SELAMAT PAGI!
Hari ni sue entri awal sekejap lagi nak keluar beli barang dapur. Biasa beli stok untuk seminggu memandangkan masing-masing sibuk bila hari bekerja. Begitulah rutin tiap minggu dan tiap pagi masak buat bekalan suami lunch di pejabat.
Tiada istilah malu atau tak klas kalau bawa bekal ke pejabat disini. Nak makan di restoran bukan nya murah dan menjadi kelaziman mereka disini bawa bekal untuk lunch atau sarapan pagi. Walau berpangkat sekali pun mereka tetap bawa bekal ke pejabat. Jadinya pepagi dah masak kalau tidak pun suami sue bawa sandwish dan salad kalau penat hihihi.. Syukur juga ada penjimatan!
Ok.. so resepi yang amat mudah dan sedap buat cicah dengan sup atau jadi sandwish.
FOCACCIA BREAD
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
200g tepung roti
1 sdt instant yis
1 sdm madu
2 sdm minyak zaitun + sedikit bawang beasr cincang - tumis hingga bawang layu
1/3 sdt garam
150 ml air suam
Sapuan atas doh
1 sdm minyak zaitun + 1/3 sdt daun thyem kering + 1/3 sdt rosemary kering - masak dalam 1-2 minit sahaja.
Cherry tomato secukupnya
Cara
1) Uli bahan A hingga elastik dalam 30 minit dan rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda.
2) Tumbuk doh untuk membuang angin. Tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan giling doh menjadi rectangular.
3) Sediakan dulang pembakar atau loyang segi, sapu sedikit minyak dan letak doh yang telah digiling tadi dan cucuk dengan chopstik permukaan doh dan sapu dengan minyak zaitun yang telah dimasak tadi.
4) Susun cherry tomato dan rehatkan lagi sehingga naik dalam 30-40 minit.
5) Preheat oven pada suhu 170-180 degrees selama 10 minit dan bakar selama 15-20 minit menggunakan api atas dan bawah sehingga permukaan roti keperangan.
6) Keluarkan dari oven dan sapu sedikit mentega supa ianya tidak kering.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan