Assalammualaikum.. Semalam sempena hari Malaysia kita pun bersemangat walaupun tidak menyambut beramai-ramai. Begini lah jadi anak rantau dan kerinduan pada tanah air tercinta tidak pernah pudar dalam ingatan.
Udang goreng ni Sue selalu buat dulu untuk anak-anak tapi tak letak bijan pasal mereka tak suka. Tapi kali ni Sue campur je sekadar nak kasi kaler cantik je akan tetapi rasanya memang sedap dan ranggup walaupun menggunakan wholemeal bread sebagai crumbs. Nak sedap kena lah pandai olah sendirikan ikut citarasa.
UDANG BERSALUT ROTI YANG RANGGUP
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
500g- 1 kg udang harimau atau udang yang bersaiz sedang- Kupas kulit dan tinggalkan ekornya.
(Cuci dan toskan kemudian keringkan menggunakan tisu dapur)
(A)
100g tepung gandum
2 sdm tepung beras
1 sdm tepung sagu
Garam sedikit
*Satukan sebati*
(B)
2 biji telur - pukul hancur sahaja
(C)
3 keping roti wholemeal atau roti biasa- kisar menggunakan food processor sehingga menjadi crumbs@ serbuk roti
2 sdm nestum
Serbuk perasa secukupnya
Bijan putih dan hitam secukupnya
*Satukan sebati*
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara
1) Panaskan minyak menggunakan api sederhana sehingga betul-betul panas.
2) Golekan udang terlebih dahulu dalam bahan (A) satu persatu sehingga habis. Selepas di golek jangan di timpa takut melekat.
3) Kemudian celup dalam bahan (B) dan golek lagi dalam bahan (C) sehingga menutupi keseluruhan dan bolehlah digoreng sehingga perang.
*Jangan goreng terlalu lama nanti isi udang terlebih masak menjadi keras*
4) Kalau ada bijan atau crumbs yang timbul dalam minyak cedok penggunakan penapis supaya minyak tidak kotor.
5) Buat kesemuanya dan goreng sehingga habis.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan