Ogos 17, 2015

BISKUT COKLAT POTONG RANGGUP

 
Alhamdulillah.. Hari ni Sue buat eksperimen biskut potong menggunakan bahan-bahan asas tanpa telur dan tambahan golden syrup untuk meranggupkan tekstur biskut. Biasalah kalau dah bereksperimen semua mesti diambil kira. Sukatan tepung, gula dan mentega adalah penting. Itulah kelebihan kalau apa yang kita usaha menjadi dan senyum sampai telinga. Bila dah sejuk siap potong semua baru kita dapat testing camne pulak.. Waalaa.. Memang tak menghampakan!!
Kalau nak buat macam coklat chips boleh juga tapi Sue nak cuba cara potong nak tengok menjadi tak. Kesilapan sedikit kerana Sue terap tak berapa nipis tapi masih ranggup. Seeloknya nipiskan(agak-agak)supaya bila dah sejuk menjadi ianya ranggup keseluruhan. Untuk yang nak buat jualan boleh dijadi hasil kerana modal tak mahal dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Bakar pun tak perlu lama dalam 10-15 minit sahaja dan bila suam baru boleh dipotong. Ala biscotti tapi tak sama hihihi..
Sue guna cooking coklat biasa (compound 37% fat) dan cincang untuk menggantikan coklat chip kerana nak bereksperimen kan. Nanti guna yang mahal rugi juga kalau tak menjadi. Insyallah akan bereksperimen lagi dengan bahan-bahan yang lain jika kesihatan mengizinkan. Cubalah Insyallah sedap buat kudapan dan rasanya lemak dan tak berapa manis..


BISKUT COKLAT POTONG RANGGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
220g mentega
100-120g gula kaster
3 sdm golden syrup
1 sdm gula vanilla- kalau tak ada boleh guna esen vanilla

(B)
280g tepung gandum
20g serbuk almond
11/2 sdt serbuk penaik

(C)
10g kelapa kering
200g coklat masakan/ compound- cincang


Cara
*Panaskan oven pada suhu 200 degrees terlebih dahulu*
1) Satukan bahan (A) sebati guna senduk kayu sahaja. Cukup sebati jangan lebih kacau ye nanti biskut merekah.
2) Kemudian masukan bahan (B), guna tangan dan sebati baru masukan bahan (C).
3) Kacau sebati dan bahagi 2-3 bahagian ikut suka.
4) Sedia dulang pembakar dan lapik dengan kertas kek. Ambik satu bahagian dan gelek-gelek bulat panjang dan tekan supaya menjadi pepeh.(Gambar diatas masih tebal dan nipiskan lagi)
5)Tekan nipis tapi jangan terlalu nipis kerana nanti ianya akan naik sedikit dan menjadi lebar.
6) Bolehlah dibakar dalam 10-15 jangan lebih ye. Bila dah cukup masa terus keluarkan dari oven dan biarkan suam.
7) Bila dan agak suam bolehlah dipotong ikut suka dan biarkan sejuk sepenuhnya dan sedia untuk hidang.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...