Februari 06, 2016

ROTI SARANG LEBAH YANG LEMBUT



 ALHAMDULILLAH..
Sebenar semalam sue cuma nak cuba buat roti menggunakan kaedah sponge dough yang tak perlu di perap semalaman. Syukur kejadiannnya elok dan gebu sangat. Cuma mengambil sedikit masa untuk naik memandangkan cuaca sejuk dingin hanya bergantung pada heating dalam rumah sahaja. Bahan asas yang sama seperti bun manis cuma sue tak guna bread improver atau softener hanya menggunakan sponge doh untuk pengganti bahan pelembut. Digandingkan dengan sos butterscotch wallah memang sedap! Jom..


ROTI SARANG LEBAH
Resepi: Sue Norrman

 Bahan-bahan
Untuk Sponge dough
200g tepung roti
1 1/2 sdt instant yis
100ml air sejuk dari peti sejuk

Doh utama
300g tepung roti
1/2 sdt garam halus
2 sdm tepung susu
50g gula kaster
1 sdm madu
1 biji telur gred A
150ml air sejuk
1 sdm plain yogurt
60g mentega/ marjerin*

Sapuan
1 biji telur - pukul hancur + sedikit susu cair/ air 
Kuaci, almond flakes dan bijan secukupnya.

Cara
1) Uli bahan sponge dough sehingga kalis dan lembut anggaran 15 minit. Kemudian letakkan doh tadi ke bekas lain dan rehatkan seketika selama 20 minit (tutup permukaan bekas doh dengan kain lembab).
2) Satukan bahan main dough kedalam mixer kecuali (*) dan sebatikan.
3) Kemudian masukkan sponge dough tadi dan uli sehingga rata dan sebati. Masukkan mentega (*) dan uli lagi sehingga elastik.
4) Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda anggaran 30-40 minit.
5) Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan timbang doh mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Sapu sedikit minyak pada tangan untuk memudahkan membulat dan tidak melekat. Bulatkan doh secukupnya dan rehatkan lagi sehingga naik 2 kali ganda.
*Proses rounding amat penting untuk mendapatkan tekstur roti yang gebu dan cantik. Ambil sedikit masa untuk rounding doh kalau nak bun naik dengan cantik.*
7) Letak kedalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega/ minyak dan rehatkan lagi selama 40 minit -1 jam sehingga doh naik sepenuhnya.
*Panaskan ketuhar pada suhu 175 - 185 degrees bergantung pada oven masing-masing. Kenal pasti oven anda terlebih dahulu*
8) Sapu permukaan doh dengan telur dan tabur bahan sampingan. Bakar selama 25-30 minit sehingga kuning/ masak secukupnya menggunakan api bawah sahaja. 5-7 minit terakhir bakar menggunakan api atas bawah.



SOS BUTTERSCOTCH
 Bahan-bahan
150ml whipping cream/ double cream 
1 sdm susu segar
5 sdm gula perang
1 sdt esen vanilla*
1/2 sdm mentega*

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali (*) dan masak atas api kecil sehingga gula hancur sepenuhnya.
2) Tutup api dan masukkan (*) kuar sebati dan sedia untuk digunakan. Seeloknya tuang ketika masih suam. 

*kalau sos selebihnya menjadi sejuk panaskan mengguna kaedah double boiler atau letak dalam bekas tahan panas*


SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...