Jun 11, 2016

KEBAB DAGING DENGAN SOS SPECIAL



SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA..
Alhamdulillah.. tak terasa dah 6 hari kita berpuasa. Seperti biasa menu iftar kami memang yang simple sahaja tapi berbuka hari ini sue buat kebab daging dengan homemade roti pita DISINI . Sos putihnya sue buat cara sue sendiri dan biasa sue guna untuk salad. Lebihannya boleh simpan untuk sos burger dll. Untuk mendapat daging yang sedap perap semalaman sebelum di panggang.




KEBAB DAGING
Resipi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
500g daging batang pinang
2 ulas bawang putih - tumbuh halus
1/2 sdt serbuk paprika
1/3 sdt serbuk halia
1/2 sdt lada hitam - tumbuk kasar 
1/2 sdt  jintan putih - tumbuk kasar
3 sdm madu
1 sdt gula
Garam secukup rasa 
2 sdm minyak zaitun
1 sdm jus lemon/ limau kasturi

(B)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
Cili benggala secukupnya (ikut citarasa dan warna)
2-3 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
Air sedikit
Serbuk perasa secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis

Cara
1) Satukan kesemua bahan-bahan dan perap dalam peti ais semalaman. (simpan dalam bekas bertutup)
2) Panaskan oven pada suhu 170 degrees api atas bawah dan masukkan daging yang telah diperap. Panggang dalam 25-30 minit sehingga masak. (Guna radai sahaja ketika memanggang dan letak tray di bawah radai)
3) Bila daging dah masak bolehlah dihiris nipis dan kecil. Ketepikan.
4) Bahan B - Tumis bawang sehingga kuning dan masukkan cili benggala diikuti bahan seterusnya. Bila dan sebati masukkan daging yang telah dihiris nipis dan tambah sedikit serbuk perasa dan rasa sekali lagi. Tutup api(masak jangan terlalu kering).
5)  Bolehlah dimasukan kedalam roti pita yang telah dibelah dua bersama dengan sos kebab special.



SOS KEBAB SPECIAL
Bahan-bahan
3 sdm plain yogurt
1-2 sdm sour cream
2-3 sdm fresh milk
1 sdt mayonis
1-2 sdt jus lemon/ lime/ limau kasturi
1 sdm pickled cucumber - cincang halus (ada jual di supermarket. Kalau tak ada guna timun biasa, buang empulur tengah dan cincang halus)
Garam sedikit
2-3 sdt gula

Cara
1) Satukan semua bahan-bahan dan rasakan secukupnya. 
2) Kalau masih pekat tambah lagi sedikit susu segar dan rasanya mesti manis sedikit.
3) Sedia untuk digunakan dan lebihan bolehlah disimpan didalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...