Jun 07, 2016

MOIST BUTTER CAKE


ASSALAMUALAIKUM ..
Dan salam Ramadhan Kareem untuk semua! Tak terasa hari ini dah masuk hari kedua kita berpuasa. Semoga amalan dan pusa kita diterima disisinya.
Juga Alhamdulillah sudah seminggu sue balik Sweden tapi memandangkan keadaan masih tak berapa sihat dengan pertukaran masa dan panas di sini memang terik. Seperti tahun sebelum ini kami berpuasa dalam 19 jam dan waktu Isyak pula hampir tengah malam. 
Kek butter ni sue buat sehari sebelum puasa dan menjadi makan sahur kami berdua. Dah kenyang makan malam tak larat dah nak makan yang heavy. Hanya segelas teh panas, kurma dan kek.
Resepi sue olah sendiri memandangkan buku resepi tertinggal di rumah mak di kuching tapi hasilnya tetap moist...


MOIST BUTTER CAKE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
250g mentega
200g gula kaster

(B)
5 biji telur gred B
1/2 sdt butter oil

(C)
250g tepung kek (kalau guna tepung gandum ayak 2 kali terlebih dahulu)
1 sdt serbuk penaik

(D)
100ml susu cair

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degree terlebih dahulu*
1) Pukul bahan A sehingga sebati anggaran dalam 5-7 minit. (Jangan sampai kembang ye!)
2) Kemudian masukkan bahan B satu persatu dan kuar dengan senduk katu sahaja sehingga sebati.
3) Diikuti bahan C sedikit-sedikit sehingga habis dan akhir sekali masukkan bahan D. kacau sebati dan masukkan kedalam loyang 8 inci yang telah di sapu mentega dan dilapik kertas minyak.
4) Bakar selama 40 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.
5) Bila dan masak keluarkan dari oven dan terus terbalik loyang atas radai kek supaya kek tidak terturun.

P/S: kalau menggunakan silikon tak payah di sapu mentega. Terus masukkan sahaja ke dalam mould dan lapik bawahnya dengan loyang dan bakar.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...