Julai 05, 2017

Strawberry Raspberry Smoothie



Assalammualaikum!!

Apa khabar semua sahabat SN? Semoga sihat hendaknya. Lama tak update blog rindu pula nak bercerita. Lately SN busy mengemas rumah dah turun naik ikut SN buang kayu apa semua ke tempat pembuangan yang seharusnya. Sebabnya kami di sini tak boleh buang sembarangan walaupun tin sardin kecil pun kena buang ke tempat yang di sediakan. Tong sampah hijau pun kena disiplin ketika mengagih sampah tau. Satu tong memang untuk sisa makanan yang mesti di letak dalam paper bag dan yang satu tong sampah yang boleh di bakar. Tapi seronok juga sebab dari situ kita mendisplinkan diri.

Alhamdulillah cuaca cantik dan panas hari ni. Kami berdua santai di bawah pokok epal yang sedang berbuah sambil minum smoothie. Lama tak buat smoothie buah tu yang EN minta buatkan. Insyallah nanti petang SN kembali ke dapur tapi tengah duk fikir nak masak apa pula. Resepi smoothie yang amat mudah memang sure menjadi. Jom!!



STRAWBERRY RASPBERRY SMOOTHIE

Bahan bahan
1 cawan strawberry - belah 2
1/3 cawan raspberry - SN guna frozen
2 cawan fresh milk/ susu segar sejuk
2 sdm madu/ raw sugar


Cara
● Kisar kesemua bahan bahan sehingga halus dan tuangkan ke dalam gelas. 
● Sedia untuk di nikmati ketika masih sejuk.


SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...