Salam 4 Ramadhan...
Selamat pagi buat semua pengunjung blog SN yang di sayangi. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Tak terasa begitu cepat masa berlalu dan sekarang kita menghitung hari untuk menyambut Syawal.
Seperti biasa SN cuma masak yang simple je untuk berbuka. Semalam SN cuma buatkan sandwich tuna untuk juadah berbuka sama jus oren. Syukur juga 2 hari ni cuaca tak begitu panas dalam 16-18 celcius je tapi menghitung minit dan saat untuk berbuka memang terasa. Part makan-makan ni teringat dengan keluarga di kampung. Dapat makan bersama dan meriah bila semua berkumpul kan? Tahun ini SN beraya di perantauan lagi mungkin sendirian sebabnya suami SN mungkin ke Mynmar lagi pada 18hb jun selama 2 minggu.
Insyallah masih ada teman-teman dan anak tiri yang masih sudi bertandang ke teratak kami untuk bertanya khabar. Memang kebiasaan kalau hari raya mereka akan datang ke rumah dan SN akan masak menu yang biasa untuk hari raya. Ok.... to be continued sebabnya SN jap lagi akan ke hospital ada appointment Mammogram yang tertunda pada januari lepas. Doakan semoga semua di permudahkan dan berdebar juga ni untuk mengambil result pap smear yang sudah pada jumaat lepas. Semoga semuanya ok! Untuk resepi sandwich jom kita skodeng...
SANDWICH TUNA DAN TELUR
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
8 keping roti paun/ bantal - potong tepi yang keras
1 biji tomato saiz sedang - potong bulat
Daun salad secukupnya
Timun jika suka
Chicken slice kalau suka
Butter untuk sapuan atas roti
Sliced cheese secukupnya
(A)
1 tin tuna dalam tin ( tuna dalam air ye dan tin sedang ye)
3-4 sdm mayonis
1 biji telur rebus - lenyek jangan terlalu hancur *
Secubit serbuk lada hitam
1 sdt gula
1 sdt susu manis
2 sdt jus limau nipis
1 sdt - kalau tak ada boleh ganti lemon atau limau kasturi
Sedikit cili banggala merah dah hijau - potong dadu kecil
Sedikit bawang besar - potong dadu
2 sdt creme fraice - boleh skip kalau tak ada
*BOLEH TENGOK SINI CREME FRAICHE
CARA
- Satukan rata bahan A kecuali telur. Bila dan sebati masukan telur dan sebatikan lagi.
- Simpan dalam kontena dan sejukan semalaman atau setengah hari terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sedap.
- Sediakan roti yang sudah di buang tepinya dan sapu butter.
- Kemudian letak pula tuna diikuti slice cheese, daun salad, tomato, sliced cheese dan letak sedikit tuna dan roti lagi.
- Bila dan habis kesemua di set kita letak dalam kontena dan sejukkan kembali selama 20 minit untuk set dan supaya sandwish cantik bila di potong.(kalau tak nak di sejukan pun boleh terus saja di potong)
- Keluarkan dari peti sejuk dan boleh di potong. sedia untuk di nikmati dengan jus! Walla syoknya...
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
12 ulasan:
Salam sue. Sedapnya nampak sandwich tu. Ada telur dan tuna, memang boleh kenyang makan ni je. Tak terpikir nak buat mcm ni. Selalu kalau sandwich tuna, tuna saja. Sandwich telur pun telur saja. Nanti nak try buat lah.
salam Sue, arz dari arzmoha.com juga dari afb...
blogwalking...
cheese di belakang gambar tu menarik perhatian...
nanti arz singgah lagi baca khabar dari luar negara ya
Aik...makan sandwich je..boleh tahan ke almost 20 jam...tp sandwich tu seriusly nampak sedap...gambar pun lawa...
sedapnya sandwich.. tengok pulak time berpuasa alahai..
dugaan sungguh singgah sini.. tapi sedapnya.... nak cuba nnti
Peminat sandwich tuna disini sudah terliur. Aduhhhh.....
Ana Suhana..
Alhamdulillah sedap. Ana boleh cuba pasti ank2 suka.
Salam Arz...
Tq ye sudi blogwalking.
hahaha.. cheese je yang nampak btw cheese ni yang dapat di terima ank tekak dan yang mild 25% fat. Yang lain tak leh pahit sangat.
Amanda...
Alhamdulillah boleh tahan juga pasal dah lewat memang tak de selera nak makan dah.
Tq dear.
Rozita...
kan! boleh buat sikit utk sahur hihi..
Unni...
Hmmm. sabar ye nanti boleh cuba.
Thanks.
Tunsha....
Mai sini kita boleh santai sama makan sandwich.
Catat Ulasan