Ogos 12, 2015

TALAM LABU SEDAP




Semalam kita menalam lagi. Lebihan labu dalam peti sejuk dah seminggu so takut lama labu jadi kecut. Talam Ni memang sedap dan Sue Guna resepi asas yang sama untuk buat talam gula apong DISINI cuma sue tambah tepung hoen kwee dalam adunan labu. Sue buat 1/3 adunan je untuk acuan 6 inci sekadar makan berdua dan selebihnya Sue masuk freezer dan bila nak makan just masuk micro dan sembur air sikit. 
Sememangnya Sue peminat talam tapi kadang tu sedih bila beli rasanya nya sejuk dan tak lemak. Cuma nampak cantik pada luaran je. Kadang terfikir juga mustahil si penjual tak merasa apa yang depa nak jual kan. Memang mengharapkan hati tapi itulah resam berniaga. Apa pun dalam urusan jual beli kena jujur dan kalau berniaga semata-mata nak ambik untung memang rezeki tak panjang. 
Kita kena fikir juga si pembeli dan apa yang kiuta rasa pasti mengundang dosa kalau kita bercakap perihal si penjual menjual semata-mata nak untung kan? So.. mai kita tengok resepinya..



TALAM LABU SEDAP
Oleh: Sue Norrman

          Bahan-bahan         
1 gelas tepung beras
1/2 gelas tepung kanji (Sue guna tepung ubi)
2 3/4 gelas santan pekat
150-170g gula pasir(Sue guna 170g kerana gula disini tidak begitu manis)
150g labu- rebus dan lenyek halus atau kisar 
1 sdm tepung hoen kwee
Sedikit gula dan garam
Sedikit pewarna kuning (Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)

Cara
*Panas kukusan terlebih dahulu dan lapik dengan kain pada penutupnya*
1) Ambil 1 gelas santan dan di bancuh dalam tepung- ketepikan.
2) Lebihan santan 1 3/4 gelas tadi di masak tapi jangan sampai pecah minyak.
3) Tuang santan yang di masak tadi ke dalam bancuhan tepung. Kuar sebati dan bahagi kepada 2 bahagian.
4) Satu bahagian masukan sedikit garam dan gula(putih). Satu bahagian lagi masukan tepung hoen kwee dan gula. Kuar hingga gula larut baru masukan labu dan pewarna kuning sedikit. Sebatikan.
5) Sapu sedikit minyak dalam loyang dan lapik dengan plastik untuk memudahkan di angkat keluar dari loyang.
6) Kukus putih dahulu selama 15 minit dan kemudian kukus pula adunan labu. Ketika mengukus
adunan labu, tutup loyang dengan aluminum dan kukus lagi dalam 20-25 minit hingga masak.
7) Sejurus tempoh tamat terus bukan kan aluminium supa air tidak menitik pada permukaan kuih.
8) Biarkan sejuk betul-betul baru dipotong menggunakan pisau plastik. 

SELAMAT MENCUBA!


KRAM
 

SALAD KOBIS



Salad kobis ni Sue buat semalam  bersama pizza yang suami sue beli. Kat sini kalau pergi kedai arab jual pizza kebab ke memang salad ni tetap ada tapi Sue tak dapat makan pasalnya terlalu masam dan penggunaan cuka memang banyak kot. Lepas je makan memang terus sakit hulu hati. Biasa lah kan kalau ada gastrik memang tak dapat makan yang berasid.
Tapi semalam bila suami call cakap nak beli pizza, Sue siap pesan tak mau salad dan nanti bawa balik memang tak makan tu. Yang ni Sue buat pemahaman rasa yang Sue pernah makan beberapa kali cuma penggunaan cuka nya sue kurangkan dan resepinya amat mudah sekali. Sue pun selalu buat untuk makan bersama pai atau pita.. Jom tengok resepinya.




SALAD KOBIS 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
1 mangkuk sedang kobis yang sudah dihiris halus
1/2 sdt lada hitam kasar
1 sdt gula
1-2 sdm cuka*
1 sdt minyak zaitun/minyak sayur
 Sedikit garam 

Cara
1) Masukan kobis yang sudah dihiris kedalam mangkuk.
2) Didihkan air dan tuangkan kedalam kobis. Kuar sekejap dan terus buangkan air. 
3) Kemudian masukan air sejuk dari peti sejuk bersama 2-3 ketul ais dalam kobis tadi dan biarkan dalam 5 minit- toskan.
4) Bila kobis dan dah tak berair selepas ditos, Masukan bahan-bahan selebihnya kecuali (*) dan gaul sebati.
5) Baru masukan (*) sedikit-sedikit dan rasakan jangan terlalu masam. Cuka pun lain brand lain tahap kemasaman nya. 
*Hati-hati bila memasukan cuka takut terlebih masam susah nak makan*
6) Bolehlah di sejukan atau di makan segera.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH YANG SEDAP



Ayam panggang ni Sue buat ahad lepas. Masih lagi cerita hari ahad dan kali ni Sue buat ayam madu berempah dan di perap semalaman. Sebenarnya resepi ni tak bertuan kerana Sue perap main bantai je dan sumbat lobak merah dan batang salery dalam perut ayam..hihihi. Cicahnya Sue buat simple je guna brown sos meatball DISINI. 
Waalaa.. Alhamdulillah sekali duduk je depa pulun. Heran juga ngan matsalleh ni macam tak pernah makan tapi kalau di ikut swedish foods lagi sedap tapi mungkin satu kelainan yang depa tak pernah rasa kot. Sue panggang sekor je about 2kg berat ayamnya. Bila dah di potong dapat 2 pinggan juga. So.. sini Sue kasi resepi ye..



AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam- cuci bersih dan toskan

Bahan Kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

(A)
1 sdm lada hitam kasar
1 sdm biji ketumbar- sangai dan kisar halus
1/2 sdm jintan putih-sangai dan kisar halus
1 sdt jintan manis- sangai dan kisar halus
3 sdm madu+1 sdm golden syrup
1 sdm kicap manis
1/2 sdm oregano kering
1 sdt cili giling
1 sdt serbuk paprika 
1 sdm minyak zaitun
Garam secukupnya 
Pewarna merah sikit je ye

(B)
1-2 batang lobak merah- potong 4-5
1 batang saleri- potong 4-5

(C)
2 sdm sos cili
1 sdm madu
1-2 sdm minyak zaitun 

Cara
1) Satukan bahan (A) dan Bahan Kisar. 
2) Kemudian sapu bahan-bahan tadi pada ayam dan ratakan.
3) Masukan bahan (B) kedalam perut ayam dan ikat pergelangan kaki ayam supaya bahan tidak terkeluar.
4) Letak dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap dan perapkan sekurang-kurangnya 4 jam dan paling sedap perap semalaman.
5) Bila nak memanggang, Satukan terlebih dahulu  bahan (C) dan sapu menggunakan berus pada ayam dan bolehlah di panggang.
6) Ulang menyapu pada ayam supaya ayam tidak kering.
7) Bila ayam dah masak, Keluarkan dan sapu sedikit madu dan marjerin supaya berkilat.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Ogos 11, 2015

NASI TOMATO



Nasi tomato ni cerita hari ahad lepas untuk menu tambahan sekali dengan mee jawa. Nasi ni Sue buat ikut citarasa Sue sendiri dan sukatan pun Sue guna cara masak nasi briyani sebab Sue guna beras basmathi so sukatan air dan beras mesti sama. Bila bab nasi ni suami Sue memang kurang makan so ingatkan kalau jamu matsalleh yang datang pasti ada yang berlebihan tapi ramalan Sue salah belaka. 
Sue cuma masak 8 cawan beras so kira boleh makan dalam 15 orang kalau yang jenis tak kuat makan... 

 
 NASI TOMATO 
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
8 cawan beras basmathi- rendam 30 minit+1 sdt garam- tos sekejap dan masukan ke dalam periuk/besen.
*Didihkan air dan tuangkan kedalam beras tadi. Kuar sekejap dan tudungkan hingga beras bertukar warna dalam 20 minit.
Toskan lagi beras. Masukan kedalam periuk nasi (elektrik)yang cukup untuk anggaran beras atau periuk biasa dan ketepikan sementara menumis bahan yang lain*
Bahan kisar
1 biji bawang bombay
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 bini buah pelaga
2 kuntum bunga anis
2 sdm ghee+1 sdm minyak jagung/masak
1/2 biji bawang besar. hiris halus
1 helai daun pandan

(A)
2-3 sdm tomato puree
4 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
2 biji buah tomato- potong 4-6


(B)
4 cawan susu cair
4 cawan stok ayam
(Atau 4 cawan air panas+1 ketul kiub ayam)
2 helai daun bay
garam secukup rasa

  *Guna cawan yang sama untuk menyukat beras, air dan susu cair*

 Cara
  1) Panaskan ghee dan minyak dan masuk bahan tumis selebihnya.  kuar hingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Kacau hingga bawang betul-betul masak dan masukan bahan (A) kecuali (*). Kuar dalam 2 minit dan masukan (*) tadi. Kuar lagi hingga tomato layu dan masuk bahan (B).
3) Biarkan mendidih sekejap dan rasakan secukupnya.
4) Kemudian tuangkan kedalam periuk elektrik yang berisi beras tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
5) Kalau periuk dan bertukar keep warm bolehlah di periksa dan kalau masih kelihatan beras di atas tidak cukup masak renjis dengan air. carik sedikit permukaan dan tekan cook lagi sehingga nasi masak.
( Kalau menggunakan dapur biasa,  tutup permukaan dengan foil dan lapik bawah periuk dengan tudung tin sepaya nasi tidak hangus. Tudung periuk jangan di buka sehingga nasi betul-betul masak. Anggaran 30 minit dan sentiasa pastikan api tidak besar ye.)
6) Bila nasi dah masak, carik kan jangan kasar-kasar ye nanti beras patah. Sedia untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA!
















Ogos 10, 2015

ACAR TIMUN TUMIS YANG SEDAP




Acar timun!! kalau tengok acar timun tumis ni pasti lawannya keropok kan?. Semalam Sue buat acar segera untuk tetamu dan malas nak jemur atau perap. Alhamdulillah pun masih sedap dah krop-krop timun dah lobak merak bila di makan. 
Mungkin juga kot timun disini memang ranggup dan tidak mengandungi banyak air. Sue cuma rendam timun sekejap je dengan air garam dan air sejuk bercampur ais. pastu terus toskan. Biasanya kalau nak buat tahan lama kena perah dulu timunnya dan jemur. Biasanya untuk jualan ok lah dan kalau nak makan segera cara ni pun ok juga. 
Kat sini jangan harap nak makan sedap kalau malas nak masak. Pandai atau tidak hentam sajalah. Resepi asal dari bonda Sue juga dan dia merupakan mentor Sue untuk rujukan kalau bab memasak. Satu lagi resepi acar bonda Sue yang paling sedap Insyallah akan Sue kongsi kan lagi. Doakan semoga Sue di beri kesihatan yang sihat.. Juga bonda Sue semoga sihat hendaknya dan dilindungi Allah.. 


Untuk versi kering (makan dengan keropok ikan)  DISINI

ACAR TIMUN TUMIS SEDAP
Resepi: Bonda Sue


Bahan-bahan
(A)
2-3 biji timun- buang empulur dan potong panjang. Rendam dalam air sejuk ais+ 1sdt garam 15 minit.
3 bijing lobak merah- hiris panjang
2 biji cili merah-hiris panjang
1 cawan kismis
1/2 sdt minyak sapi
Bijan secukupnya-sangai

(B)
1 sdm cuka (+/-)
1/2 keping kecil gula melaka 
Gula dan garam secukupnya
3 sdm sos cili 

Bahan Tumis
5 biji bawang merah- kisar halus
2 ulas bawang putih- kisar halus
Sedikit halia- kisar halus
1 sdm udang kering-rendam dan tumbuk halus*
Cili giling sedikit- nak pedas letak lebih

Cara
1) Tumis bahan tumis kecuali (*). Bila dah kuning masukan (*) dan kuar lagi.
2) Masukan bahan (B) satu persatu dan kecilakn api. Biarkan mendidih sekejap dan rasakan secukupnya. maniskan lebih sedikit untuk rasa yang lebih sedap. 
3) Bila dah cukup rasa masukan bahan (A), lobak merah dahulu dan biarkan mendidih sekejap baru masukan timun dan bahan selebihnya.
4) Kuar sebati dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap dan sedia untuk di makan.


SELAMAT MENCUBA!



KRAM



Ogos 08, 2015

KUIH TALAM GULA APONG



Cerita semalam tak sempat nak entri.. Teringin nak makan talam gula apong. Biasa kita dengar talam gula melaka atau gula merah tapi kali ni Sue guna gula apong. Gula apong cuma terdapat di Sarawak yang asal nya dari nira pokok apong. Satu kelaziman untuk orang Sarawak memasak atau kuih muih menggunakan gula apong. 
Resepi asal dari sahabat sue ketika kami sama-sama bekerja dengan sepupu sue di kafeteria Politeknik matang. Lepas tu dia kawin dengan adik tiri sepupu Sue pula so nak senang cerita kira saudara juga lah kan.. 
Untuk kuih muih tradisional Sarawak keluarga ini memang tak asing dengan kehandalannya. Resepi di warisi dari ibunya yang memang menjual kuih muih dari dulu lagi. Sue mengenali dia 23 tahun yang lalu dan bayangkan resepi asal dari ibunya so setengah abad lebih usia resepinya. Sekarang dia yang berniaga buat jualan dan mengambil tempahan.
Resepi yang ringkas,  tak banyak bahan-bahan dan yang pasti memang sedap!! Dek kerana lama tak berjumpa so kakar ipar Sue yang selalu merujuk apa-apa resepi yang di ingini dan di panjangkan kepada Sue. Sini Sue panjangkan lagi untuk semua dengan izin pemiliknya.
 Juga penukaran tepung Sue derhaka sikit memandangkan tepung yang sebenarnya digunakan tidak terdapat disini.
Tak percaya sila cuba dan pasti puas hati. Resepinya dah bertahkta di hati sue sekian lama dan Insyallah kalau nak buat talam yang lain mungkin ada penambahan sikit pada jenis tepungnya akan tetapi ini adalah basic kuih talam yang gerenti sedap. Sue buat setengah adunan Sahaja dari Resepi asal di bawah dan guna loyang  8". 
Terima kasih Ya Sahabat..Semoga rezekimu di limpahi dan diberkati..




