Mei 29, 2017

NASI GORENG NANAS ALA THAI



Assalamualaikum dan salam 3 Ramadhan!

Apa khabar semua sahabat yang SN sayangi? Semoga semuanya sihat dan sentiasa dilindungi Allah swt. Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-3 kita menunaikan ibadah puasa. Dengan cabaran dan dugaan pada musim panas sekarang semoga kita tetap bertabah menghadapinya.

Seperti biasa SN berterawih sendirian di rumah sahaja selepas 19 jam berpuasa. Makan pun tak lalu sebab letih kot dan bila berbuka banyak minum air dari makan. Cuma selepas terawih SN makan nasi sedikit dan minum teh panas. Tapi semalam kan.. air teh pun tak habis lagi SN dah tertido hehe... Bila tersedar jam dah 3.50am dan terlepas lagi sahur. Sedih tau!! Memang jarak antara maghrib ke sahur terlalu dekat dan bangun terus Subuh. Sebenarnya mata ni masih lagi meragam tak dapat tidur ikut masa sini. Insyallah sedikit masa lagi ok la tu.

Bulan puasa ni nafsu nak makan memang mengada-ngada kan? SN tak terkecuali tapi makan tak banyak mana pun. Semalam duk fikir nak buat kuih lah, agar-agar lah tapi akhir lain yang jadi. Di fikir balik nanti siapa yang nak makan? So semua terbatal. Bila nampak nanas yang dah 3 hari duk atas meja dan hampir kuning so SN tak fikir panjang set my mind buat nasi goreng nanas ala thai je. Simple mudah dan sekali jalan tak payah masak lauk tambahan. Nak cuba nasi goreng nanas simple? Mai tengok resepi nya...


NASI GORENG NANAS ALA THAI
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk ( sejukkan nasi terlebih dahulu dalam petiais semalam)
*Nasi yang di sejukkan senang nak goreng dan tidak melekit kalau menggunakan beras wangi sebab kanji nasi menyebabkan nasi akan melekat dan bergumpal*

Sedikit cili benggala merah/ hijau/ kuning atau boleh guna mana2 warna dan potong dadu kecil
Sedikit nanas - potong dadu dadu 
Sedikit udang dan sotong kalau suka seafood 
Minyak secukupnya untuk menumis

(A)
2 ulas bawang putih - cincang halus
Sedikit bawang besar - cincang halus

(B)
1 biji telur - pukul sekejap

(C)
1 sdt serbuk kari babas - kalau tak ada boleh guna apa2 je
1 sdm sos tiram
1/2 sdt paste tomyam

(D)
Sedikit serbuk ikan bilis
1/2 sdt sos ikan
Garam secukup rasa 


Cara
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang kuning.
  2. Kemudian masukkan telur biarkan sekejap dan kacau. Masukkan udang dan sotong dan terus di kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau sekejap di ikuti sos tiram dan tomyam paste. Tumis lagi sehingga sebati dan masukkan nasi.
  4. kacau nasi sehingga sebati dengan bahan-bahan lain dan masukan serbuk ikan bilis, sos ikan dan garam ( Rasakan secukupnya jangan terlajak garam.)
  5. Akhir sekali masukkan cili benggala dan goreng sebati. Di ikuti nanas dan goreng lagi dalam 5 minit dan tutup api.
  6. Sedia untuk di nikmati dengan telur dadar dan sambal belacan.. Sedap!

SELAMAT MENCUBA!
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...