Jun 07, 2016

PUDING KENTANG YANG SEDAP!


SELAMAT BERBUKA PUASA..
Alhamdulillah selesai sudah ibadah puasa kita untuk hari kedua. Seperti biasa sue buat simple dessert untuk berbuka dan puding yang menjadi kegemaraan suami sue. Rasa yang lemak dan manis secukupnya lebih lagi makan sejuk-sejuk.. hmmm sedap!
Resepi yang mudah dan senang untuk dibuat. Jom...


PUDING KENTANG SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 paket agar-agar (13g)
11/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - simpul
5 cawan air

(B)
4 biji kentang - kupas kulit dan rebus empuk kemudian toskan
400ml santan (jangan terlalu pekat)
11/2 cawan susu cair
3 biji telur
2 sdt esen vanilla
3 sdm susu manis
Pewarna hijau secukupnya
4 biji kentang (saiz sederhana) - kupas dan rebus hingga lembut

Cara
1) Didihkan bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya dan ketepikan seketika.
2) Kisar halus bahan B dan tapis kemudian tuang kedalam bahan A tadi.
3) Masak dan kacau atas api dengan api sederhana sehinga mendidih.
4) Tuangkan kedalam acuan dan sejukkan sepenuhnya barulah dipotong dan sedia untuk dimakan. 

SELAMAT MENCUBA!
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...