Ogos 14, 2016

Cekodok pisang cheese gebu


SELAMAT SIANG SEMUA...
Cekodok pisang ni sue buat untuk sarapan pagi semalam. Pisang yang sue simpan dalam peti sejuk 3 hari lepas dan sayang kalau ianya terlebih masak. Cekodok yang simple dan gebu memang sedap untuk sarapan pagi dan santai petang. 

Bancuhan pisang sue campur sedikit cheddar parut walla sedap sangat. Suami sue memang suka makan cekodok pisang tapi kena ada dipping sauce dan stok raspberry dessert sos memang sentiasa ada stok dalam peti sejuk. Makan cekodoknya lebih lagi yang masih cuam memang enjoy kan? so.. kita tengok resepi ye.


CEKODOK PISANG CHEESE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji pisang embun anggaran 100g - lenyek halus
2 - 3 sdm gula
1/2 sdt bikarbonat soda 
Secubit garam

(B)
180g tepung gandum (+-)
1 sdm cheddar parut
1/2 sdm minyak panas

*Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Satukan bahan A sehingga sebati dan ketepikan 5 minit.
2) Masukkan bahan B - tepung dahulu sehingga rata diikuti cheedar dan akhir sekali minyak.
3) Ceduk guna tangan supaya ianya bulat dan goreng dengan menggunakan minyak secukupnya. Boleh juga menggunakan sudu terpulang pada keselesaan. Pastikan minyak cukup panas dengan api sederhana.
4) Bila dan keperangan balik lagi sebelah sehingga masak dan letak dalam pinggan dan lapik dengan tisu dapur supaya minyak meresap.
 *Jangan terlalu panas nanti kuning di luar tapi dalamnya masih belum masak)

SELAMAT MENCUBA!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...