April 12, 2016

KERABU PERIA SEMPOI


ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan salam rindu pada semua..
Alhamdulillah lama bercuti dan tak berkesempatan entri rutin masak kita. Semenjak balik kampung rasa penat dengan pertukaran jarak masa dan berehat seketika. Juga sue kurang sihat dalam 2 minggu pertama sampai kuching. 
Akan tetapi keinginan nak melaps hajat macam-macam set dalam kepala nak buat itu ini bagai. Syok juga pasal ada teman makan dan bahan pun mudah nak dapat. 
Insyallah kalau tak ada arah melintang cuti sue sampai raya tapi cuti perlepasan sekolah cuma lulus 2 bulan je hihihi.. tak apa lah bukan selalu balik kampung pun nanti pandai sendiri le jawab. So.. memandangkan KIV resepi banyak mai kita tengok resepinya..


KERABU PERIA SEMPOI
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 batang peria - belah buang biji dan potong nipis
Sedikit garam
Air sedikit

(B)
1-2  sdt udang kering - rendam dan kemudian cincang
2-3 biji cili padi - cincang
1 biji cili merah - buang biji dan cincang
1 biji bawang merah - tumbuk halus
1 biji bawang besar/ bombay - hiris nipis
5 biji limau kasturi - ambis jusnya sahaja
1 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
Gula secukup rasa
1/3 sdt sos ikan

Cara
1) Rendam bahan A dalam 20 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
2) Ambil tuala bersih dan ambil sedikit peria tadi dan perah untuk membuang air pahitnya. Buat sampai habis dan ketepikan seketika.
3) Satukan bahan B dan gaul rata.  Rasakan secukupnya, Masam, manis dan masin untuk menambah rasa. 
4) Masukkan peria yang telah di perah tadi dan sebatikan. Sejukan terlebih dahulu atau boleh dimakan segera.

SELAMAT MENCUBA!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...