November 13, 2015

SERI MUKA PANDAN KASTAD YANG LEMBUT


Alhamdulillah...  eksperiment untuk lapis atas berjaya dan kejadian yang sangat lembut dan sedap. Sue peminat tegar seri muka dan karipap.. Spechless..
Banyak kali juga Sue mencuba berbagai jenis resepi seri muka tapi belum memenuhui citarasa tekak. Kalau nak cerita pasal sedap susah nak dapat kuih tradisi yang sedap macam dulu. 
Zaman kanak-kanak dulu Sue selalu makan serimuka yang sangat sedap dari kawan ayah Sue. Pangusaha cina yang membuat kuih halal untuk di hantar ke  hotel di Kuching.
Bila di tanya dengan mak, dia cakap rugi tak belajar dulu sedangkan mereka kawan baik.
Bila pakcik tu dah meninggal, semua tinggal kenangan.
Tak pe lah... Insyallah Sue akan setia dengan seri muka yang sue hasilkan dan memberi kepuasan pada diri Sue sendiri. Untuk mendapat tekstur yang berkilat santan harus dimasak terlebih dahulu tapi jangan sampai pecah minyak.
Sini Sue titipkan untuk di kongsi bersama..


SERI MUKA PANDAN KASTAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Lapis bawah (pulut) loyang 6 atau 7 inci
11/2 cawan beras pulut - cuci dan  rendam 2-3 jam bergantung pada jenis beras pulut
(Sue guna beras pulut susu siam dan rendam cuma 1 jam)
11/2 cawan santan pekat ( guna cawan yang sama untuk menyukat beras)
1 sdt gula
1/2-1 sdt garam (rasa garamnya terlebih dahulu)

Cara
*Panaskan kukusan terlebih dahulu*
1) Toskan beras pulut yang di rendam tadi.
2) Satukan santan dan bahan selebihnya dan sebatikan.
3) Sapu loyang dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak dipermukaan plastik dan ketepikan.
4) Dalam loyang lain tuang beras pulut. Kacau lagi dan kukus 20-30 minit sehingga masak.
5) Bila dan masak cedok beras pulut dan masukan kedalam loyang yang sudah dilapik plastik dan tekan rasa supaya padat.
6) Carik sedikit permukaan pulut dengan garpu untuk melekatkan bahan atas setelah dipotong. Tuang bahan lapis atas dan kukus lagi 30 minit sehingga masak.
7) Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah di potong. Guna pisau plastik untuk mememotong supaya ianya halus dan kemas.

* Tudung pengukus bungkus dengan kain supaya air tidak menitik atau tutup dengan aluminium foil.
*Kalau menggunakan foil, bila dan cukup masak buka tudung dan terus buka foil. Jika dibiarkan air akan menitik dan permukaan kuih akan berombak.
* Cara saya lebih suka menggunakan surat kabar untuk menutup permukaan pengukus dan air lambat menitik. Letak tebal sikit supaya lambat serap wap*



LAPIS ATAS(PANDAN KASTAD)
Bahan-bahan
250ml santan pekat - masak sehingga mendidih sekejap dan tutup api. Biarkan suam.

(A)
60g tepung gandum
20g tepung kastad
1 sdm tepung ubi
2 biji telur A*
1 sdm susu manis
4 sdm serbuk santan
150g gula halus/pasir
100ml air pandan (5-7 helai daun pandan kisar dengan 100ml santan cair)
Sedikit pewarna merah untuk mendapat warna yang cantik
(Kalau tidak menggunakan daun pandan boleh ganti dengan pandan paste 1-2 sdt dan pewarna hijau.)
100ml air masak


Cara
1) Satukan bahan A dan santan yang telah di masak kecuali yang bertanda (*). kacau sehingga gula hancur baru masukan telur* dan kacau sebati lagi.
2) Tapis kedalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga naik wap sahaja. Jangan sampai pekat ye. Tuang kedalam loyang pulut dan kukus.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...