KUIH TALAM GULA APONG
Resepi: Timah 
Sumber: Saptuyah(kakak ipar)
Oleh: Sue Norrman 

                      Bahan-bahan                        
3 gelas tepung beras
11/2 gelas tepung kanji (Sue guna tepung ubi)
8 gelas santan pekat
400g gula apong (Sue tambah 50-100g gula pasir)
sedikit gula dan garam
(Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)

Cara
*Panas kukusan terlebih dahulu dan lapik dengan kain pada penutupnya*
1) Ambil 3 gelas santan dan di bancuh dalam tepung- ketepikan.
2) Lebihan 5 gelas santan tadi di masak tapi jangan sampai pecah minyak.
3) Tuang santan yang di masak tadi ke dalam bancuhan tepung. Kuar sebati dan bahagi kepada 2 bahagian.
4) Satu bahagian masukan sedikit garam dan gula. Satu bahagian lagi masukan gula apong dan kuar hingga gula larut dan tapis.
5) Sapu sedikit minyak dalam loyang dan lapik dengan plastik untuk memudahkan di angkat keluar dari loyang.
6) Kukus putih dahulu selama 15 minit dan kemudian kukus pula adunan gula apong. Ketika mengukus gula apong tutup loyang dengan aluminum dan kukus lagi dalam 20-25 minit.
7) Sejurus tempoh tamat terus bukan kan aluminium supa air tidak menitik pada permukaan kuih. Biarkan sejuk betul-betul baru dipotong.


SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Ogos 06, 2015

KENTANG BERKRIM@ POTATO GRATIN



 Dinner yang sempoi je hari ni.. Walaupun tak de sekolah tapi sibuk dengan kerja rumah yang tidak berkesudahan. Hari ni mendobi 3 kali memandangkan cuaca panas sampai 30 degree. Semalam Hari hujan dan malamnya kilat petir serta angin kuat.  Sue tak masak lunch so kira makan sekali jalan lunch & dinner. Dah biasa kalau pagi sarapan heavy dan boleh tahan sekali sampai dinner.
Rasanya lama Sue tak buat gratin@ dlm swedish panggil potatisgratäng. Satu menu yang swedish suka tak kira kanak-kanak atau orang tua. Nak campur apa pun ikut suka tapi sue lebih suka yang biasa je dan makan dengan salad buah buat sampingan. 
Resepi asal sue tengok dari belakang peket yang di jual di supermarket akan  tetapi sukatan memang tak ade dan sue ubah ikut citarasa sendiri dan ada penambahannya juga..Derhaka namanya.. Pasal di supermarket sini 60% frozen foods dan depa suka kerja senang. Beli buat stok dan nak makan just masuk mikro je tapi tidak pada suami sue dan sebab itu nak tak nak terpaksa masak juga.
 Kalau bab belanja memang sue suka especially kat frozen foods dan kalau yang tak halal memang depa tulis depan-depan so kita tahu. Untuk nak cepat kenyang gratin ni memang sesuai banget dan budak-budak semestinya suka dengan rasa creamy dan rasa ikut citarasa sue dan dilulus oleh suami dan tetamu yang bertandang dan pernah makan gratin yang sue buat... Jom..




KENTANG BERKRIM@ POTATO GRATIN
Resepi:Sue Norrman

Bahan-bahan
8-10 biji kentang- kupas kulit dan biris bulat
1/2 biji bawang besar- potong dadu halus (Sue tambah)
300ml krim putar
400ml susu segar
1 ketul kiub sayuran (Sue tambah)
1-2 sdt garam
2 sdt gula (Sue tambah)
1/2 sdt lada sulah (Sue tambah)
Oregano secukupnya (Sue tambah)
2 keping cheddar slice (sue tambah)
1 sdm tepung gandum+2sdm susu segar- bancuhkan
Mentega untuk menumis dan sapuan

Cara
1) Panaskan oven pada suhu 180 api atas bawah.
2) Rebus kentang yang dah di potong setengah masak dan toskan.
3) Tumis bawang bersama mentega sedikit hingga kekuningan dan masukan kiub sayur. Kuar hingga hancur dan masukan susu dan krim.
4) kuar sebati dan masukan gula dan garam sedikit-sedikit,lada sulah dan oregano. Biarkan mendidih sedikit dan rasakan secukupnya.
5) Kecilkan api, masukan bancuhan tepung dan cheddar slice. kuar hingga cheddar cair dan alihkan dari api.
6) Sapu caserole dengan mentega, letakkan kentang yang di rebus tadi dan tuang sos yang di masak tadi.
7) Masuk ke dalam oven dan bakar dalam 30 minit sehingga keperangan di atasnya.
8) Sedia untuk di makan ketika masih panas.




SELAMAT MENCUBA!




KRAM

SANDWICH TELUR YANG SEDAP



Hari ni kita sarapan sandwish je.. Kalau dah swedish tu memang swedish juga. Tak lari dengan hard bread, cheese, salad dan telur. Smoothie dan yogurt satu kemestian untuk mereka tapi Sue kadang sarapan ikut tekak. Sedap lagi makan nasi goreng kan?. Azalinya kita bukan orang putih dan tekak melayu tu tak hilang. Pagi ni Sue buat sandwich yang paling Suami sue suka. 

Walaupun hanya main ingredients tapi sos nya membuatkan ianya satu kelainan. So kami berdua sarapan ni je dan yogurt. Sue pula minum wild berries tea yang sue beli di Copenhagen tempoh hari. Taste not bad kalau minum suam dan tak payah letak gula memang lagi sedap. Untuk sandwich pasti semua tahu buat tapi  sue share resepi nya ye...


SANDWICH TELUR YANG SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
4 keping roti - panggang
1 biji tomato - hiriskan
Timun secukupnya 
Daun salad secukupnya
2 keping Cheddar slice
2 biji telur - gorengkan terlebih dahulu satu-satu ye
Mentega untuk sapuan pada roti
Sos cili atau tomato

Sos Mustard
1 sdm mustard
2 sdm mayonis manis

Cara
1) Ambil sekeping roti yang sudah di panggang dan sapu sedikit mentega dan kemudian sapu sedikit sos mustard.
2) Letak daun salad, sos sedikit (cili/tomato terpulang) dan letak telur..Setiap lapisan letak sedikit sos supaya apabila di potong ianya melekat dan di ikuti tomato, cheddar slice dan daun salad lagi.
3) Cucuk roti dengan toothpick di tengah sebelah menyebelah terlebih dahulu sebelum dipotong.
4) Buat cara yang sama pada roti yang seterusnya dan sedia di makan.

P/S: Pengunaan toothspick kalau kuantiti tak banyak hanya untuk mencantikkan tapi kalau buat dalam kuantiti banyak guna pisau untuk memotong roti supaya hirisannya cantik dan tak pecah.

SELAMAT MENCUBA!



Kalau sarapan dengan swedish fresh vegies memang tak dapat dipisahkan. Serupa dirumah Sue memang stok fresh fruits dan vegies sentiasa ada. Wild berries tea memang cun sekali untuk sarapan dengan sandwich..hihihi...




KRAM

Ogos 05, 2015

IKAN KOD BERSAMA SOS DILL



 Assalammualaikum.. hari ni Sue masak simple je untuk makan berdua. Sessi sekolah dah bermula semalam dan Sue di tukar ke sessi petang. Hmmmm nak buat macam mana kalau itu keputusan pihak sekolah. Insyallah september nanti Sue akan exam untuk 2nd last level sebelum tamat keseluruhan syarat level untuk dapat cert menguasai bahasa Swedish. 
kalau dah dapat cert nak cari kerja atau sambung belajar senang kerana kesemua urusan surat menyurat dalam bahasa swedish. Buat masa sekarang Sue masih kira bertatih untuk memahami, bercakap dari keseluruhan. So far boleh lah kerana tiada pilihan. 
Di sekolah pun dengan kawan dan cikgu kena cakap swedish. pandai atau tak lantak lah depa pun faham tapi kalau dengan geng yang boleh speaking kita golong habis english..hihihi.. urusan ambik gambar dan buat ic baru pun selesai semuanya isnin lepas dan berkesempatan ke Copenhagen sekejap cuci mata.. dah alang-alang berdekatan cuma 15mins dari tempat Sue buat ici so kita terus melajak just past border kastam dan terus guna bridge ke bandar. 
Anak tiri Sue ikut bersama kerana memang plan nak bawa dia pergi Blå Planet, kira macam big aquarium di penuhi bermacam-macam jenis ikan. Agak lama juga sambil lunch. Petang baru kami balik ke rumah.. Oiiii panjang pulak cerita kali ni so menu hari ni makan ikan je hihihi...
Balik sekolah dah penat nak masak lebih pun malas. Biasa kita makan ikan dengan pelbagai jenis sos pun dan cukup kenyang. Kali ni sue buat dill sos. Daun dill sue tanam sendiri dan alhamdulillah subur menghijau semua herbs yang di tanam. Sini sue sertakan resepi nya ye.. mai kita tengok...


