Oktober 10, 2017

Danish Sandwish Breakfast Style



ASSALAMUALAIKUM!

Hari ni SN nak kongsi idea dan resepi simple yang penting memang sedap tau! Ini lah sandwish yang SN teringin nak makan lagi selepas merasa keenakannya ketika menunggu flight ke Shangai Julai lepas. Sandwish Danish style yang mahal harganya almaklum di airport memang harga kita sedia maklum tapi puas hati.

Ini SN buat ala ala hari tu dan sos pun resepi SN cipta sendiri. Cuma roti tu SN beli yang dah sedia ada di jual. Harga pun mahal tau 300g Rm18 dan cuma ada 8 keping kecik je dalam nya. By the way semuanya dah habis dan nanti kalau teringin boleh buat lagi. Ikan pula SN guna flat fish yang frozen dan goreng dengan serbuk roti.  Sekarang roti danish ni menjadi roti faveret SN tapi dah stop memandangkan SN dalam proses DA huhu..

OK... ni resepi simple yet delicious! Jom...



DANISH BREAKFAST STYLE
By: Sue Norrman

Bahan bahan
2-3 keping danish bread/ rågbröd
Sallad
Sos mustard
Filet ikan

(A)
2-3 keping flat fish/ rödspätta - boleh tengok DISINI
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 biji telur - pukul hancur
Sedikit tepung gandum/ rye flour
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng


SOS MUSTARD
100g sour cream
1 sdm creme fraiche - skip kalau tak ada
1 sdt mayonis
1 sdt dijon mustard
Gula dan garam secukup rasa
1 sdt lemon/ lime jus
Sedikit bawang bombay - cincang anggaran 1 sudu makan


Cara
  1. Satukan ikan bersama lada sulah dan garam. Perap 10 minit.
  2. Ambil sekeping ikan dan golek dalam tepung kemudian celup dalam telur dan golek lagi kedalam serbuk roti sehingga menutupi semua.
  3. Buat sampai habis dan goreng dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana.
  4. Balik sebelah supaya rata sehingga keperangan.
  5. Sediakan sekeping roti, sapu sedikit mentega dan letak ikan bersama sos serta daun salad.. varsågod! 

Cara Sos
  1. Satukan kesemua bahan bahan sos dan kacau sebati.
  2. Sedia untuk di gunakan dan selebihnya boleh di simpan dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA!
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...