Selamat Pagi!!
Semoga sahabat SN sihat dan di rahmati Allah swt.. Hari ni SN kembali untuk coretan journal yang belum berkesudahan.
Walaupun sedikit kecewa dengan internet di sini tapi jangan mudah berputus asa. SN dan acap kali kena bila disconnect internet ni. Time kita perlu part tu juga ia hilang dari radar dan nak tunggu VPN connect tu lagi satu cerita. Kalau tak sabar memang kalah dengan uji kecil ini. Salah satu negara yang menguji kesabaran kita adalah negara yang SN jejaki sekarang. Sedia maklum dengan bahasa mereka yang kita tak tahu lebih lebih lagi majoriti mereka tak boleh bertutur english. Mereka bukan hanya bertutur mandarin sahaja. Lain province lain bahasa mereka macam di malaysia yang kita tahu ada hokkien, kantonis, hakka dan ada yang kita tak tahu. Jadi nya kita berinteraksi umpama ayam dan itik. Kau nak cakap apa lantak lah ada ku kesah.. haaa gitulah.
23hb Julai 2017 - Part 2
Semalam sampai part imigresen kan?? So hari ni menyusuri lagi untuk seterusnya. Setelah melepasi untuk kemasukaan dan dah dapat kertas kecil dari immegresen kita pun pergi ke belt untuk claim baggage. Kami tunggu 25 mins sehingga tertulis semua baggage dah keluar tapi 2 baggage kami tak nampak. EN dan merah muka tapi tak bersuara lagi mungkin menunggu sehingga semua dah collect baggage mereka. So SN bagi tau better pergi baggage missing buat komple kot memang sesat. EN selamba je jawab sabar! maka kita pun bersabar dan terus menunggu. Entah tak tahu tergerak hati nak pergi belt sebelah manalah tahu kan saja saja untuk memujuk hari. So SN cakap dengan EN dia tunggu sini nanti SN periksa sebelah dan dia ok je. Bila dan sampai belt sebelah dari kejauhan dah SN nampak beg yang berwarna merah menyerlah tengah happy atas belt ikut pusing pusing. Ya Allah... tanpa perasan SN teriak kat EN untuk ambik beg dari sini dan entah berapa kali dah pusing beg kot pening lah sudah. EN datang dengan trolly tanpa kata apa apa dan relax je tapi kita yang emo tau. Rupanya itu kesilapan dari kami sendiri kerana memang tertulis dan skreen ada 2 belt. Kami fikir belt yang kami tunggu je... Haaaaa lega ouls.
Kami pun keluar melalui arrivals hall A untuk penerbangan antarabangsa. Matlamat kami menghampiri target dan terus menuju ke kiosk untuk visa ke China yang memang dah tersusun berhadapan dengan pintu keluar arrivals A. Ini merupakan kali ke-2 untuk SN membuat visa melalui Hong Kong dan pertama kali dulu kami ke Nantong pada tahun 2013 dan keluar ke hongkong untuk pergi ke Zuhai atas urusan kerja juga. Bila nak masuk china balik terpaksa membuat visa lagi kerana visa kami hanya one entry. Ketika itu kami melalui hotel untuk mengurus visa dan siap pada keesokan malam nya. OK.. Bila dan ready kami terus ke kiosk yang EN selalu gunakan untuk berurusan dan amoi tu kenal sudah dengan EN.
Permohonan kami berbeza manakala SN untuk type (L) visitor dan EN type (M) urusan bisnes. Di sebabkan kami sampai pada hari ahad dan embassy tutup makanya permohonan terpaksa di submit keesokan harinya pada hari isnin dan siap pada hari selasa 25/7 tengahari. Satu lagi masalah sebab tiket kami ke Shanghai pada isnin jam 8:10pm dan kira bagi allowance untuk collect visa siangnya tapi hampa. Kami tiada pilihan nak tak nak terpaksa akur tanpa membuat pertukaran flight terlebih dahulu dan setuju. Bila dah setuju seperti biasa, dokumen yang di perlukan di serah untuk di copy dan ambik foto di situ juga. Lama juga menunggu sehingga selesai sebelum kami berlalu untuk membuat pertukar flight pada hari selasa.
Walaupun tiket asal pada hari isnin tanpa membuat penukaran terlebih dahulu alhamdulillah tiada masalah dan mereka juga mengambil untuk copy. Setelah selesai pembayaran kami berdua pergi ke departure area untuk membuat pertukaran flight. Syukur nasib ada flight pada waktu yang sama cuma berbeza tarikh. Tapi kannnnnnn... kita kena charges 600hkd, sedih weiii. Setelah confirm EN pula yang call travel agency untuk membuat pertukaran. Kebiasaan untuk seaman tiket memang selalu ada seat dan kaunter pun tak dapat nak tukar sebab kami dah cuba. Mereka suruh contact agency yang issue tiket.. Beres urusan visa dan tiket mata dan mula meragam dan kepala dan rasa ting tong sebab tak cukup tidur dan jetlag.
Kami pun berlalu dari situ dan menuju ke hotel bersebelahan dengan airport kurang lebih 2-3 minit dari aras ketibaan. Kami pun check in dan mintak extend semalam lagi di sebabkan visa. No problem walaupun booking awal nya cuma semalam cuma rate tu mahal sikit sebab tak ada promotion. Ok lah dari tak dapat nak stay di bandar pun kurang lebih harganya. Untuk malam pertama rate 1450hkd dan malam kedua 1750hkd. 300hkd bezanya sayang juga kan?
Dah dapat kad apa lagi masuk bilik terus mandi dan solat. Lepas tu mata tu dah tak dapat buka memang mengantuk giler tidur sampai jam 5pm. Lapar pun tak rasa bila mata menggila. Dah charge otak dan ngantok baru sedar nak cari makan. Kami tiada pilihan cuma ada room servise memang khas untuk halal. 2 hari berturut turut room service untuk lunch dan dinner cuma hari isnin kami breakfast di hotel yang menghidangkan International breasfast. Harga pening mak oii untuk kami berdua 446hkd bermakna rm200 seorang, berbalaoi tak??? cukup sekali dan next day nya kami beli roti kat bakery aras arrival dan 3 in 1 nescafe bancuh sendiri dalam bilik senang dan murah. Untuk room service tu segan nak cakap nanti kalau ada yang stay di hotel ni tahu lah harga nya.
En pun masih busy dengan kerjanya di sebakan delay sehari kami terpaksa call driver dan hotel di Jiangyin. 2 hari stay dalam bilik memang boring untuk kita yang tiada tugasan tapi pada mereka yang busy memang tak terasa. Nak tengok tv pun kena bayar yang ada cuma news. Baik tutup dan kita layan online tv lagi senang cerita.
25hb Julai 2017 - day 4
Jam 12pm kami check out dan meletakkan beg sementara pada bell boy. Kami ke hotel restoren untuk lunch sementara menunggu masa untuk mengambil visa. Dah nama nya menunggu memang kena sabar tapi semakin kita menunggu semakin lama rasanya. Exact jam 2pm kami ke travel agency untuk mengambil visa. Alangkah terkejutnya bila tengok duration stay cuma 15 hari sahaja untuk SN dan EN memang dapat 30 hari. SN tanya kenapa cuma dapat 15 hari mereka jawab sebab Malaysian cuma dapat 15 hari sahaja masuk China tapi SN show mereka visa yang terdahulu walaupun SN buat dari Sweden dan dapat double entry. Yang mampu mereka jawab itu yang embassy bagi. Geram pun ada tapi sabar sue.... nak salah mereka pun tak boleh sebab mereka pun bekerja juga. Berserah tapi bayaran tu sebenar memang untuk 30 hari for 1 entry. nasib tak buat express kalau tak melayang 2500khd.
Tak nak fikir panjang kami pun kembali ke hotel untuk mengambil beg. Nak check in awal senang nanti boleh santai santai dalam departure. Dah dapat boarding pass kami masuk untuk security dan imigresen. Dalam tu banyak kedai makan cuma ada 1 yang halal iatu poyeye kurang lebih macam kfc. Kami duduk minum kopi sementara menunggu gate mana harus di tuju. lama juga menunggu sehingga jam 6pm baru tahu yang gate ke Shangahi 203. Nak tunggu apa lagi kat atas kami turun bawa untuk menunggu train menuju ke gate 200 ke atas. Sampai gate departure berjalan lagi ke ke gate 203 jenuh lah penah kaki rasa nak baring je kat lantai tu wakakaka..
Menunggu dengan penuh sabar dan seorang demi seorang datang sehingga jam 7.30pm. Boarding time dengan menaiki Hong Kong Airlines ke Shanghai. Estimate depart jam 20:10 tapi menunggu sehingga 20:35 baru berlepas. 2 jam penerbangan SN tertidur sehingga mendarat di Pudong Int Airport, Shanghai. Tapi kami sampai terminal jam 23:15 dan terus menuju ke imigresen dan kena isi lagi arrival card. Situ lagi satu cerita punya lah panjang queue sehingga kami lepas jam 23:50 dengan mata yang ngantuk teramat dan memaksa diri untuk berjalan. Dari keluar aras imigresen ke belt untuk claim jauh juga nun hujung sekali. SN terpaksa membawa trolly ke belt dan EN stop di kaunter untuk membeli sim card. 15minit menunggu baggage baru sampai dan kali ni tak ada masalah. Selesai urusan kedatangan kami berjalan keluar untuk mencari driver yang akan membawa memandu kami ke Jiangyin.
Setelah keluar tak nampak pun tag nama EN yang mana penunggu yang berdiri masing masing membawa tag nama untuk peminat mereka hihi. Alhamdulillah beliau menunggu kami pada kiri alur keluar dengan nama EN dan company hihi..
Ok... cerita pemandu kami tak habis lagi tapi melalut huhuhu. Kami melambai tangan ke arah beliau dan beliau sambut kami mesra dan mengambil alih trolly beg terus menuju ke parking lot. Di situ bermulanya perjalanan pada jam 12:15am dan mengambil masa selama 2 jam lebih. Kami sampai di Jiangyin pada jam 2:50am dan terus ke hotel... nak tahu seterusnya tunggu part 3 ye!
To be continue....
SALAM DARI JIANGYIN
NOTE: GAMBAR DI ATAS ADALAH EHSAN DARI GOOGLE CUMA GAMBAR PERTAMA HAK MILIK SWESIA JOURNEY.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan