November 05, 2015

STEW EKOR LEMBU PEDAS


Assalammualaikum... Semalam kita masak stew untuk makan malam. Teringin nak makan yang pedas dan masam tapi.. terlebih letak cili jadi kepedasan dibuatnya. Mulanya nak makan dengan nasi tapi rasa tak cun pula rasanya tetapi roti pula dah habis. So kita makan dengan dry bread (swedish) celup dalam stew hmmmm sedap!




SPICY OXTAIL STEW
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1kg ekor lembu - cuci dan toskan
1 sdt brown sugar
3 sdm minyak zaitun

(B)
3 ulas bawang putih - cincang
1 batang saleri - potong halus
1 biji bawang besar sedang - cincang
2 biji tomoto ranum - potong 6
1 sdm tomato puree 
1-2 Sdt cili paste (ikut citarasa)

(C)
1 liter air 
2 biji kecil kentang - rebus dan lenyek halus/kisar
1/2 serbuk lada hitam
1-2 ketul kiub lembu
1/4 sdt daun thyme kering 
1/3 sdt rosemary kering
Gula sedikit
Garam secukup rasa (rasakan terlebih dahulu takut masin)

Cara
1) Bahan A - Panaskan minyak zaitun menggunakan api kecil ke dalam pan dan masuk ekor lembu.
2) Goreng sehingga keperananag sebelah menyebelah dan tabur gula perang. Gorengkan lagi sehingga gula hancur dan masukan bahan B.
3) Kacau sehingga bahan layu dan masukan bahan C. Kacau sebati dan birkan mereneh sehingga daging empuk.
* Kalau menggunakan slow cooker atau pressure cooker guna cara yang sama*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...