IKAN KOD BERSAMA SOS DILL
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
600g ikan kod fille (Sue guna frozen)
Tepung gandum secukupnya- untuk membalut ikan
Mentega/marjerin secukupnya- anggaran 50-100g
Garam dan lada hitam kasar secukupnya

Cara
1) Biarkan ikan lembut (defrost) cuci dan toskan.
2) Masukan garam dan lada hitam, gaul sebati.
3) Kemudian ambik ikan satu persatu dan masukan kedalam tepung, balik-balikkan supaya raya dan buat sampai ikan habis.
4) Guna non stik pan, cairkan mentega dan masukan ikan tadi. Guna api sederhana dan masak ikan hingga keperangan sebelah menyebelah. Angkat dari pan dan ketepikan sementara menbuat sos.


SOS DILL
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
70ml susu segar
200ml krim putar
1/2 sdm tepung gandum+2 sdm susu segar
1 ketul kiub ikan
1/2 sdt gula
Mentega secukupnya
Daun dill fresh atau kering secukupnya

Cara
1) Cairkan mentega dan masukan kiub ikan. kecilkan api dan kuar kiub tadi dan masukan susu dan krim.
2) Kuar lagi, masuk gula dan biarkan mendidih sekejap dan masukan bancuhan tepung tadi
3) akhir sekali masukan daun dill dan alihkan dari api.
4) Sedia untuk di hidang bersama ikan, kentang rebus dan sayuran yang di suka.


SELAMAT MENCUBA!





KRAM

Ogos 01, 2015

BAKED SWEDISH MEATBALL WITH CARAMELIZED MUSHROOM SAUCE




 Alhamdulillah... Dapur berasap seperti biasa dan hari ni Sue buat Swedish meatball again!. Tapi kali ni sos nya Sue tambah Caramelized mushroom dan bawang merah.. sedap oiii. Dan kali ni versi baked dan tabur dengan fresh parsley memang sedap dari biasa. Ni buat pertama kali Sue buat versi baked tapi kadang tekak ni ingin kelainan. Untuk resepi BROWN SOS DISINI ye dan untuk SWEDISH MEATBALL DISINI.

 Mohon baca selanjutnya di bawah takut keliru ye.. keterangan di gambar di bawah.



 Kalau nak rasa yang superb cubalah versi baked ni..memang hasilnya tak menghampakan Insyallah..  untuk caramelized mushroom dan bawang merah resepinya sat naaa..


CARAMELIZED MUSHROOM AND SHALLOTS
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
6 biji bawang merah saiz sedang- hiris nipis
1 tin cendawan butang- potong ikut suka
2 sdt gula perang@brown sugar
1 sdm olive oil
Daun parsley fresh kalau suka- potong halus

Cara
1) Panaskan olive oil dan masukan bawang dan tumis hingga perang.
2) Masukan cendawan dan kuar lagi hingga cendawan juga keperangan dan kecilkan api.
3) Kemudian masukan gula perang tadi kuar hingga gula hancur dan jadi karamel. Tutup api dan alihkan dari dapur. Masuk bancuhan BROWN SOS. 
   ( Brown sos untuk versi baked tak payah di masak, bancuhan sebati sahaja)
4) Sebatikan rata dalam periuk dan ketepikan.

P/S:- Untuk versi bakar, Meatball cukup setakat di bulat-bulatkan dan sosnya juga titak perlu di masak.  Ianya akan dibakar bersama kemudian.

5) Bila meatball dah siap semuanya masukan dalam acuan caserole untuk oven dan tuangkan bancuhan sos tadi. 
6) Bakar selama 30-40 minit suhu 180C api atas bawah.
7) Bila dah masak sedia untuk di makan bersam kentang rebus atau mashed potaoes dan jem buah.


SELAMAT MENCUBA!








KRAM








CEKODOK PISANG RANGGUP YANG SUPERB


 Ini pun cerita semalam.... nak di pendekkan cerita, tak sempat nak baking atau buat puding apa segala so kita hentam buat cokodok buat matsalleh hihihi.. Ini pun suami Sue yang tolong lenyek dan sue perap tak berapa lama pasal nak ready semua sebelum depa datang. 
Punya lah sedap depa makan dengan air kopi. kat mana2 pun memang depa tak akan dapt cari orang jual cokodok kan. ipar Sue dah berumur 78 tahun baru pertama dalam hidup makan cokodok atau apa2 kelainan yang berasaskan pisang. kalau muffin atau kek memang depa tau. So kena penagan orang Malaysia baru hang tau. 
Kalau suami Sue memang dah lali dengan cokodok ni. Biasa kami berdua makan cicah dengan lingon jem.. sedap tau masam manis. So semalam pun Sue jamu depa dengan jem. Cokodok ni memang sedap. Tekstur dalam nya seakan kek, lembut dan gebu tapi luaran ranggup. Lama juga sue buat experimen dengan cokodok ni. Akhirnya time di sweden ni baru dapat hasil yang terbaik untuk. Rahsianya adalah kena di perap semalaman dalam petiais.Alhamdulillah hasilnya tak menghampakan. apa je kalu nak ranggup kena aiskan dulu gitu juga dengan kalau nak buat ayam krispy. kenak perap tepung yang dah di salut kering dengan ayam semalam dalam petiais. Memang ranggup bila di goreng.. resepinya mudah  dan sue olahkan dengan sukatan gram untuk memudahkan kerja... Jom tengok resepinya ye..


CEKODOK PISANG
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
350g pisang embun/hotel/berangan 
200g tepung gandum
100g gula
1 sdtsoda bicarbonate
1 sdm minyak
Sikit garam
Kelapa parut sedikit jika suka

Cara
1) Lenyek pisang hingga hancur kesemuanya dan masukan gula diikuti bahan-bahan yang lain.
2) Sebatikan rata dan tutup dengan plastik atau simpan dalam kontena dan sejukkan dalam peti sejuk.
3) Keluarkan 10-15 minit sebelum menggoreng.
4) Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas turun ke api sederhana.
5) Cedok guna tangan sahaja ikut suka saiznya supaya kejadiannya cantik dan bulat. Jangan terlalu besar kerana ianya akan mengembang.
6) Balik-balikkan supaya masak sekata dan buat sampai habis.


SELAMAT MENCUBA!



KRAM

POPIA INTI SAYUR DAN KUAH KACANG YANG PALING SEDAP


Popia inti sayur!! Satu snack kesukaan swedish. Nak beli kulit popia pun senang semua supermarket ada jual. Cuma intinya kita tak tau apa yang depa guna. Biasa kalau di restoren Thai depa guna campuran sayur juga untuk cost yang murah.  Alhamdulillah... Popia semua pandai buat kan dan kali ni Sue guna sayur je. Kuah kacang Sue buat di hari yang sama nasib stok kacang yang dah di goreng memang sentiasa ada. Resepi kuah kacang ni memeg terbaik dan kalau matsalleh asyik puji memang sedap lah tu cuma Sue tak buh cili takut pedas. So rasanya masam manis je tapi sedap juga.. 

POPIA INTI SAYUR
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman 

 Bahan-bahan
1 mangkuk kobis yang sudah di hiris halus
1/2-1 mangkuk lobak merah yang sudah di hiris halus
1 bungkus Tang Hoon- rendam dengan air paip sahaja dan toskan kemudian potong2 kan
1/2 biji bawang besar - hiris dadu halus
1 sdt udang kering- rendam dan tumbuk lumat
Sedikit lada hitam kasar
Serbuk perasa secukupnya
Gula sikit 
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnnya

*1 sdt tepung gandum + sedikit air untuk buat gam pelekat popia.

Cara
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga keperangan. kemudian masukan udang kering dan kuar sebati.
2) Masukan lobak merah dan kuar lagi. kalau terlalu kering masukan sedikit air.
3) kemudian masukan bahan perasa dan kobis. Kuar sebati dan secukup rasa. Akhir sekali masukan tang hoon dan kaur sebati. Tutup api dan biarkan sejuk/suam.
4) Bila inti dan sejuk boleh lah memulakan menggolong popia. Buat sampai habis.
5) Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnnya sehingga panas. Masukan popia satu persatu dan Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.
6) Goreng hingga kekuningan dan balikkan sebelah supaya warnanya sekata. Boleh lah di angkat dan letak atas penapit steel atau tisu dapur supaya serap minyak. Siap untuk di jamu..





 Resepi Kuah kacang segera ni Sue dapat dari sahabat FB yang dia share di wall nya untuk di panjangkan. Dia izinkan di share untuk manfaat bersama. Di sini Sue panjangkan untuk semua.. Terima kasih kak As. Ikut kata kak As, resepi ni dia guna untuk jualan ketika dia duduk di Sabah lagi. Sekarang kak As pindah ke nepal mengikut suami posting kerja di bawah kedutaan Malaysia di Nepal. Bila terjadi gempar bumi tempoh hari beliau bersamq keluarga dalam situasi yang gempar dan ya Allah kami kawan2 pun tak lena di buatnya. 
Talian semua putus dan syukur bial kak As dapt balik ke Malaysia dengan penerbangan ehsan menggunakan Charlie. Nampak sedih di raut wajahnya bila terpaksa kembali ke Nepal tapi apakan daya rezeki di perantauan. Sue sempat whatsap bertanya khabar time dia dan balik ke Nepal tapi itulah katanya tidur memeng tak lena. Gegeran lanjutan berlaku time dia baru nak solat dan dan guna telekung dan berwuduk semua.. Semoga Kak As dan semua keluaraga di sana di lindungi.. Amin.  Resepi kuah kacang ni memang terbaik dan ipar2 Sue pun puji sedap. Sue siap bekalkan satu botol kecik untuk ipar bawa balik.. senyum nya lebar tak terkata.. Sini Sue kongsikan resepi Ikhlas dari kak As.


KUAH KACANG SEGERA:-ASLIE
Resepi: FB (Kak Nor As Nur)
Oleh: Sue Norrman

Bahan2Nya.
1 kilo kacang Tanah (sangai n blend)
100g Cili kering ( sangai n blend)
100g Bijan( sangai)
1 kilo gula pasir
8 sudu kfc Garam
60g cuka Makan
500-600g/ ml Air

Cara2Nya:-
1- )Blend cili dgn air, masukkn dlm periuk n biarkn cili tu mndidih.
2-)Kemudian masukkn gula, kacau hingga mndidih n gula tu hancur kalo x adunan akn mnjadi brsarang sbb gula x hancur..
3-)Masukkn garam, kcau sbati ikut step masukkn cuka n masukkn bijan
4-)Last sekali baru masukkn Kacang Tanah yg telah d blend td
5-)Kacau sebati semua bahan hingga adunan meletup2 n brkilat n pekat dlm 10-15 mnt mesti kacau dgn api yg perlahan kalo x nti adunan akn hangit d bwh..Tutup Api n
6-) sejukkn Adunan n boleh ambil beberapa sudu n bancuh dgn air panas shj.. Sedia utk d makan..
P/S - Untuk Nasi impit n kuah satey kalo nk sedap lg boleh ambik beberapa senduk Adunan kuah kcg segera masukkn dlm periuk bancuh dgn air campur sikit asam jawa n ketuk sebatang dua serai kcau skejap atas api yg perlahan x perlu bubuh garam n gula dh just masak camtu je.



KRAM




GHEE RICE





Alhamdulillah.. Ghee Rice@ Nasi ghee ni Sue buat semalam bersama dengan AYAM 65@ CHICKEN 65 tetamu datang berziarah. Sue masak simple je lagipun belum makan tengahari dan kebetulan time mereka nak datang memang time lunch. Ghee rice ni memng nasi favorite sue dan tak banyak guna bahan-bahan. Semudah cara kalau nak buat bila emergency kes macam ni..hihihi. Resepi nya Sue olah sendiri ikut citarasa dan rasanya bukan mcam nasi minyak tapi sedap di tekak harum bau ghee nya. Nasi ni boleh di makan dengan apa jua jenis lauk memng sedap. Sue kadang teringin nak makan nasi lemak versi nasi ghee..waalaa..memang sedap! Cubalah kalau nak kelainan. 


GHEE RICE 
Resepi: Sue Norrman
 
Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi- rendam sekejap dalam 30 minit dan toskan
( kalau guna beras jasmine atau beras wangi yang lain, beras jangan di rendan)
5 cawan air 
2 cawan susu cair
1-2 helai daun bay
1 ketul kiub ayam
1 ketul kiub sayuran/serbuk
Garam- jika kurang masin
Pewarna kuning kalau suka

Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar - hiris halus
Halia sebesar ibu jari - hiris 
1-2 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga anis
3 biji buah pelaga
2 sdm ghee + 1/2 sdm minyak masak
2 helai daun pandai

Cara
1) Tumis bahan tumisan hingga naik bau dan bawang layu.
2) Masukan air, kiub ayam dan sayur, daun bay. Biarkan hingga mendidih dan tapiskan ke dalam besen atau periuk.
3) Setelah di tapis didihkan lagi dan rasakan secukupnya baru masukan susu cair. biarkan hingga naik wap dan tutup api.
4) Beras yang ditos tadi masukan ke dalam periuk nasi elektrik dan tuang air stok yang dan di masak tadi dan masak seperti masak nasi biasa.
5) Kalau butang dan beralih ke 'keep warm' boleh lah di carik kan nasi. Kalau masih kelihatan nasi tak sekata masak renjis dengan air dan tekan butang ' cook' lagi

P/S: Kualiti beras berbeza dan sukatan air kena adjust sendiri ye. Kalau guna beras Jasmine ada yang jenis nasi akan kembang so kena kurang sukan air dan sukatan susu kekalkan!


SELAMAT MENCUBA!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...