Ogos 09, 2016

OMELETTE BAYAM DAN KEJU


SELAMAT PETANG...
Sarapan sue hari ni simple yet delicious dengan omelette bayam dan cheese. Lama juga tak buat sarapan begini bila duk terfikir nak makan apa untuk sarapan mati akal di buatnya. Mulanya nak makan telur rebus dan roti tapi bila terpandang sayur bayam masih banyak dalam tupperware so sue olah jadikan omelette pula.

Bahannya mudah boleh campur apa yang kita suka tapi sue tidak suka campur tomato dalam omelette. ianya terlalu berair didalam omelette kalau campur tomato tapi terpulang pada citaras sendiri. Selera masing-masing berbeza kan? Campur lagi dengan cheddar parut wallah sedap lemak masin gitu. Tapi jangan amalkan selalu nanti bertambah kilo nya.. Nak cuba buat untuk sarapan meh kita kongsi resepinya..


OMELETTE BAYAM DAN CHEESE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji telur gred A
Garam dan lada hitam sedikit

(B)
1 genggam daun bayam - cincang kasar
Cili benggala - dadu halus (kalau suka)
2-3 sdm lobak merah yang telah di parut
Sedikit batang saleri - hiris nipis
1 biji cili hidup - potong nipis
1 sdm cheddar parut

Minyak/ butter sedikit untuk menggoreng

Cara
1) Pukul bahan A hinnga kembang (guna garpu je).
2) Masukkan bahan B dan kacau sebati.
3) Panaskan non stik pan dana masukkan anggaran 1 sdm minyak atau mentega dengan api sederhana.
4) Bila dan cukup panas tuang bancuhan telur dan ratakan sebati.
5) Biarkan ianya masak dan kering diatas (tak payah dibalik) sehingga perang dan tutup api.
6) Lipat atau gulung terpulang pada idea masing-masing. 
7) Letak dalam pinggan dan sediakan segelas air tea...Tada sarapan dah siap.

SELAMAT MENCUBA!


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...