Ogos 18, 2015

FILO CHEESE ROLLS YANG SANGAT SEDAP


Hari ni tak de sekolah dan nanti petang kawan nak bertandang kerumah. Sebenarnya nak buat spring rolls untuk kudapan nanti tapi bila godek freezer tak jumpa pulak. Rasanya memang masih ada dan bila diingat kembali habis digunakan buat hari tu. Nak buat camne cuma ada filo pastry dan danish pastry je dalam peti.
Filo pastry ni Sue beli kedai arab 2 minggu lepas. Harga pun tak mahal 400g rm15 je. Kat sini senang je nak dapat ada yang frozen dan ada yang fresh. Yang ni Sue beli yang fresh dan plan nak buat filo pai tapi tak berkesempatan. Sebenarnya filo pastry jarang di buat gorengan tapi kali ni Sue cuba buat goreng macam spring rolls.
 Rupanya sedikit hodoh tapi rasanya pulak memang sedap! Sue sms kawan Sue yang Turkish tanya macamana sedap nak buat filo goreng? So dia cakap guna daging cincang macam buat turkish kebab dan idea yang bernas. Sebenarnya Sue malas nak keluarkan daging cincang dan nak tumis itu ini. Kira nak ambik jalan mudah buat apa yang ada tak nak main tumis-tumis. Sue cakap ok je dan dipendekkan cerita Sue buat ikut sukahati akulah jawabnya.
Kalau part cheese memang lumayan dalam peti sejuk. Stok fetaost@ cheese feta ada 2 bekas dan Sue nak cuba buat filling cheese juga ala Turkish style. Bila teringat pernah ternampak resepi Arab foods dalam majalah Sue cuba recall mana letaknya majalah tu. Akhirnya Sue jumpa dan terus cuba tapi asal resepi versi bakar. Kita ni kalau bab resepi tak sah kalau tak derhaka. Masakan arab ni memang tak lari dari daun parsley dan mint kan??. Memang tengok rasa tak percaya menjadi kerana intinya sebelum digoreng cair semacam je. Alhamdulillah..Syukran.. Filo cheese goreng Sue menjadi dan rasanya lemak cheese dan aroma pun harum.. mai tengok resepi..


FILO CHEESE ROLL YANG SEDAP
Resepi: Majalah Masakan Sweden
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
Filo pastry secukupnya
( Sue guna 20 keping, potong 2 dan ambik setiap 2 helai dan lipat lagi jadi segiempat macam kulit popia. Kalau sehelai terlalu nipis dan pecah bila digoreng)
200g cheese feta
1 biji telur
1 cawan daun parsley-cincang halus
Segenggam daun mint- cincang halus
Garam secukup rasa 
Gula sedikit (Sue tambah)
Sedikit lada hitam kasar
Marjerin secukupnya- cairkan untuk dijadikan pelekat pastry
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Lenyek cheese feta dan masukan bahan-bahan yang lain.
2) Gaul sebati dan sediakan pastry.
3) Ambik Pastry yang siap dipotong dan masukan inti. Lipata macam cara menggolong popia dan hujungnya sapu marjerin dan golong lagi.
4) Buat sampai habis dan panaskan minyak.
5) Pastikan minyak panas baru masukan Filo.
6) Goreng hingga keperangan  dan bila dah masak angkat dan letakan atas tisu dapur secara menegak untuk menurunkan minyak.
7) Goreng sampai habis dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...