbilang negara. Majoriti dari Syria dan tanah arab yang lain. Bila break time Semua keluar harta karun yang dibawa dari rumah. Terbeliak biji mata tengok meja penuh je. Alhamdulillah 99% food halal. Yang bukan Islam bawa biskut dan soft drink gitu termasuk cikgu depa sediakan coffee & tea serta plate bagai.
Semua di cuba dan satu ni yang membuatkan Sue makan non stop asyik ambik je. Ada juga ambik yang lain tapi biasalah dessert arab memang manis belaka. Dengan muka tak malu depan geng semua bertanya siapa yang bawa plalelets ni. Yang mengaku tu gentleman rupanya dan cakap bini dia yang buat. Tak dapat nak tanya panjang bila dah tau bini yang buat tapi dari fahaman rasa tau gak isi kandungannya. Rasa parsley, mint tu memang terang juga zucchini parutnya. Kalau kat sini depa panggil zucchini tu squash. Yang lain tak tau apa pulak campurannya.
Bila kami habis sessi makan-makan semua biasalah ready to back home. Sue pergi kat dia dan tanya boleh tak nak tau resepinya hihihi.. Memang humble je dia jawab, Insyallah nanti saya tanya isteri saya dan esok saya bagitau. Memang keesokannya dia datang terus bagi kertas yang tertulis resepi dalam bahasa swedish.. Jazakallahu Khairan... Bininya pun jadi sahabat baik Sue dan kalau ada apa masakan arab Turkey dan Syria yang ingin Sue nak tanya terutama bab rempah dan bahan-bahan mana nak beli dialah orang yang setia bertanya sampai siap masakan baru dia puas hati hihihi.
Sue buat ni banyak kali untuk kudapan petang kami. Ala-ala bergedil tapi rasanya lebih sedap dari bergedil. Ada yang Sue tambah sedikit dari resepi asal dan Sue panjangkan disini resepinya atas keizinan tuan punya tapi dia tak nak nama di highlight. Semoga rezekimu bertambah dan diberi kekuatan untuk menempuh hidup di Sweden.
ZUCCHINI PLATELETS SEDAP (TURKISH)
Resepi: Turkish Family
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
1-2 biji Zucchini- Parut dan gaul dengan sedikit garam. Rehatkan 20 minit
1/2 biji bawang besar- cincang halus
60g tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan daun parsley segar- cincang halus
Sedikit daun mint- cicang halus (anggaran 1-2 sudu makan)
Sedikit daun dill (Sue tambah)
1 sdt gula (Sue tambah)
1/2 sdt serbuk paprika (Sue tambah)
1/2 sdt lada hitam kasar (Sue tambah)
1/2- 1 sdt serbuk parasa
Garam jika perlu (rasakan terlebih dahulu sebelum masukan)
Minyak zaitun/ sayur secukupnuya untuk menggoreng
Cara
1) Zucchini yang direhat tadi masukan kedalam penapis dan tekan-tekan untuk membuang air hingga kering (Jangan dicuci).
2) Kemudian masukan kedalam bekas dan masukan bahan-bahan yang lain.
3) Gaul sebati dan rehat 10 minit.
4) Guna non stik pan, masukan minyak zaitun secukupnya, agak-agak cukup untuk menggoreng (Grill) dan bukan keadah menggoreng deep fry. (Jangan terlalu banyak nanti menakung minyak didalamnya) dan panaskan menggunakan api sederhana.
5) Masukan satu sudu makan (atau lebih besar terpulang) dan buat sampai dalam 6-7 ketul terlebih dahulu. bagi jarak sedikit dan biarkan kuning sebelah baru balikan sebelah.
6) Pastikan kering baru balikan. Jika dibalik ketika belum kering ianya akan terburai.Bila dah masak letakkan diatas tisu dapur supaya minyak meresap dan buat sampai habis.
7) Bolehlah dimakan bersama sos cili thai atau begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan