Jun 07, 2016

MURTABAK SARDIN CHEESE YANG SUPERB SEDAP!


BERTEMU KEMBALI.. 
Semalam kami berbuka la kadar je dengan murtabak sardin. Alhamdulillah kejadian yang cantik dan kulit tak pecah bila di tarik. Sue menggunakan roti canai dan campur cheddar dan mozzarella.. Wallah sedap sangat dengan jeruk bawang. 
Seorang sebiji fikirkan dan cukup tapi anggapan ku salah belaka hihihi.. terhenti seketika kita tebar canai lagi untuk second round. Suami sue suka dan dia cakap next week buat lagi k huhu.. Insyallah kalau tiada arah melintang. Untuk resepi roti canai  DISINI  yang dah sedia ada.
 Untuk resepi murtabak ini sue cuma suku sahaja bahan roti canai memandangkan buat hanya untuk makan berdua dan malas nak buat roti canai frozen. Sekadar untuk murtabak sahaja dan dapat dalam 4 biji doh. Manakala untuk inti sardin pula jom kita kongsi ye..



MURTABAK SARDIN CHEESE
Resepi: Sue Norrman

Bahan inti sardin
1 tin sardin - Ambil isi sahaja dan hancurkan menggunakan garpu (terpulang nak guna brand apa tapi kalau nak sedap guna yeo's)
Sedikit garam dan gula
Sedikit lada hitam
Serbuk paprika atau cili 
1 sdt jus lemon atau limau kasturi
Daun sup sedikit - potong halus

Sampingan
Cheddar parut
Mozzarella
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris nipis*
Telur bergantung pada berapa banyak kita buat (1 murtabak 1 telur)

Cara
1) Satukan bahan inti dan ketepikan.
2) Panaskan non-stik pan dengan api kecil terlebih dahulu sementara kita tebar  canai ye.
3) Sediakan pinggan kecil dan letak doh diatasnya. Kemudian bolehlah tarik perlahan-lahan doh dan pastikan doh jangan kering dan sentiasa letak minyak supaya tidak pecah sehingga kelihatan nipis. (Kegunaan pinggan di bawahnya untuk memudahkan kita mengangkat bila dan di letak inti dan doh tidak pecah)
4) Bila dan cukup dan puas hati sessi menarik, masukkan telur yang telah dipukul hancur sahaja diikuti inti dan bahan sampingan di atas pinggan yang dah sedia ada di bawah doh tadi. Lipat dan ketepikan seketika.
5) Letak sedit minyak kedalm pan yang telah dipanas tadi dan bolehlah letak murtabak yang telah sedia dan masak sehingga keperangan.
6) Biarkan sehingga perang baru balikkan sebelah dan masak secukupnya.
7) Ulang proses yang sama sehingga habis dan sedap dimakan ketika masih panas beserta dengan bawang jeruk.


Bawang Jeruk 
2 biji bawang besar - belah 2 dan hiris nipis*
Gula dan garam secukup rasa
Cuka dan air secukupnya.
Pewarna merah sedikit

Cara
1) Satukan bahan kecuali bawang* dan rasakan secukupnya (masam dan manis)
2) Kemudian masukkan bawang dan gaul sebati. Masukkan kedalam bekas dan sejukkan ke dalam petiais sebelum dimakan.

P/S: Seeloknya buat bawang jeruk terlebih dahulu supaya ianya meresap dan sedap!

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...