ASSALAMUALAIKUM....
Selamat berbuka puasa untuk teman semua d malaysia tapi kami sini masih setia menunggu hampir 8 jam lagi.
Semalam sue berkesempatan membuat portuguese kastad tart yang menjadi salah satu tart kesukaan sue dan anak-anak.
lama rasanya tak buat dan last pada tahun 2011. Alhamdulillah rasa dan teksturnya masih seperti biasa. Resepi doh dan
inti memang resepi asal dari sue sendiri yang sue olah mengambil masa yang agak lamak untuk mendapat rasa yang menepati citarasa yang sedap. Sini sue panjangkan resepi untuk semua yang ingin mencuba dengan tutorial yang jelas. Untuk mendapat pastry yang sedap kena bersabar ye. Insyallah kalau yang sudah mencuba boleh tinggalkan feedback ye. Mungkin ada yang terkurang sue boleh perbaiki kerana deria rasa kita berbeza.. In Sya Allah...
PORTUGUESE KASTAD TART
Resepi: Sue Norrman
Doh/ pastry
(A)
300g tepung gandum
250g mentega sejuk (biasa) - potong dadu kecil
(B)
80g air sejuk
1/2 sdt garam halus
172 sdm jus lemon
1 sdt gula halus
1 biji kuning telur gred B
Cara
*Ikut tutorial seperti diatas untuk mendapatkan doh/ pastry yang cantik*
1) Pukul bahan A seperti diatas sehingga sebati. Boleh juga guna food processor dan kisar.
2) Masukkan bahan B dan uli hingga sebati dalam 3 minit sahaja. (Jangan pukul terlalu lama.)
3) Taburkan sedikit tepung untuk membulatkan doh seperti di tutorial.
4) Giling doh menjadi rectangular dan ketebalan dalam 2-3 mm.
5) Ambil bahagian hujung sebelah kanan atau kiri dan lipat separuh sehingga di tengah-tengah doh.
6) Ambil lagi di sebelah dan tindihkan di atas doh yeng telah di lipat tadi.
7) Bungkus dengan plastik lutsinar dan sejukkan selama 20-30 minit. Keluarkan dan ulang langkah yang sama (tutorial 5-7). Sementara itu bolehlah menyediakan inti kastad.
8) Dah siap 2 proses bolehlah disapu sedikit mentega kedalam acuan muffin.
*Panaskan oven pada suhu 200 degree api atas bawah*
9) Giling doh tadi dan cetak bulat 12-14 keping.
10) Kemudian giling lagi sedikit untuk membesarkan doh supaya cukup untuk menutupi tepi acuan. (2-3mm)
11) Buat sampai habis doh dan lebihan doh boleh guna acuan tart yang biasa (acuan tart telur)
12) Inti kastad sedia untuk dituang kedalam pastry.
13) Tuang sampai sama paras dengan doh dan ianya tidak akan mengelembung (jangan risau). Bolehlah dibakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak dan keperangan di permukaan kastad.
14) Keluarkan dari oven dan biarkan suam seketika dan bolehlah dikeluarkan dari acuan.
CUSTARD FILLING
Resepi: Sue Norrman
(A)
200ml whipping krim (dairy)
200ml susu segar
120g gula pasir
(B)
50ml susu segar
50g tepung kastad
(C)
5 biji kuning telur
2 sdt esen vanilla
Cara
1) Sediakan semua bahan-bahan.
2) Masak bahan A sehingga gula hancur sahaja (naik wap dan jangan sampai mendidih) dan tutup api.
3) Satukan bahan B sehingga sebati dan tidak berketul. Tuang kedalam bahan A tadi dan kacau sebati. Bketepikan dan biarkan suam.
4) Masukkan bahan C dan kacau sebati.
5) Tuang kedalam jag untuk memudahkan menuang kedalam pastry.
6) Bolehlah dibakar sehingga masak.
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan