Januari 24, 2016

ONION & MUSHROOM SOUP


ASSALAMMUALAIKUM.. 
Alhamdulillah hari ni cuaca kembali seperti biasa berbanding semalam suhu ke tahap minus. Salji membeku semua dah cair tapi masih di kategori sejuk juga hihihi.. Bila cuaca sejuk begini pastinya sup panas yang paling sedap buat santapan. Malam tadi sue cuma masak sup dan bakar roti buat makan bersama sup. Walaupun simple tapi cukup mengenyangkan..

ONION & MUSHROOM SOUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2-3 biji bawang besar - belah 2 dan hiris nipis
10 biji cendawan butang - cincang halus 
1/2 batang batang saleri - hiris nipis
1 sdm minyak zaitun
1 sdm mentega
1 sdt gula perang

(B)
600-700 ml stok daging atau guna air tambah kiub lembu
Sedikit serbuk lada hitam
1 helai daun bay 
Sedikit daun thyem kering
Garam secukup rasa

(C)
100ml krim putar/ whipping krim
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk memekat

Cara
1) Bahan A- Panaskan minyak dan mentega menggunakan api sederhana dan masukan gula. Kacau sehingga gula hancur dan masukan bawang, cendawan dan batang saleri. Tumis sehiungga bawang layu dan keperangan.
2) Kemudian masukan bahan B dan biarkan mendidih dalam 5-8 minit dan secukup rasa.
3) Masuk bahan C, krim terlebih dahulu dan biarkan mendidih 1 - 2 minit dan tutup api. Baru masukan bancuhan tepung jagung. Agak-agak ye jangan terlalu pekat.

SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...