Tengahari tadi sue siapkan homemade roti pita atau roti arab untuk berbuka makan dengan kebab daging. Roti yang sangat mudah dibuat dan sangat lembut teksturnya. Yang lebih tu boleh lah disimpan untuk sahur nanti. Lama juga tak makan kebab itu yang teringin sangat. Roti yang selalu sue buat dulu sebelum berhijrah ke sweden makan dengan kari ayam dan anak-anak sue suka sekali. Dan proses membakar pun sekejap sahaja..
ROTI PITA LEMBUT
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
11/2 sdt instant yis
3/4 cawan air suam
1/2 sdt gula
(B)
350g tepung roti (boleh juga guna tepung gandum)
1 sdt serbuk penaik
3/4 sdm gula halus/ pasir
1 sdt garam
3/4 cawan air suam
2 sdm minyak zaitun/ minyak masak biasa*
Cara
1) Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis kembang.
2) Masukkan ke dalam bread maker atau mixer dan masukkan bahan B kecuali yang bertanda (*) sedikit-sedikit dan masukkan air sehingga sebati.
3) Bila dah sebati baru masukkan (*) dan uli sehingga lembut dan elastik.
4) Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin dan boleh lah dibahagi kepada 8.
5) Tabur sedikit tepung didalam tray dan bulatkan doh tadi. Tabur lagi sedikit tepung diatas doh yang telah dibulat dan tutup dengan kain.
6) Rehatkan lagi doh selama 20-30 minit.
7) Panaskan oven pada suhu maximum api atas bawah. Giling doh tadi jangan terlalu nipis dan bolehlah diletak di atas radai dalam oven.
8) Bakar selama 5-8 minit sehingga ianya mengelembung dan bolehlah dikeluarkan. Buat sampai habis.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan