Februari 07, 2016

LEMPENG DAN SAMBAL BILIS


Selamat berhujung minggu..
Alhamdulillah cuaca hari ini bertambah panas 11 celcius dan matahari bersinar. Mood berhujung minggu pun seronok walaupun keadaan di luar sejuk berangin. Pagi tadi sue ada tetamu, kawan sekolah datang untuk sarapan bersama lagipun sue sendirian dirumah.
 Suami sue ada tugasan di Tenerife, Spain dan balik Insyallah hari khamis. So sue buat lempeng dan mi basah je untuk sarapan kami berdua.. Sarapan yang mudah dan mengenyangkan juga menepati citarasa.


LEMPENG LEMBUT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 sdm gula pasir
2 sdm tepung susu
1/2 sdt garam
1 biji telur A
1 sdt instant yis 
1/2 cawan susu cair/ susu segar suam
1 cawan air suam 

Cara
1) Satukan bahan semua sehingga sebati dan perap 1-2 jam sehingga berbuih/ naik.
2) Bila dan naik, kacau lagi supaya sebati.
3) Sediakan non stik pan, sapu sedikit dengan mentega menggunakan tisu dapur dan panas atas api sederhana.
4) Cedok 1 senduk sedang dan ratakan/ gelek supaya rata.
5) Bila dan kering permukaan lempeng angkat dan letak atas pinggan. Bolehlah di golong.
6) Buat sampai adunan habis.

Untuk sambal bilis resepi DISINI

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...