Jun 09, 2016

KURMA TELUR SEDAP DAN MUDAH


IFTAR KE 4.. 
ALHAMDULILLAH.. dan selamat berbuka dan selamat bersahur juga tak kira dimana berada. Dah hari keempat baru terasa nak makan nasi dan lauk cuma kurma telur dan sambal bilis sahaja tapi suami sue cuma makan kurma telur dan salad timun.
Masak ala kadar sahaja nanti sahur kiranya nak buat pancakes saja. Resepi yang mudah dan enak lebih lagi makan dengan nasi panas..hmmm hanyut. Jom!!


KURMA TELUR ENAK
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
5 biji telur ayam - rebus dan kupas kulitnya
1 biji tomato - belah 6
2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu atau panjang. Kemudian Goreng sekejap.
2 biji cili merah/ hijau

Kisar halus
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras

(A) 
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 biji bawang besar - potong panjang
Minyak masak dan sedikit ghee untuk menumis

(B)
2-3 sdm rempah kurma bancuh dengan sedikit air (jadikan paste)
Air jika perlu

(C)
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
1 sdt serbuk perisa
2-3 biji limau kasturi - ambil jus 


Cara
1) Panaskan minyak dan ghee. Tumis bahan A sehingga naik bau.
2) Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga kuning.
3) Masukkan bahan B dan kecilkan api. kacau selalu supaya bawahnya tidak hangus dan masak sehingga pecah minyak.
Tambah sedikit air jika perlu.
4) Diikuti bahan telur, kentang, tomato dan cili. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan bahan C.
5) Kacau lagi dan rasa secukupnya. Kalau terlalu pekat tambah lagi sedikit air dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...