Ogos 13, 2016

TART EPAL CHEESE - melt - in - mouth


Semalam bila terpandang pokok epal belakang rumah tetiba teringin nak makan tart nanas. Tapi sedihnya nak buat jem,  nanas pula semua mahal dan masih hijau. Craving punya pasal sue pergi petik epal tepi rumah cukup untuk buat jem saja. Alhamdulillah nasib baik lah epal dah boleh di makan dan tak rasa kelat di lidah. Nak perabis memang tak mampu sebabnya buah epal banyak sekali. Sekarang buah tepi rumah semua dah boleh makan terutama buah plum. Walaupun comel tapi manis sekali terutama plum yang warna kuning.




Insyallah september nanti dah boleh harvest semua epal nak buat jem dan sedekah. Nanti ada masa sue ambik gambar ye hihihi..
Berbalik pada tart terutama tart nanas ianya salah satu cookies favorite sue. Dulu tiap kali raya memang tak pernah mis tart nanas tak kira buat sendiri atau beli. Kali ni sue nak share pulak resepi tart melt - in - mouth yang sedap. Penggunaan kuning telur rebus yang menjadikan ianya sepur dan gebu. Kebiasaan ada yang menggunakan kuning telur saja dan ada juga yang menggunakan telur sebiji. Tapi.. kalau nak cuba satu kelainan dan rasa yang mulus dalam mulut boleh cuba resepi sue.

Resepi sue olah sendiri zaman berniaga dulu. Asalnya ilham dari keenakan biskut cincin yang hanya menggunakan kuning telur rebus sebagai bahan asas dan sue cuba olah menggunakan bahan yang sama cuma ada penambahan sedikit. Alhamdulillah ianya sedap dan anak-anak suka makan dan pasti tart ini raya ketiga memang dah habis... Dengan menggunakan epal filling ni pun sedap juga dan rasanya maintain...





TART CHEESE EPAL
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
250g mentega
2 sdm ghee
3 sdm gula icing

(B)
2 kuning telur - hancurkan (ambil kuning nya setelas di rebus)
1 biji kuning telur  gred A
1/2 sdt esen vanilla

(C)
1 sdm cheddar parut
2 sdm tepung susu
2 sdm tepung kastad
1/3 sdt garam
350g tepung gandum/ tepung biskut
(tambah sikit-sikit kalau adunan masih melekat di tangan)

(D)
2 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning untuk sapuan atas tart
Inti epal secukupnya - bulat kecil anggaran 5-7g

Cara
1) Bahan A - Kacau rata menggunakan senduk kayu sehingga sebati dalam 3-4 minit.
2) Kemudian masukkan bahan B dan kacau lagi. (Adunanan mentega jangan di pukul kembang.)
3) Masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga ianya tidak melekat pada tangan. Kalau doh masih lembik dan melekit pada tangan tambah lagi sedikit tepung gandum sehingga ianya boleh di bulat.
4) Bila dah siap timbang doh seberat 20g supaya ianya tidak terlalu besar.
5) Bulatkan doh, buat lubang dan isikan inti epal dan tutupkan kembali. Susun aatas loyang yang di lapik dengan kertas kek.


6) Buat sampai habis dan sapu dengan kuning telur.
7) Bakar pada suhu 160 -170 celcius selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga tart masak.





EPAL FILLING




Bahan-bahan
 (A)
4 biji epal - merah atau hijau terpulang - parut halus
1 batang kulit kayu manis 

(B)
200 -  250g gula pasir
Sedikit pewarna hijau


Cara
1) Masak bahan A sehingga epal hancur dan mengeluarkan air menggunakan api kecil.
2) Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
3) Masak sehingga gula larut dan likat. Kacau selalu takut hangus dan bila nampak dah berkilat boleh tutup api.
4) Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk supaya senang untuk di bulatkan.

 SELAMAT MENCUBA!



KRAM








Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...