Jun 07, 2017

Ayam Masak Krim ala western


Assalamualaikum!!

Salam 12 Ramadhan.. Alhamdulillah semoga kita terus di beri kesihatan untuk menunaikan ibadah puasa. memang tak terasakan kita menghampiri minggu ke 3 ramadhan. Lauk apa hari ni sahabat semua? Tentu meriah kan juadah berbuka yang terhidang atas meja dengan kuih muih dan masakan. 

Haa... ni menu SN 2 hari lepas baru nak entri. Semalam masa tidak mengizinkan dan SN membantu suami memotong rumput di halaman belakang. Ya allah semput juga lebih lagi bulan puasa dan semalam panas terik. Juga semalam merupakan Sweden National day dan kami tidak ke bandar cuma mengemas rumah setelah sekian lama di tinggalkan. 

Pagi ni hujan gerimis dan sejuk 11 celcius serta berangin. Rasa nak golek-golek atas katil relak jap tapi memang tak boleh dan banyak kerja yang harus di selesaikan. So SN ambik kesempatan entri resepi jap dan boleh lah mencuba. Resepi faveret suami SN walaupun hari2 kita masak menu yang sama..


AYAM MASAK KRIM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
3 keping isi dada ayam - potong jejari
500ml sour cream
200ml krim masakan atau double cream
100ml fresh milk - boleh ganti dengan air
Cili benggala - merah/ kuning/ merah ikut suka
Daun dill kering secukupnya
Sedikit serbuk paprika/ cayenne pepper
1 sdm parutan kulit lemon
Garam dan gula secukup rasa 
3-4 sdm mentega/ marjerin

  
Cara
  1. Panaskan mentega/ marjerin ke dalam non stik pan atau kuali dengan api sederhana kemudian masukkan ayam yang telah di potong tadi.
  2. Goreng sehingga ayam keperangan dan masak.
  3. Masukkan sour cream, daun dill dan parutan kulit lemon.  Kacau sebati dan tutup kuali. Biarkan mereneh dan pekat seketika.
  4. Kemudian masukkan krim masakan dan susu/ air. kacau sebati dan masukkan bahan selebihnya. 
  5. Masak menggunakan api kecil dan sehingga kuah pekat. Masukkan cili benggala dan rasakan secukupnya. Kalau kuah terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit air.
  6. Tutup api dan sedia untuk di nikmati bersama nasi, kentang atau roti.

 SELAMAT MENCUBA!

 KRAM




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...